Sarapan Pagi Di Restoran & Kafe Tasbeeh

Dah lama nak cuba makan kat Kafe Tasbeeh ni, tapi bila ke kafe ni tutup dan bukan sekali saja lalu depan lokasi kedai ni tapi tutup. Lebih pelik kat FB asyik terlalu jer pasal kafe ni. Jadi dok fikir mungkin sebab dia dah bayar ads jadi tu yang kerap lalu lalang kat timeline tu.



Restoran Tashbeeh


Rupanya kafe ni dah berpindah ke bahagian depan, dan kalau tak silap dulu kafe ni ambil lot kafe kepunyaan chef selebriti (Chef Zubir kalau tak silap).

Jadinya 27 September lepas, kami jemput KY Amanda untuk join kami breakfast kat sini.


Waktu kami sampai tu jam 8.15 pagi, dan hubby tanya kita nak duduk luar atau dalam? Cik Meya memang jarang nak duduk luar sebab cuaca panas, jadi lebih baik duduk dalam. Ada aircond. 

Bila melangkah masuk tu hanya ada pekerja tengah duduk. Hubby pun bisik, eh tak ada orang la. Mungkin orang ramai masih tidur sebab hari Sabtu kan.

Bila duduk jer, datang pelayan bagi menu. Belek punya belek, hubby decide nak makan nasi lemak tapi bila ditanya, "nasi lemak dah habis" 

Uishh, awalnya habis nasi lemak kata hubby. Mungkin ada orang buat booking awal pagi la kot. Saja nak sedapkan hati.

Menu Pilihan



Sebagai peminat nasi dagang, umi dan KY Amanda semestinya akan pilih nasi dagang. Menariknya nasi dagang tu dibungkus dalam daun pisang membuatkan nasi tu lebih wangi. Kari ikan tongkol ni not bad, tak terlalu manis dengan saiz ikan yang agak besar sementara acar tu memang tak de rasa garam langsung atau tak juga rasa masamnya.

Jujurnya nasinya biasa-biasa saja dan kalau ke sini lain kali, pastinya bukan nasi dagang yang jadi pilihan.


Memandangkan nasi lemak tak ada, hubby fikir tak nak makan ler sebab agak kecewa tapi umi cakap "why not u cuba lempeng" mujur dia ok.

Lempeng dengan sambal bilis dan sardin ni memang sedap, tebal dan besar. Jadi memang mengenyangkan la buat lapik perut.



Big Breakfast pilihan Cik Meya. Not bad dan biasa-biasa saja.




Minuman pilihan kami, teh tarik buat hubby, teh o buat KY Amanda, Milo ais buat Cik Meya dan air limau suam buat umi.


Jujurnya lokasi kedai ni dah cukup cantik dan kalau nak cari parking pun tak susah, jadi kalau korang nak cuba, boleh la cuba sarapan atau makan tengahari kat sini.

Lokasi

Tashbeeh Restaurant & Cafe

No 8-G, Jalan Dataran Wangsa 1,

Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur


No telefon : 012-921 7444


Waktu Operasi 

Jumaat - Rabu : 7 pagi - 9.30 malam

Cuti Am : 7 pagi - 9.30 malam

Khamis :  Tutup

Post a Comment

0 Comments