Ketuat? Memang pelik bila ketuat ni lain macam sikit kejadiannya. Memang asalnya ketuat di tapak tangan habibi ni sama macam yang biasa kita lihat, kulit yang keras sebab dia rajin buat weight lifting. Tapi entah macam mana ketuat di tapak tangan ni tiba-tiba jadi lain, nampak merah tersembul, macam isi terkeluar berwarna merah dan kadang kala mengalir darah.
Rawatan Alternatif
Kami dah berkali minta habibi ke klinik sebab benjolan kemerahan nmakin membesar tapi memang payah dia nak ikut tapi bila kerap berdarah dan mungkin merimaskan, habibi ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.
Kat HKL, xray dibuat untuk pastikan tiada ketumbuhan dan Alhamdulillah, tiada tanda-tanda berakar dan memang ianya ketuat.
Sama seperti penyakit limfoma yang dialami dia dulu, habibi memang rajin cari rawatan alternatif. Jadinya, habibi jumpa waktu Google, cara untuk menghilangkan ketuat dengan pokok susu nabi. Lebih kelakar dia sebut pokok najis babi,
"Ni pokok susu nabi atau dipanggil pokok ara tanah" kata umi bila habibi tunjuk pokok yang diambil kat kawasan ofis.
Baca Juga : Rawatan Alternatif Untuk Limfoma Terbukti Berkesan
Pokok Ara Tanah / Pokok Susu Nabi
Sama seperti penyakit limfoma yang dialami dia dulu, habibi memang rajin cari rawatan alternatif dan terbaca untuk guna getah dari pokok susu nabi.
Selepas menggunakan getah dari pokok susu nabi ni selama lebih 2 minggu, ketuat yang memerah ni makin mengecil dan hampir tercabut.
Ubati Ketuat Dan Cagu
Ni cara habibi guna untuk ubati ketuat di tapak tangan.
Ambil pokok susu nabi ni, cuci bersih dari tanah dan pasir. Patahkan batangnya dan terus sapukan getah yang berwarna putih susu ni ke kawasan ketuat. Lakukan beberapa kali hingga ketuat nampak mengecil
Ada sahabat di Lemon8 pun akui yang dia guna untuk cagu kaki dan memang berkesan.
Peringatan
Apa pun, sila hati – hati dalam mengambil tanaman ini karena beracun yang terdapat dalam getah berwarna putihnya. 🔊Pastikan anda dapat informasi dari mereka yang pakar-dan berpengalaman sebelum mencubanya dan jangan ambil di sebarangan di tempat awam.
Apa Itu Ketuat
Ketuat adalah pembahagian sel secara berlebihan dan tidak normal pada bahagian kulit disebabkan ‘Human Papilloma Virus'(HPV). Setakat ini, sebanyak 100 jenis HPV telah dikenalpasti dan ia boleh menyebabkan ketuat pada mana-mana bahagian badan
Ketuat selalunya dapat diketahui dengan melihat kulit yang lebih tebal berbanding kulit yang lain. Selalunya ia berlaku pada satu tompok sahaja. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis
- Ketuat biasa: iaitu penebalan kulit pada satu tompok sahaja. Ia seolah seperti satu benjolan yang kecil.
- Ketuat rata: Kulit yang terlibat rata dan tiada benjolan. Tetapi kulit tersebut kelihatan tebal dan keras.
- Ketuat dalam: Kulit tersebut membentuk sedikit benjolan tetapi akarnya memasuki kulit dengan lebih dalam. Ia selalu berlaku pada kawasan kaki dan menyebabkan rasa sakit ketika melangkah disebabkan benjolan tersebut
Punca kepada masalah ketuat adalah disebabkan virus yang dinamakan sebagai Human Papilloma Virus (HPV)
HPV boleh menyebabkan ketuat berlaku pada kulit dan juga mukosa (iaitu lapisan di dalam saluran pencernaan seperti mulut).
HPV akan menjangkiti lapisan kulit iaitu epithelium. Sel epithelium akan membahagi dengan lebih banyak dan membentuk benjolan kecil dan inilah yang dipanggil sebagai ketuat
1. Ubat Sapu
Ubat sapu yang selalunya dipakai adalah ‘Salicylic acid’ yang bertindak untuk membunuh sel-sel epithelium dibahagian kulit yang mempunyai masalah tersebut. Ia perlu digunakan secara berterusan dalam 12 minggu
2. Cryotherapy
Dalam rawatan ini, cecair nitrogen yang sejuk digunakan untuk membunuh kawasan kulit yang mempunyai masalah tersebut. Cecair tersebut diletakkan selama beberapa saat dan kemudian dibuang. Kawasan kulit tersebut akan melepuh dan benjolan itu akan hilang. Ia mengambil masa beberapa hari untuk luka dikawasan tersebut benar-benar baik
Cara rawatan seperti ini mungkin akan mendatangkan parut dikawasan kulit.
sumber : https://thediagnosa.com/ketuat-punca-simptom-dan-cara-rawatan/
Pilihan Rawatan Ketuat
Ketuat tidak berbahaya. Dalam kebanyakan kes, ia hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan atau tahun. Jika ketuat merebak atau menyebabkan kesakitan, atau penampilannya agak kurang menyenangkan, ada beberapa kaedah yang boleh diguna pakai untuk merawatnya.
1. Salap (ubat sapu) dan larutan khas
Salap dan larutan yang mengandungi bahan kimia, yang juga telah diuji, termasuk 5-fluorouracil (bahan yang menghalang pertumbuhan sel), asiklovir dan imiquimod (ubat antivirus) dan zink. Ia berfungsi dengan mengeluarkan lapisan ketuat sedikit demi sedikit.
2. Suntikan
Pelbagai ubat boleh disuntik ke dalam ketuat. Ini termasuk bleomycin dan 5-fluorouracil (kedua-dua ubat menghalang pertumbuhan sel), interferon (ubat yang menjejaskan sistem imun) dan antigen khusus (bahan yang, seperti vaksin, mencetuskan tindak balas imun).
3. Imunoterapi
Rawatan ini menggunakan sistem imun pesakit itu sendiri untuk melawan ketuat. Rawatan ini digunakan apabila ketuat kekal selepas rawatan lain.
Satu jenis imunoterapi melibatkan penggunaan bahan kimia, seperti diphencyprone (DCP), pada ketuat. Reaksi alahan ringan mungkin berlaku di sekitar ketuat yang dirawat.
4. Cautery
Ketuat dipanaskan dan dimusnahkan menggunakan pancaran laser. Rawatan ini boleh menyebabkan parut. Namun ia adalah kaedah yang paling berkesan dan tidak menyakitkan. Pasca pemulihan yang paling cepat berbanding kaedah lain dalam hanya satu sesi tunggal sahaja.
5. Rawatan Laser Pewarna Berdenyut
Rawatan ini melibatkan penggunaan pancaran laser untuk memanaskan dan memusnahkan saluran darah sempit yang membekalkan darah kepada ketuat. Tujuannya adalah untuk menghalang sel kulit daripada membiak.
6. CO2 Laser
Ini adalah rawatan laser yang bertujuan untuk memusnahkan sel ketuat dengan memanaskan cecair di dalamnya dengan kuat untuk masa yang singkat.
7. Terapi Fotodinamik
Pada mulanya, gel disapu pada ketuat dan dibiarkan selama kira-kira tiga jam. Gel tersebut mengandungi bahan kimia khas yang kemudiannya diaktifkan oleh cahaya supaya ia boleh memusnahkan tisu ketuat.
8. Tampalan Asid Salisilik
Larutan asid salisilik disapu pada kulit beberapa kali sehari selama beberapa minggu. Penyelesaiannya membentuk lapisan nipis di atas ketuat. Lapisan ini dikeluarkan sebelum larutan digunakan semula.
Jika boleh, lapisan atas ketuat juga dikeluarkan dengan berhati-hati. Kebanyakan larutan asid salisilik boleh didapati tanpa preskripsi di farmasi. Sesetengah produk ini juga mengandungi asid laktik. Larutan asid salisilik biasanya diterima dengan baik tetapi kurang berkesan.
Kerengsaan kulit ringan adalah perkara biasa. Dalam kes yang jarang berlaku, kulit mungkin berubah warna atau terluka. Memfailkan lapisan atas ketuat semasa rawatan boleh menyebabkan sedikit kesakitan atau sedikit pendarahan.
sumber : https://www.klinikavicenna.com.my/punca-ketuat-kaki-sebab-jenis-gejala-rawatan/
3 Comments
Terima kasih atas info...nampak pelik ketuat tu...saya pernah kena ketuat...letak getah betik..
ReplyDeleteAmmi rasa in between ibu jari kaki dan jari kedua tu ada ketuat gak. Ammi beriya potong bahagian keras tu tp sakitnya tak hilang juga bila jalan. Rasa mcm nak ke klinik je mintak doctor buangkan
ReplyDeletemanfaatnya sungguh luar biasa ya
ReplyDeleteSaya baru tahu
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!