Makan dalam daun pisang ni memang tak asing lagi bagi umi sejak tahun 90an dulu, masa bekerja di LRT Ampang dulu. Boleh dikatakan dalam dua atau tiga kali dalam sebulan pasti ke gerai daun pisang di Jalan Ampang.
Memang jarang nak nikmati makan tengahari jauh memandangkan pejabat masa tu kat Ampang Point dan selain makan nasi dalam daun pisang, paling umi kerap pergi di Hometown Yongtau Foo atau makan saja di dalam mall Ampang Point tu.
Pertama Kali Makan Kat Banana Bro
Dah lama teringin nak makan kat Banana Bro ni tapi masih tiada kesempatan tapi akhirnya peluang tu datang dan dapat pulak menikmati dengan anak-anak bersama blogger Liez selepas kami selesai hadiri suatu acara di Trax.
Kenangan Makan Nasi Daun Pisang
Kalau masa tu pelayan kedai daun pisang ni hanya memakai dhoti yang kemudian ditarik angkat sampai ke betis dan beliau akan datang ke setiap meja untuk letakkan daun pisang, lauk yang kita pilih dan kemudian letak kuah dan acar.
Bila dah kenyang makan nasi lauk ikan atau ayam, kita pulak minum rasem yang rasanya masam-masam suam dan memang sedap dan ni memang wajib.
Menu Pilihan Di BananaBro
Ada empat jenis kuah yang disediakan untuk pilihan antaranya kari ikan, kari ayam, kuah dal dan tak pasti apa lagi satu tu.
Okay, nilah jumlah keseluruhan makanan kami RM127.60 untuk 4 orang. Portion makanan pun agak banyak
Yea Or Nay
Jujurnya kedai ni memang bersih dan teratur tapi yang paling tak best, makanan yang kami dapat ni sejuk, jadi terus turned down mood yang berkobar nak makan makanan India Selatan ni.
Hanya nasi je yang suam tapi mutton tu sejuk begitu juga dengan ayam tapi tidaklah sejuk gedi tapi tetap sejuk.
Mungkin sebab kami makan jam 4.54 petang?
Tak mungkin sebab ni bukan makan kat kedai nasi campur tapi makanan ni kita order untuk dihidangkan.
Apa pun ni pendapat saya, citarasa kita semua berbeza.
Peace yo!






0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!