Sejak dapat travel, KY ni terus rancang nak travel lagi. Nak ajak umi tapi manakan boleh sebab umi tak nak tukar rutin ke rumah bonda. Jadi KY pun minta travel buddy dia, siapa lagi kalau bukan KC Iman untuk beli tiket flight.
Silap Beli Tiket Flight
Kata KY, dia nak discover Singapore sendiri tapi tak nak overnite, jadinya diaorang pilih pergi pagi dan balik petang atau malam. Memang jangkamasa tu pendek tapi diaorang nak buat macam city tour jer. Umi dah pesan, tak perlu beli apa-apa sebab motif utama nak jejak negeri singa tu. Titik.
Apa pun yang jadi mangsa mestilah hubby dan umi jugak kan. Nasib baik masa tu hubby masih dalam cuti sakit dan umi pula minta bantuan adik untuk cover sesi pagi umi kat rumah bonda.
Lebih lega tak perlu hantar CikCha pada hari Ahad seperti kebiasaan sebab kuliah dia pada hari Isnin sebelah tengahari, kalau tidak jenuh jugak nak travel dua hari berturut-turut tu.
Jadinya hubby ajak kami istirehat di Pantai Bagan Lalang sementara tunggu dua beradik tu touch down kat airport.
Tapi bukan sekadar lepak nikmati angin laut tapi pasang khemah.
Lepas tu kami singgah lelap sebelum tunaikan solat Subuh di Masjid Bandar Enstek. Hari pun dah makin terang dan perut pun dah berdendang, jadi kami terus ke Mercato untuk sarapan sebelum menghantar CikCha ke kolej.
Tup tup, CikCha bagitau yang dia ada kelas pagi, jadi hanya hubby jer makan sarapan dan tak nak buang masa sebab dari Mercato ke Politeknik Nilai tu dalam 30 minit juga.
Lega. Bila dah sampai ke Poli dan hantar CikCha, kami terus ke Pantai Bagan Lalang.
Ingatkan tak ada orang bercamping tapi ada juga walau pada hari bekerja ni, jadi cepat-cepat kami ke lokasi yang dan 2,3 kali kami singgah untuk cari port pasang khemah. Perut pun dah sama lapar ni tau.
Memang seronok duduk tepi pantai ni, nak-nak tak ramai orang dan khemah dah dipasang. Lepas sarapan, tiga orang dengan aktiviti sendiri.
Apa saja la aktiviti kat tepi pantai ni, masuk khemah, tengok socmed, tidur, baca novel sambil nikmati angin laut. Hubby pula qada tidur dalam hammock. Gitulah aktiviti kami.
Fuhh memang best sangat.
Bab solat tak jadi masalah sebab boleh je solat dalam khemah tu.
Tapi apa yang tak best pasir kat pantai kan halus, kena kerap sapu pasir yang masuk ke atas tilam ni.
Tapau Lunch Kat Asam Pedas
Tapau Makan Malam
Jam 8.30 malam, proses membuka khemah bermula. Tak rush pun tapi relax-relax je sebab KC Iman bagitau yang flight diaorg delay sikit.
Tapi suasana kat pantai ni dah gelap tapi masih meriah dengan pengunjung yang dari siang tu asyik memancing.
Mereka ni orang kawasan sini dan ada yang datang dari Morib tapi siap bawa anak kecil lagi tu. Dalam hati tertanya juga, esok budak-budak tu nak ke sekolah, bolehlah mereka bangun dengan mudah.
Jam 8.30 kami dah mula packing dan buka khemah dan kemas semua barang dan jam 9.30 ami dah gerak ke airport.
Hujan.
Disebabkan kami tak dapat info kalau flight dah sampai, hubby decide untuk tunggu kat stesen minyak Petronas yang memang jadi port untuk menunggu. Tak jauh pun stesen minyak ni dan memang penuh dengan kenderaan mereka yang menunggu.
Jam 10.40 malam, the girls bagitau dah keluar dan tiba di balai ketibaan dan memang sesak jugalah jalan masuk nak menjemput diaorang tu.
Alhamdulillah.
Next camping?
InsyaAllah, soon bila ada kelapangan dan ruang masa sebab nak camping ni banyak benda nak kena prepare lebih-lebih lagi kalau nak overnite semalam dua di camp site.
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!