Pejam Celik Pejam Celik Dah Berusia 50 Tahun ! - blog.iamfuzy™

5 September 2019

Pejam Celik Pejam Celik Dah Berusia 50 Tahun !

Alhamdulillah, semalam genap umur saya ke 50 tahun! uhh 50 tau bukan 35 tahun bukan 25, bukan bukan 15 tahun!

Tiada surprises, tiada sambutan cuma kami pergi dinner di restoran favorite en suami tapi tak berapa best sebab kekurangan dua ahli kerana KC Iman di Jitra dan Meya berada di Sabak Bernam.  Memang agak malas sebenarnya sebab masih tak berapa sihat dengan sakit mata masih berbaki dan gambar yang diambil pun alahaiii dah la mata tu sepet bertambah sepet dengan penyakit mata..ehehe

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi yang memberi kesihatan yang baik buat saya dan sentiasa dimurahkan rezeki dariNya walau pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi kita masih gagah dan masih diberi kekuatan olehNya.

Terima kasih yang tak terhingga pada mak yang melahirkan, membesarkan dengan susah payah anak dia ni yang sering sakit waktu kecil dan segala pengorbanan mak menjaga saya dari kecil hingga dewasa sampai kahwin lepastu menjaga anak dia ni dalam pantang dari yang sulung hingga yang bongsu lepas tu menjaga cucu-cucu pulak bersama Allahyarham Abah. Terima kasih Abah yang turut bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan saya dan adik beradik malahan sentiasa ada setiap masa untuk saya dan tidak pernah jemu.

Buat adik beradik, saudara mara, sahabat handai yang mengenali saya secara peribadi mahupun di alam maya, terima kasih atas ucapan, mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dan semoga kalian turut memperolehi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu

Meniti usia 50 bukan hanya kita  mengira usia yang semakin meningkat tapi mengira sejauh manakah kita memanafaatkan usia yang masih berbaki untuk keluarga dan semua disekeliling kita.  Usia yang berlalu tidak akan patah balik tapi usia yang masih berbaki masih boleh kita gunakan untuk berbakti dan membantu mereka yang memerlukan bantuan agar kita mendapat balasan yang baik sebagai bekalan di sana kelak.

Diharap nanti bila menyambut usia ke 55 tahun dapatlah berkumpul semuanya dan semoga saya dipanjangkan usia untuk merasai usia 55 tu jugak.

Luv you all!


7 comments:

  1. Selamat hari lahir... semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dirahmati Allah ;)

    ReplyDelete
  2. Happy birthday..semoga dikurniakan kesihatan yg baik, rezeki yg luas serta kehidupan yg diberkati olehNya..

    ReplyDelete
  3. happy birthday kak.. matang seiring usia semoga usia akak panjang dan berkat

    ReplyDelete
  4. Selamat hari lahir umifuzy. semoga sentiasa sihat walafiat di bawah lindungan Nya dan dikurniakan rezeki yang melipah ruah serta berkat. Amin

    ReplyDelete
  5. happy belated birthday kak :-) semoga sentiasa dalam rahmat Allah..amiinn

    https://anakperak.com

    ReplyDelete
  6. Rasanya umor bukan semakin meningkat tapi umor semakin pendek...

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!