eCurve Serlahkan Bakat di K-Heat Kpop Talent Show 2019 - blog.iamfuzy™

20 August 2019

eCurve Serlahkan Bakat di K-Heat Kpop Talent Show 2019

Demi peminat setia K-Drama dan K-Fashion di Malaysia, eCurve telah menganjurkan festival negara Korea sempena cuti sekolah baru-baru 

Pertandingan K-Dance dan K-Sing merupakan antara tarikan utama K-Heat Kpop Talent Show 2019. Pertandingan K-Dance telah dihakimi oleh Choi Ssaem, Sachie Amira, yang merupakan penyanyi, penulis lirik serta ahli kumpulan TigaSoul; Iylia Anis, ketua kumpulan Kueendom dan juri selebriti istimewa, Mix, ketua kumpulan tarian Brute serta pemenang pertandingan Kpop International Dance Cover.

Pemenang utama, the Donnas dengan hadiah wang tunai RM2,000.00
Pemenang Tempat Kedua, Eclat dengan hadiah wang tunai RM1,000.00
Pemenang Tempat Ketiga, DPNW dengan hadiah wang tunai RM600.00
Sebanyak 32 buah kumpulan telah berentap di dalam pertandingan yang cukup mencabar ini. Peserta diadili berdasarkan pergerakan tarian dan ketepatan gerak tari berserta kreativiti dalam persembahan.

Bagi pertandingan K-Sing, 36 orang peserta telah menyertai dan bersaing hebat. Peserta pertandingan K-Sing diadili berdasarkan kebolehan menyanyi, personaliti serta sebutan semasa menyanyi oleh Choi Ssaem, Sachie Amira dan Iylia Anis.
"kepada mereka yang bermiant menunjukkan bakat mereka, K-Heat Talent Show 2019 merupakan peluang untuk mereka menunjukkan bakat! Ia menjadi pentas untuk mereka mengasah bakat dan mengasah serta memupuk kerjasama antara ahli pasukan. Ianya turut bagus sebagai platform bertemu kenalan baharu di kalangan mereka yang mempunyai minat yang sama! Saya amat kagum dengan bakat yang ditonjolkan. Tepukan gemuruh kepada semua peserta pada hari ini dan tahniah kepada semua pemenang." - Gina Long Ahmad, Pemangku Pengurus Kompleks
Untuk makluman, eCurve telah menganjurkan Kolours of Korea Festival 2019 bermula 9 hingga 18 Ogos 2019, di mana peminat fanatik Korea boleh menikmati pelbagai barangan, makanan serta persembahan bertemakan Korea. Pengunjung turut menikmati pelbagai permainan tradisional Korea, barangan eksklusif serta makanan sepanjang kempen berlangsung.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai K-Heat Kpop Talent Show dan kempen Kolours of Korea Festival 2019 eCurve dengan menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di 03-7725 0277 atau layari www.ecurve.my atau laman Facebook eCurve di www.facebook.com/eCurveMall

4 comments:

  1. Wow! Didn't know there was such competition going on at the moment.
    Congrats to the winners :)

    ReplyDelete
  2. Mesti syok kalo leh dpt tgok dieorang menari

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!