Salam / Helo / Hola / Salam Perkenalan
Terima kasih mengunjungi blog picisan www.iamfuzy.com, medium untuk saya berkongsi tentang pelbagai cerita pengalaman, kekeluargaan, perjalanan hidup secara rawak, kepandaian memasak yang tak seberapa bla bla..hehe
Sejak Berblogging
Masa mula-mula membuat blog dalam tahun 2006 blog bernama sweetsourleyra.blogspot.com dan kemudian bila rebranding jadilah umifuzy.com selepas menghadiri SBB2014 dimana saya mengenali beberapa blogger yang selama ini dikenali di facebook. Tahun 2019 domain umifuzy menghadapi masalah sewaktu hendak diperbaharui sampai tiada jalan penyelesaian, buntu dan pasrah sebenarnya tapi akhirnya selepas ups and downs domain ditukar ke www.iamfuzy.com. Jadinya terus merangkak dan berusaha untuk menulis terus secara berkualiti
Dilahirkan pada 04 September 1969 berbintang Virgo..bangga kot bernaung bawah zodiak ni. Bukan percaya tapi bila dibaca memang apa yang ditulis sedikit sebanyak memang sama.
Umum tahu rasanya saya seorang mom blogger dengan 6 orang anak yang sudah meningkat dewasa dan seorang suami yang bertugas sebagai penjawat awam.
Nak panggil apa?
Ala korang boleh jer panggil Fuzy, Kak Fuzy atau pun Umi Fuzy sepertimana yang dipanggil oleh anak-anak dan rakan diaorang juga sebahagian rakan blogger. Anak-anak dah besar panjang dan yang sulung lahir tahun 1993 so kalau korang yang baru 20an panggil saya kakak tu macam pelik la sikit tapi saya cuba okay kan diri asal jangan panggil hoi sudah la.
Panggilan nama Fuzy (singkatan dari Fauziah nama yang disaran oleh mak angkat bonda) atau Icik tu memang panggil oleh keluarga, Allahyarham abah dan adik beradik memandangkan sewaktu saya kecil saya selalu tidak sihat jadi nama di sijil kelahiran tu hanya untuk urusan rasmi saja. Kira-kira pet name la hehe. Saudara mara dan rakan persekolahan pula memanggil Gee sebab tu kekadang tu agak confuse sendiri hehe dan saya sendiri membahasakan diri sebagai Kak Cik kerana saya anak kedua akhir dari lapan beradik. Besar kan keluarga saya ni dan meriah!
Pengalaman Bekerja
Pengalaman bekerja sebagai setiausaha dengan pelbagai industri dan syarikat multinasional antaranya Exprotech (oil & gas), ABB Daimler Benz (projek STAR LRT), UNDP (pembantu sokongan bahagian audit). AT&T (teknologi), Lucent Technologies (teknologi), ExxonMobil (oil & gas) dan pengalaman lebih 15 tahun dalam industri pelancongan (3 sykt pelancongan) sebagai HOD dan OM dan terakhir BDM (pelancongan atas talian). Saya pernah bekerja di Kamdar selepas habis SPM dan kemudian bekerja sebagai kerani di pejabat peguam Abdul Razak, Omar & Affendi yang mana saya sambung belajar sambil bekerja dalam jurusan kesetiausahaan di Bedford Girls College di Lebuh Pasar. Selepas beberapa tahun belajar, saya sambung pelajaran dalam Business di Rima College tapi berhenti lepas lebih kurang 5 bulan sebab tak larat nak bawa perut sebab mengandung dan pengalaman paling manis bila boss di ABB Daimler membiayai saya dan sahabat ke kelas bahasa Jerman dan bahasa Inggeris di British Council.
Dari bidang korporat yang memerlukan saya nampak menarik dan bergaya serta selesa, saya terjun ke bidang pelancongan atas undangan kawan yang juga tuanpunya syarikat dan dari situ saya rasa jatuh hati sebab saya sedar saya suka bercakap haha sesambil tu boleh meluaskan pengetahun dalam selok belok perniagaan dengan kepeningan otak untuk mencari fund bagi menggajikan pekerja dan melayan karenah staff yang macam-macam hal. Lebih menarik beberapa kali saya dapat menjejakkan kaki ke luar negara atas tiket sebagai tour leader ke China, Hongkong-Shenzhen, Indonesia, Vietnam dan paling manis bila berpeluang memperkenalkan Malaysia di bawah payung Tourism Malaysia antaranya ni di ITB Berlin, ITB Asia di Singapura dan beberapa kali ke ATM di Dubai.
Saya sebagai penulis
Mula menulis kerana ingin menyimpan kenangan dan cerita kemudian berkongsi pengalaman dan pelbagai tips dan kemudian minat (passion) bertambah bila saya dilamar beberapa tahun lalu untuk menulis artikel berkenaan travel dan dibayar sebagai imbuhan dan bermula dari situ saya terus menulis dan menulis hingga kini memandangkan saya punya masa yang agak banyak sejak tidak bekerja dan anak-anak sudah meningkat dewasa.
Selain menulis di blog, minat saya membaca novel semakin bertambah dan punya koleksi novel yang masih dalam simpanan dan mungkin untuk dijual nanti.
Nasihat saya, sesiapa yang berminat untuk menulis, tulis jer dan kalau perlu bantuan, jangan malu untuk meminta bantuan dari saya tapi pastikan korang menulis dengan ETIKA. Jaga bahasa, jaga lisan kita dan jangan sesuka hati ceduk artikel orang lain supaya kita sentiasa rasa tenang.
Pengalaman buruk dan mengerikan
Pernah jadi subjek dan hampir viral kerana syarikat pelancongan yang saya tu tidak boleh memulangkan wang kepada pelanggan dan tidak mampu menghantar mereka bercuti. Sedih bila posting saya di twitter yang saya tulis untuk muhasabah diri tapi dikatakan ustazah bertopeng. Paling sedih mereka tidak tahu yang saya sendiri telah berhutang untuk membantu dengan jumlah yang sangat besar dan hingga kini saya masih mengharap GM saya tu tampil untuk membantu mengurangkan beban yang saya tanggung supaya saya boleh rasa tenang. Harap menjadi pengajaran dan dapat pengajaran bagi orang lain bila saya kongsikan cerita ni di entri nanti. InsyaAllah.
Saya berharap penulisan saya boleh dijadikan panduan dan kalau yang baik jadikan pengajaran dan yang buruk jadikan tauladan.
jom ikuti saya di social media Facebook Page | Instagram | Twitter | Youtube | Email

Untuk sebarang advertorial, collaborations dan sponsorship, sila email ke fuzy.werk@gmail.com