Sekadar Perkongsian Bersama.. Surah Yaasin Pengertian Setiap Ayat :

Surah Yaseen | Mishary Rashid al Efasy yang sangat merdu

  • Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri 
  • Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir. 
  • Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat. 
  • Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. 
  • Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak. 
  • Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut. 
  • Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut. 
  • Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya). 
  • Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll. 
  • Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur. Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah. 
  • Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula. Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu. 
  • Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak. 
  • Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu. 
  • Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan. 
  • Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup. 
  • Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t. 
  • Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba Tiupan ke-dua - Hancur Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar. 
  • Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya. 
  • Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali. Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. 
  •  Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut. 
  • Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. 
  • Ayat 79 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk." 
  • Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari. 

 Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan