Resepi Koey Teow Th'ng Mudah Lagi Sedap - blog.iamfuzy™

17 September 2019

Resepi Koey Teow Th'ng Mudah Lagi Sedap

Dah lama nak buat Kue Teow Th'ng ni dah akhirnya terlaksana bila Cik Meya balik hari Jumaat lepas sebabnya kalau dia tak de memang tak de geng la nak makan. Lepas buat tu terus tinggalkan sebab kena hadiri event kat PJ.  Tak sempat nak makan dan tak sempat nak ambil gambar bahan-bahan tapi tengah malam sempat jugak makan dan ambil gambar.

Serius sedap sebab sambal kicap tu Cik Meya buat penuh kasih sayang, rasa masam, rasa pedas yang boleh buat air mata meleleh sambil makan hahaa


Resepi Koey Teow Th'ng Mudah Lagi Sedap



Bahan untuk sup
4 ketul ayam bahagian isi
3 ulas bawang putih, diketuk
1 - 2 kiub pati ayam Maggi
Lobak merah diracik
½ biji sengkuang
1 inci Halia
2 paket fish ball
2 ketul gula batu
Garam secukup rasa


Cara membuatnya:
  • Rebus isi ayam, kaki, leher (kalau ada)  bersama halia dan bawang putih. 
  • Bila sudah masak, keluarkan isi ayam dan toskan
  • Panaskan sup didalam periuk, masukkan lobak merah, sengkuang dan fish ball
  • Biarkan sup mendidih dan boleh ditutup api serta masukkan garam secukup rasa


Bahan untuk minyak bawang putih
1 labu bawang putih, dipotong dadu
1/2 mangkuk minyak masak

  • Panaskan minyak masak dan goreng bawang putih hingga kekuningan
  • Biarkan sejuk seketika dan masukkan bawang putih berserta minyak kedalam bekas


Bahan untuk sambal kicap
10 biji cili padi
4 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi, dibersihkan dan dibuang biji
Kicap
Garam secukup rasa
  • Kisar kesemua bahan dengan sedikit air hingga halus, masukkan kicap dan garam secukup rasa.
  •  Masukkan sedikit minyak bawang putih

Nota : limau kasturi tu boleh diperah atau buat macam saya yang suka masukkan dengan kulit sekali


Bahan untuk hiasan
Isi ayam yang dicarik halus
Daun bawang
Bawang goreng


Cara Penyediaan

  • Masukkan kue teow ke dalam mangkuk, tuangkan air panas dan kacau supaya ianya tak melekat dan kemudian toskan
  • Masukkan kue teow dalam mangkuk hidangan (terpulang banyak mana nak makan)
  • Letakkan isi ayam yang di carik dan kemudian tuangkan kuah (banyak mana yang kita suka)
  • Masukkan daun bawang, bawang putih dan minyaknya, bawang goreng dan sambal kicap
  • Sedia untuk dimakan

.Selamat Mencuba!



2 comments:

  1. Sedapnya kak, nanti boleh follow resepi akk ni ya..tq tau, harap2 klu linda buat menjadi la ☺

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!