56 Tahun! Surprise Birthday Dinner Yang Tak Surprise Akhirnya

Ingatkan hanya lunch date dan bunga saja sempena birthday umi tapi ada surprise lagi bila habibi bagitau yang malam nanti ada dinner di lokasi rahsia. Rahsia awalnya tak nak bagi tau umi tapi kena bagi tau juga sebab malamnya adalah rutin umi inap di rumah bonda. 


Lokasi Rahsia

Umi cuma tahu lokasinya bila anak-anak bimbang lewat dan tempahan akan diberikan pada orang lain, almaklumlah kedai makan ni kepunyaan chef selebriti terkenal.

Bila disebut nama cafenya, dalam hati dah wow dah, dengan rasa tak sabar nak cuba test try hidangan yang bakal dinikmati nanti.

Sambutan hari lahir ni memang kurang best sebab cikCha ada event ni kolej, jadi kami kekurangan ahli tapi kalau nak tunggu dia minggu seterusnya ada wedding di Sungai Petani, minggu seterusnya adik ipar nak singgah sebelum mengerjakan umrah. Uish cukup busy kehidupan kami yang biasa-biasa ni dan rasanya semua orang pun sama kan.


Menu Pilihan

Jenuh sebenarnya nak pilih makanan ni sebab tak berapa banyak pilihan yang sekufu dengan selera. Maklumlah tekak orang Melayu yang suka pasta pesto 




Chicken Chop & Mushroom Sauce (RM29) pilihan umi sebab tak tahu nak pilih apa. Nak makan pasta tapi tiada pesto, dan pasta yang dalam menu tak menarik minat umi.

Gorengan ayam bersalut tepung ni memang crispy, tidak masin dan sesedap rasa tapi sos cendawan ni agak masam dan kurang kick. 

Mungkin citarasa umi lebih suka pada yang ada sedikit lada hitam baru rasa ngam dengan chicken chopnya tapi kalau ada black pepper saunce, pasti jadi lebih sedap.




Laksa Johor (RM29). Inilah pilihan habibi tapi dia tak habis pun makan sebab kuahnya tak seperti yang dia harapkan dan kesedapannya tak seperti laksa johor yang pernah dia makan di restoran lain. Umi bukanlah peminat Laksa Johor dan sempatlah nak merasa laksa Johor ni, memang tak boleh gi




Smoked Duck Rigatoni (RM34) menjadi piliha cik Meya sebab ada kepingan daging itik yang membuat dia teruja. Sedap memang sedap dengan aroma rosemary tapi pastanya masih agak keras jadi bila dimakan memang tak enjoy. Portion pasta pun agak sikit.



Lasagna Al Forno (RM29) pilihan KC Iman walau sebenarnya umi yang nak pilih ni. Umi boleh bagi rating 3.5/5 untuk lasagna ni.



Nasi Ulam Ayam Berempah (RM30) menjadi pilihan Is ni nampak menarik dan kata Is memang sedap sebab dia ni peminat ayam.



Seafood "Pad Kra Paw" (RM32) menjadi pilihan KY Amanda yang sesuai dengan selera. Umi cuma makan green mussels ni je yang mujur tidak berbau.






London Fish & Chips (RM39) didatangkan dengan fries, salad dan sos tartar ni menjadi pilihan Ayong Azmer. 


Pilihan Angah Ammar ni semestinya Nasi Goreng Petai & Prawns (RM32) dan katanya nasi goreng ni not bad. Nasi goreng dengan keropok ni memang akan membuat kita teruja nak makan dan menjadi bahan penyedap nasi goreng.




Waktu selesai makan dan bersiap nak bangun, tetiba bergema suara anak-anak menyanyikan lagu "Happy Birthday" dengan di tangan pelayan ada sebekas makanan yang tidak awalnya umi tak pasti apakah yang dibawanya.



Golden Caramel Bread Custard Pudding (RM19) yang diletakkan sebatang lilin. Okay, puding ni memang sedap dengan rasa tidak manis dan memang sesedap rasa. Ni memang umi recommend kalau korang pergi makan kat kafe Chef Wan ni.


Minuman Pilihan

  • Teh Tarik Panas (RM8)
  • Teh Tarik Ais (RM12)
  • Orange Chill Juice (RM12)
  • Butterfly Pea Tea (RM12)
  • Lychee Rose Bandung (RM19) 
  • 3 x air mineral


Alhamdulillah, terima kasih anak-anak dan suami untuk surprise kali ini yang tidak berapa surprise tapi sambutan ni buat umi teruja. 

Sebenarnya, bila usia dah banyak ni, dapat jambangan bunga dari suami dan anak-anak pun dah memadai buat kita senyum hingga ke telinga.


Ruang Makan



Dekorasi kedai pun simple tapi cantik dengan sentuhan ala Moroccon. Bab layanan pun memang bagus dan professional.

Cuma bab citarasa tu kurang menepati selera kami dan anak-anak pula bandingkan dengan makan-makan masa sambutan hari lahir umi ke 54

Jujurnya kalau ada acara sambutan lagi, cafe ini tidak akan berada dalam senaraii untuk kami datang lagi.

Lokasi 

Cafe Chef Wan

Alamat : G2-26 KL East Mall, Off Middle Ring Road 2, Kl East Mall 53100 Kuala Lumpur Federal Territory of Kuala Lumpur

No telefon : 03-7890 6016



Post a Comment

0 Comments