Dah Macam Buat Kenduri Kat Rumah, Tumpang Seronok Bila Adik Ipar Nak Pergi Umrah

Rasanya dah bertahun kami tak buat bakar-bakar dan minggu lepas hasrat nak buat, terlaksana juga bila hubby setuju nak bakar-bakar waktu keluarga adiknya menginap sebelum bertolak mengerjakan umrah.



Bila nak buat bakar-bakar ni tak la mudah sangat sebab nak fikir barangan basah yang dibeli ni nak letak kat mana sebab hari Sabtu memang pasarday, jadi peti sejuk memang penuh dengan pelbagai seafood, ayam, daging, sayuran dan keperluan lain untuk stok selama dua minggu.



Selain stok mingguan, kat peti ais pun penuh dengan dessert jualan KC Iman. Ni dessert yang dipacking yang ditempah oleh kawan-kawan kolej CikCha. Siap dilukis doodle lagi kat kotak dessert tu.

Sehari sebelum tu dah bincang dengan anak-anak yang diaorang kena tolong dan stand by dan pastikan tiada janji lain sebab nak pastikan semua ada kat rumah. Mana taknya, Ayong dan KC Iman sekarang ni dok giler hiking, pantang ada cuti, pantang hujung minggu dan selepas subuh dan keluar hiking bersama dengan grup diaorang.

Selain tu dah bincang dengan Cik Meya yang sangat rajin dalam nak prep makanan untuk dibakar ni. 


Jadinya, Cik Meya jadi tukang prep ayam, daging lembu dan daging kambing dengan produk Hilmie ni. Memang mudah sungguh guna serbuk ni, tak perlu letak garam, cuma letak sos tiram dan bahan lain.


Sempat ambil gambar ayam yang diperap ni je, daging lembu dan daging kambing tu lupa nak diambil sebab dok sibuk mengajar CikCha buat masak cili api pucuk ubi kayu.


Bila nak perap banyak ni, memang agak leceh nak siap homemade, jadi kalau nak perapan BBQ Peppery Black, beli kat SINI dan BBQ Sweed Spicy Herbs beli kat SINI



Kalau nak guna khidmat tukang bakar, tukang jaga api pemangang, tukang kipas dari awal sampai siap, boleh booking dengan umi. Hahaha.


Pemangang spesial pemberian dan hasil air tangan Bang Teh (abang no 3) dan sangat praktikal kalau nak buat bakar-bakar dengan kuantiti banyak. 



Empat sos pencicah air tangan orang yang berbeza, mak teh buat dua jenis air asam dengan satu letak asam jawa dan satu lagi letak asam limau. Sementara Cik Meya buat sos thai dan KC Iman buat.
mushroom sauce.

Memang tak sempat nak ambil gambar semua ni sebab siap masak jer terus nak makan sebab semua dah kelaparan dan KC Iman pulak ditugaskan menghantar CikCha balik Nilai.

Alhamdulillah, laku keras makanan tu semua, paling laku pastinya daging kambing, kerang, sotong, udang dan ayam. Mujur bakar daging bakar tu ada 2 keping dan ikan kembung bakar tinggal 2 ekor.


Untuk makan malam pulak, umi cuma buat bihun goreng biasa dengan cili cuka, order 60 cucuk sate Melaka. 

Walau masih kenyang tapi habis juga sate dan hubby siap cakap kat adik dia supaya makan sebab kami akan hantar mereka ke harus ada kat airport jam 11 malam, maknanya kami kena bertolak dalam jam 9.30 malam.



Alhamdulillah, kami sampai lebih awal dari jangkaan tapi nak menunggu jam 11 malam tu satu penyikasaan. Hahaha.

Waktu kami sampai tu keluarga sebelah suami mak teh dah sampai dan anak saudara hubby dan makteh ni pun sampai dengan suaminya.




Kalau ikutkan hubby, dia nak tunggu sampai adik dia (mak teh) boarding tapi KC Iman dan Cik Meya dan mengantuk dan esok pulak hari Isnin, jadi kami gerak balik lebih kurang jam 12 malam la juga.

Baru tadi suami mak teh (biras umi) telefon, mereka sihat-sihat saja. Alhamdulillah.

Post a Comment

0 Comments