Koleksi Althea A'Bloom Dengan 4 Produk Kecantikan Mampu Milik - blog.iamfuzy™

29 June 2019

Koleksi Althea A'Bloom Dengan 4 Produk Kecantikan Mampu Milik

Siapa tak teruja bila dapat stok barangan kecantikan dari Althea ni lebih-lebih lagi sewaktu menjelang hari Lebaran! Semua orang nak cantik dan nak berwajah cantik bila di kunjungi dan mengunjungi adik beradik dan sahabat handai yang di Hari Raya selain berpakaian cantik kannn.

Bila bab kecantikan ni, ramai agak berkira sebab nak cantik ni kena keluarkan duit lebih terutama membeli barangan kecantikan tapi jenama barangan kecantikan Althea dari Korea ni memang berbaloi dan berpatutan harganya.  Bak kata orang, barangan harga mampu milik dan kualiti setanding produk kecantikan lain dari negara Korea.

Memang teruja bila menerima kurier dari Korea ni, tak sabar nak mencuba dan nak cantik persis artis Korea tau! Jom tengok apa yang didatangkan khas dari Korea ni untuk dicuba dan pastinya nak cantik kan

Koleksi Althea A'Bloom Dengan 4 Produk Kecantikan Mampu Milik

Facemask A'bloom terdapat 4 jenis iaitu  Spakle-Me-Brigt , Avo-Cuddle-Me, Ac-Me-Peach dan Water-Me-Long yang setiap satu berharga hanya RM2/sheet



A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me - kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit daripada faktor alam sekitar yang berbahaya dan mencegah kedutan

Mengandungi ekstrak avocado dan bunga raya (bibiscus Sabdariffa) untuk memberikan kesan yang lembut pada kulit

Koleksi Althea A'Bloom Dengan 4 Produk Kecantikan Mampu Milik
Kesemua produk Facemask ini berharga RM2/1pc dan untuk 10 keping hanya RM15.00 Berbaloi kan!


A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach - membersihkan dan melegakan kulit yang sensitif.  Diadun dengan ekstrak buah peach dan tea tree oil untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulti serta melembutkan kulit.


Koleksi Althea A'Bloom Dengan 4 Produk Kecantikan Mampu Milik

A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright
membantu untuk mencerahkan kulit dengan kandungan Vitamin C dair LEmon dan Lime, juga mengandungi double dose dari ekstrak limau dan kapur untuk menghilangkan bintik gelap

Mengandungi teh hijay yang mampu mencerahkan kulit dan menenangkan kulit

Bahan utama : Ekstrak Buah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia (Lime), Ekstrak DAun Camellia Sinesis

Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kombinasi

Koleksi Althea A'Bloom Dengan 4 Produk Kecantikan Mampu Milik

A'bloom Moisturing Watermelon - Water Me Long mengandungi esktrak tembikai dan ditambah dengan lavender untuk penghidratan dan memberikan lembapan pada kulit.  Sepertimana kandungan air yang banyak di dalam buah tembikai yang berhasil menyuburkan kulit dan menenangkan kulit sementara Lavender cukup diketahui mempunyai bauan yang indah dan memberikan kesan menenangkan dan menyegarkan

Cara pengunaan : cuci muka seperti biasa dan lekapkan mask ke muka. Sesambil tu buat sedikit urutan di wajah yang pasti memenangkan. Hindari bahagian mata dan juga mulut.  Biarkan di muka selama 10-20 dan kemudian tanggalkan dan boleh buat urutan kembali keseluruh wajah dengan esen yang masih berbaki dimuka tu ya.


Koleksi Althea A'Bloom Dengan 4 Produk Kecantikan Mampu Milik

Althea A'bloom BHA Blackhead Blaster punya bentuk yang sangat praktikal semacam gincu. Cuma buka, pusing dan sapu ke muka dan saiz yang kecil tu memang mudah letak dalam bag tangan mahupun dalam clutch..ye la lelaki pun nak cantik jugak kann.  

Althea A'bloom BHA Blackhead Blaster hanya berharga RM16.00 ini mengandungi apricot seed powder bagi mengeluarkan sebum berlebihan dan tea tree oil yang dapat menenangkan kulit dan mencegah kerengsaan/kemeraha pada kulit muka

Cara pengunaan: Basahkan muka dengan air suam dan keringkan dengan sehelai tuala bersih. Kemudian sapukan stick BHA Blackhead Blaster di seluruh wajah dan dihidung terutama bahagian yang kita kenalpasti punya banyak blackhead. Menariknya produk ni memang lembut bila disapu ke muka tanpa rasa sakit dan tidak menyebabkan kulit muka sakit atau memerah.

Produk ini boleh digunakan setiap hari kerana Althea A'bloom BHA Blackhead Blaster ini besifat lembut dan tidak merosakkan kulit wajah. Antara kandungan BHA Blackhead Buster ini adalah White Willow, Arang, Biji buah Aprikot dan Minya Daun tea tree

Koleksi Althea A'Bloom Dengan 4 Produk Kecantikan Mampu Milik

A'bloom Giant Meringue Puff - Berfungsi untuk meratakan foundation dalam keadaan kering mahupun basah.  Menariknya, saiznya akan membesar sehingga 1.5x ganda bila dibasahkan.  Produk ini diperbuat dari material high density latex free foam, sangat lembut, kenyal dan tidak mudah terkoyak dan hanya berharga RM8/pc

Koleksi Althea A'Bloom Dengan 4 Produk Kecantikan Mampu MilikAdd caption

A'Bloom Baby Meringue Puff (RM11/3pcs) - Produk 3 dalam 1 box ini diperbuat dengan bahan yang sama dengan Giant Puff.  Ianya sesuai iuntuk digunakan di kawasan mata, hidung dan bahagian wajah yang sukar bila kita menggunakan span atau giant puff.

Menarik sungguh kan kesemua koleksi terbaru Althea A'bloom ni kan.  Jadi jangan tunggu, jom dapatkan 1 kotak Althea A'bloom hari ni untuk kita sama-sama cantik!

Untuk keterangan lanjut, boleh layari :

Website : https://myalthea.kr/
Instagram : www.instagram.com/altheakorea
Facebook : www.facebook.com/Altheakorea


2 comments:

  1. Fiza suka mask dia.. pakai semuanya sejuk2 je muka..

    ReplyDelete
  2. bestkan produk dari Althea ni? Mmg repeat beli yg fruits mask tu..dan BHA tu mmg berkesan nak remove black head especially dekat hidung

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!