Masalahh ketuat kat tapak tangan habibi ni memang merisaukan, nampak tersembul dan kalau berdarah tu memang mengalir darah.
Rawatan Alternatif
Sama seperti penyakit limfoma yang dialami dia dulu, habibi memang rajin cari rawatan alternatif.
Sebenarnya dah lama juga masalah ketuat atau mulanya kami ingat penyakit lain sebab seakan ketumbuhan yang menimbul, berwarna kemerahan dan mudah berdarah.
Seperti biasa memang berkali minta habibi ke klinik tapi memang payah dia nak ikut tapi bila dah makin besar, akhirnya habibi ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.
Baca Juga : Rawatan Alternatif Untuk Limfoma Terbukti Berkesan
Pokok Ara Tanah / Pokok Susu Nabi
Sama seperti penyakit limfoma yang dialami dia dulu, habibi memang rajin cari rawatan alternatif dan terbaca untuk guna getah dari pokok susu nabi.
Selepas menggunakan getah dari pokok susu nabi ni selama lebih 2 minggu, ketuat yang memerah ni makin mengecil dan hampir tercabut.
Cara Penggunaan
Ambil pokok susu nabi ni, cuci bersih dari tanah dan pasir. Patahkan batangnya dan terus sapukan getah yang berwarna putih susu ni ke kawasan ketuat. Lakukan beberapa kali hingga ketuat nampak mengecil
Ada sahabat di Lemon8 pun akui yang dia guna untuk cagu kaki dan memang berkesan.
Cara 2
Pakar tumbuhan hutan UPM Rumput ini sangat popular sebagai obat tradisional bagi penyakit asma/ lelah serta masalah paru-paru. Kaya dengan berbagai kandungan kimia yang seperti myricyl alkohol, taraxerol, friedlin, beta amyrin, euforbol, triterperoid,eufol, tirukalol, eufosterol.
Digunakan untuk melawan gangguan kulit seperti ketuat (puru) dan luka .
Caranya : daun pertama dibersihkan dan kemudian ditumbuk atau digilap dan kemudian ditambal di kawasan kulit yang terjejas (Daun dibersih, kemudian dilumat / ditumbuk / dikisar da ditampal di bahagian terpesan) (2) Ia juga berkesan menentang tekanan sakit gout, tekanan dahhtrah tinggi dan gout dengan memakan air yang telah direbus dengan semua bahagian tumbuhan ini
Ramai yang tidak tahu pokok ini dapat menghilangkan penyakit gout dari berulang. Tidak perlu modal cuma cari dekat rumah dan cuba petua ni. Ambil 3 batang dgn akar sekali, daun buang, rebus atau rendam dgn air panas. Satu hari sekali minum insyaAllah penyakit gout dapat dihapuskan. Selamat mencuba. Kredit : Prof Madya Suhaimi Ahmad
Apa pun, sila hati – hati dalam mengambil tanaman ini karena beracun yang terdapat dalam getah berwarna putihnya. 🔊Pastikan anda dapat informasi dari mereka yang pakar-dan berpengalaman sebelum mencubanya dan jangan ambil di sebarangan di tempat awam.
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!