Dah lama rancang nak bawa bonda makan tengahari kat luar, saja nak bagi bonda rasai suasana lain dari kebiasaan. Maklumlah bonda bukan boleh nak jalan sendiri, perlu bantuan terutama adik (Chef Ross) untuk dukung bonda dari atas rumah ke dalam kereta.
Kali terakhir kami tiga beradik lunch dengan bonda masa selesai check-up bonda awal tahun hari tu kami lunch sama dengan bonda di kantin Hospital Tuanku Mizan.
Tak boleh nak berlama sebab rutin check-up kat hospital pun dah buat bonda bosan kepenatan, dan kalau nak bawa ke mall memang bertambah penatlah bonda.
Kalau dulu bolehlah nak bawa bonda makan kat kedai yang jauh dari rumah tapi sekarang ni, kami akan pilih kedai yang dekat saja sebab keadaan bonda yang agak uzur.
Jadinya Chicken Rice Shop kat Aeon Big Wangsa Maju ni jadi pilihan dan bukan pertama kali tapi dah berkali-kali selain nasi yang lembut untuk dikunyah dan kawasan yang selesa buat bonda yang menggunakan kerusi roda.




2 Comments
Betul itu hargai ibubapa selahi ada.
ReplyDeleteSemoga Allah beri rahmah pada keluarga Puan Fuzy dan keluarga kerana jaga Emak dengan baik dan santun.
Saya tersentuh hati.
Saya doakan bunda kakak sehat dan diberkati selalu. Terharu melihat adik beradik sengaja bawa bunda jalan kluar demi membahagiakan hati bunda ❤️❤️
ReplyDeleteChicken rice shop ini saya dah lama nak coba. Sebenernya yg suka chicken rice suami sayang kalah saya biasa saja. Tetap makan tapi bukan favorit lah. Cuma Krn suami suka, nak juga ajak dia makan sini saat di KL
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!