Sambutan Hari Lahir Angah Di The Soru Station Wangsa Maju

Pertama kali kami sambut birthday lewat malam. Memang tak jangka nak sambut pada tarikh 28 Jun sebab Angah Ammar sepatutnya tengok konsert Akim & Majistrate tapi dia cancel saat akhir sebab IP16PM dia rosak. Down ler rasanya tu.


The Soru Station Jadi Pilihan

Puas juga mencari kafe atau restoran mana yang beroperasi hingga lewat malam sebab CikCha pula ambil job pada Sabtu dan Ahad, tamat kerja pula jam 10 malam. 

Cari dan cari, akhirnya cik Meya cadang kami ke The Soru Station.



Memang tiada pilihan dana kami ke sini lagi buat kali kedua. Kali pertama dulu kami pergi waktu berbuka puasa dan memang penuh dan suasana agak bising, jadi memang tak dapat makan dengan tenteram. Mungkin sebab berpuasa seharian buat ramai yang lapar dan banyak nak diceritakan. Agaaknya la.

Waktu sampai tu, dah risau sebab kat luar kedai pun ada yang masih duduk menikmati makanan. Dahlah nak dapat parkir pun agak mencabar tapi kalau dapat lewat dan bukan hari bekerja, InsyaAllah parkir tu ada, jauh atau dekat tu bergantung pada rezeki. 

Bila masuk ke dalam kedai, mujur ada tempat yang boleh memuatkan 7 orang kami. 


Menu Pilihan

Untuk tempahan makanan, anda perlu scan QR yang diletakkan di meja yang lebih efisien dan cepat. Memang ya, kami tak perlu tunggu lama untuk mendapatkan makanan walau kedai agak penuh.

Bila dah buat order, korang kena ke kaunter untuk pembayaran dan tunggu untuk makanan sampai ke meja. Mudah kan.



Birthday boy ni pilih Spaghetti Aglio Olio (RM11.90) yang not bad juga rasanya.


Smoky BQ Chicken Grill (11.90) pilihan CikCha. Daging ayam ni sedap tapi sos mushroom ni ada rasa sardin! 



Classic Lamb Grill (RM18.90) menjadi pilihan  Kak Cik Iman. Daging kambing ni lembut walau harganya murah dan saiz pun tidak terlalu kecil dan didatangkan dengan kentang putar. Sos black pepper ni pun ok



Habibi memilih Spaghetti Cream Mushroom (RM8.90) dan rasanya pun not bad serta portion tu tak terlalu banyak untuk kami yang dah semakin menua. 




Spaghetti Arrabbiata (RM11.90) ni pilihan umi. Rasa spaghetti ni memang boleh recommend kat sesiapa yang nak cuba.


Smoky BBQ Chicken Grill (RM11.90)  menjadi pilihan cik Meya ni dihidangkan dengan jagung dan sos yang sesedap rasa.


Ayong memilih Mushroom Burger (RM10.90) yang  didatangkan dengan onion rings. Rasa burger ni memang sedap dan recommended. 




Kami juga cuba mushroom soup (RM10.90) dan cheezy wedges dan onion rings. Jujurnya, mushroom tu biasa-biasa saja, masih terdapat ketulan tepung dan tiada rasa cendawan yang boleh kita enjoy. Cheezy wedges tu not bad tapi onion ring tu biasa-biasa saja.


Minuman

Part minuman ni kalau boleh nak jer ambil air mineral semuanya sebab bila makan tengah malam dan kalau boleh nak kurangkan pengambilan gula, maklumlah usia dah makin menua.

Minuman pula kami ambil Peach Tea (RM3.90 x 3), Fanta Strawberry (RM2.90) dan Air Mineral (RM1.00 x 2)


Lokasi



Alamat : No. 8 & No. 10, Jalan Rmpai Niaga 2 Medan Niaga Rampai, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia


Website : http://www.sorustation.com/

Phone : +60 10-554 7701


Waktu Operasi : 

Ahad, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat & Sabtu : 12:00 PM–12:00 AM

Isnin : tutup



Soru Station Wangsa Maju is a local restaurant specializing in affordable Western cuisine, located in Sri Rampai Business Park near Setapak/Wangsa Maju area. The restaurant offers a variety of options including grills, steaks, and platters that are generously portioned. While the food is reasonably priced, some find the taste to be average. The establishment provides quick service with multiple payment options available for convenience.





Food is nice and price is affordable. It's just during peak hours in the evening the services a bit slow for cleaning the table as usually all the tables are occupied. Order system is nice just using online platform by scanning QR code on the table provided. The time taken for the food to reach to your table is quite short as short even though the place are full with people. Ambiance of the place is quite loud as during peak hours is full with people and it can be quite hot cuz of full of people.

Post a Comment

0 Comments