First Time Lunch Date Sempena Hari Lahir Ke 56!

4 September 2025, genaplah usia umi ke 56 tahun. Alamak lagi 4 tahun dah jadi warga emas! Tapi tak pe, age is just a number kata orang puteh.



Kek Buat Bonda

Seperti tahun-tahun yang lalu, umi berkesempatan celebrate birthday dengan bonda. Simple je dengan sepotong kek, umi akan suapkan bonda. 

Itu hanya sebagai penghargaan buat bonda yang melahirkan, nak bawa bonda makan kat luar memang tak mungkin sebab keadaan bonda yang perlu orang lain untuk angkat turun ke tingkat bawah. Hanya adik lelaki dan hero sulung umi je yang mampu angkat bonda walau bonda dah semakin kurus.


Birthday Date!

Sebelum pergi rumah bonda tu, habibi dah bagitau nak bawa umi makan kat luar, kiranya dating berdua la. Dia siap bagitau kat anak-anak yang umi tak masak jadi kena makan sebelum balik rumah.

Umi gantung kuali tapi pagi sebelum ke rumah bonda, umi dah siap masak nasi goreng untuk semua termasuk habibi juga..heee

Kiranya ni kali pertama kami dating untuk birthday sebab selalunya mesti ada orang ketiga, keempat, dan seterusnya.

Yalah, boleh la nak dating berdua sebab kat rumah hanya kami berdua memandangkan habibi masih dalam cuti sakit.


Senda Loka Restoran & Kafe

Asalnya habibi nak bawa ke Wong Solo tapi memikirkan mesti ramai orang dan kami berdua tak minat ikan talapia mahupun ikan keli, jadi habibi bawa umi ke restoran favorite yang so far tak pernah mengecewakan.


Jom, tengok apa yang umi order untuk birthday lunch date ni.



Spaghetti Tomyam Seafood. Sedap pada selera umi dengan rasa tomyam yang secukup rasa masam, pedas yang cukup menyelerakan 





Kabsah Lambk Shank. Lamb shank berempah, nasi wangi, salad dan gravy ni umi yang pilihan dan umi sukakan rempah dalam kambing tu yang seimbang dan tak muak.

Saiz kambing pun memang boleh dimakan dua orang dan umi bagi 10/10 untuk menu ni.


Sup cendawan dengan roti bawang putih. Kali ni saiz roti ni lain sikit, panjang dan sekeping. Beberapa kali makan kat sini, sup cendawan ni disertakan dengan dua keping roti bawang putih.

Apa pun sup cendawan kali ni memang extra sedap dan banyak pulak hirisan parsli yang mejadi favorite umi.

Mungkin extra sedap sebab makan berdua je kot..hehee


Minuman Pilihan



Sebolehnya kami nak cuba sesuatu yang lain selain coffee dan belek punya belek, umi sarankan habibi minum Cranberry Juice (RM15) dan umi pula mencuba Virgin Colada (RM20)

Virgin Colada ini campuran jus limau, jus nenas dan jus kelapa yang dikisar dan diletakkan aiskrim. Not bad rasanya, at least dapat la merasa dan mungkin akan ambil jus yang biasa saja.

Cranberry juice ni pada umi biasa-biasa saja dan cranberry juice yang  umi minum di Spoon Steakhouse tu lebih sedap.

Kejutan!!



Waktu kami dah selesai order tu, habibi cakap dia nak ke kereta dan sebut nama KC Iman, umi pun kat ok. Tak sangka rupanya dia pergi ambil bouquet bunga yang dibeli waktu balik dari HKL. 

Terkejut mak!

Seronok sangat dapat bunga ni walau dapat sekuntum dua bunga pun dah boleh buat senyuman seorang perempuan bergelar isteri ni senyum sampai ke malam.

Dan sebenarnya, ucapan dari ahli kelurga sudah memadai dan hadiah bunga tanpa kek pun dah boleh buat umi rasa bahagia, dihargai dan diingati.



Lokasi Date



Senda Loka Wangsa Melawati - No 4, Jalan Wangsa Setia 4, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur


Post a Comment

0 Comments