Tabiat Pemakanan Kanak-kanak Malaysia Mungkin Kurang Nutrisi Menurut Kajian SEANUTS I - blog.iamfuzy™

12 November 2019

Tabiat Pemakanan Kanak-kanak Malaysia Mungkin Kurang Nutrisi Menurut Kajian SEANUTS I

Menurut tinjauan di Malaysia menunjukkan satu daripada lima orang kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan atau obes hampir satu daripada 10 kanak-kanak terbantut untuk usia mereka dan dalam 20 kanak-kanak mempunyai masalah kurang berat badan hampir separauh daripada kanak-kanak tidak mendapat Vitamin D dan kalsium yang mencukupi dan sebahagian besar kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun adalah tidak aktif secara fizikal.



Kajian baharu untuk terus mendapatkan maklumat lanjut dalam usaha menangani kekurangan zat makanan di rantau ini
"Lebih membimbangkan lagi ialah penemuan yang menunjukkan bahawa, secara purata kanak-kanak Malaysia hanya minum setengah hidangan susu setiap hari, dan hanya 5% kanak-kanak sebenarnya meminum dua hidangan susu setiap hari,iaitu jumlah yang disarankan untuk membantu mereka mendapatkan keperluan harian kalsium dan vitamin D. Sarapan perlu menyediakan 20% hingga 25% daripada keperluan pemakanan harian kita. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja yang biasa makan sarapan lebih cenderung untuk memiliki pengambilan mikro dan makronutrien yang lebih baik, kurang kemungkinan mempunyai berat badan berlebihan atau obes, dan lebih cenderung mempunyai tahap aktiviti fizikal yang lebih tinggi" Professor Dr Poh Bee Koon, Penyelidik utama bagi Kajian Nutrisi Asia Tenggara 1
Profesor Poh juga menyarankan supaya tabiat minum susu sebagai sebahagian daripada amalan sarapan pagi sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap nutrisi kanak-kanak Malaysia.

Penyelidik utama bagi Kajian Nutrisi Asia Tenggara I (SEANUTS I) di Malaysia, Profesor Dr. Poh Bee Koon dari Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) percaya bahawa kanak-kanak di rantau ini, terutama kanak-kanak Malaysia, masih terkesan dengan tabiat pemakanan yang kurang nutrisi.



Walaupun kajian SEANUTS I telah selesai pada tahun 2011, Profesor Poh ketika berucap di majlis tandatangan kerjasama antara syarikat induk Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) FrieslandCampina dan UKM bagi merasmikan permulaan SEANUTS II berkata, bahawa kanak-kanak tempatan dan di rantau ini masih belum mendapat nutrisi yang cukup dalam diet mereka.
Menurutnya lagi, tinjauan di Malaysia menunjukkan satu daripada lima orang kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan atau obes, hampir satu daripada 10 kanak-kanak terbantut untuk usia mereka, dan satu dalam 20 kanak-kanak mempunyai masalah kurang berat badan, hampir separuh daripada kanak-kanak tidak mendapat Vitamin D dan kalsium yang mencukupi, dan sebahagian besar kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun adalah tidak aktif secara fizikal.
"Sarapan perlu menyediakan 20% hingga 25% daripada keperluan pemakanan harian kita Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja yang biasa makan sarapan lebih cenderung untuk memiliki pengambilan mikro dan makronutrien yang lebih baik, kurang kemungkinan mempunyai berat badan berlebihan atau obes, dan lebih cenderung mempunyai tahap aktiviti fizikal yang lebih tinggi," katanya.
Profesor Poh juga menyarankan supaya tabiat minum susu sebagai sebahagian daripada amalan sarapan pagi sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap nutrisi kanak-kanak Malaysia.

"Hasil kajian SEANUTS I juga berjaya diterjemahkan ke dalam program pemakanan dan gaya hidup sihat untuk kanak-kanak sekolah seperti DrinkMoveBeStrong, yang menggalakkan pengambilan dua gelas susu dan satu jam aktiviti fizikal sehari di bawah program anugerah sekolah kerajaan. Kesedaran akan jurang nutrisi juga menggalakkan DLMI menganjurkan kempen sarapan setiap tahun sejak 2016. Ini dilakukan untuk menggalakkan keluarga Malaysia mengambil lebih banyak susu. Sarapan adalah makanan pertama yang diambil selepas 8 hingga 12 jam berpuasa dari makanan terakhir. Sarapan memberi tenaga kepada badan dan otak kita dengan menyediakan nutrisi yang kita perlukan untuk menjalankan kehidupan harian kita. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga mengiktiraf susu sebagai sumber makanan lestari atau makanan lengkap, membantu mengelakkan penyakit tidak berjangkit di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Inilah sebabnya sebagai syarikat tenusu terkemuka di Malaysia, kami terus menggalakkan pengguna untuk mengambil sarapan pagi kegemaran warga Malaysia, misalnya nasi goreng, sandwic atau nasi lemak bersama susu untuk sarapan pagi yang lengkap. - Tarang Gupta

SEANUTS I merupakan satu kajian penting yang membantu membentuk fokus DLMI di Malaysia. Pengarah Urusan DLMI, Tarang Gupta berkata tinjauan yang diperoleh daripada penyelidikan ini membawa banyak pembaharuan dalam produk tenusu untuk menangani jurang nutrisi yang terdapat di kalangan kanak-kanak Malaysia. Ini termasuk peningkatan dalam tahap Vitamin D yang diperkayakan dan mengurang atau tidak menggunakan sukrosa atau gula tambahan.

"Memandangkan susu mengandungi beberapa mikronutrien termasuk kalsium dan Vitamin D, makan sarapan bernutrisi yang merangkumi susu membantu orang dewasa dan kanak-kanak memenuhi keperluan mikronutrien harian mereka.
"Dutch Lady Milk Industries Berhad membekalkan susu kepada kanak-kanak di Terengganu dan Kelantan di bawah Program Susu Sekolah Kementerian Pendidikan dari tahun 2010 hingga 2017; dan kami ingin terus membekalkan susu kepada kanak-kanak yang masih bersekolah menerusi Program Sarapan Pagi yang dijadualkan bermula tahun depan." Sarapan pagi yang sihat yang merangkumi susu bukan sahaja membantu menangani tiga masalah kekurangan zat seperti yang dilaporkan dalam SEANUTS I, ia juga akan membekalkan nutrisi penting lain yang mana ramai kanak-kanak Malaysia tidak mendapatkannya dengan cukup daripada pengambilan makanan mereka," Tarang Gupta
Tinjauan yang didapati daripada SEANUTS I amat penting dalam mengenal pasti jurang nutrisi yang wujud di rantau ini. Walau bagaimanapun, lebih banyak data diperlukan untuk membantu semua pihak berkepentingan dalam merangka strategi untuk menangani isu-isu ini. Oleh itu, FrieslandCampina dan UKM hari ini menandatangani perjanjian yang membuka jalan bagi kajian kedua yang akan dijalankan, iaitu SEANUTS II.Selain daripada Tarang dan Profesor Poh, majlis Memorandum Persefahaman tersebut turut dihadiri oleh Profesor Dr. Suzana Shahar, Dekan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM, Profesor Dr. Hidayatul Fathi Othman, Timbalan Dekan (Jaringan & Penjanaan), UKM, dan Professor Dr Siti Balkis Budin, Timbalan Dekan  (Kajian and Inovasi), UKM, serta Panam Parikh, Pakar Utama, Pembangunan Nutrisi Global, FrieslandCampina & Koordinator Program, SEANUTS I & II.

Menurut Panam, SEANUTS I sudah menjadi kajian nutrisi dan kesihatan yang terbesar dan paling menyeluruh yang pernah dijalankan di Asia Tenggara, di mana sejumlah 16,744 kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga 12 tahun dikaji. Panam berkata FrieslandCampina bekerja rapat dengan institut dan universiti terkemuka di Indonesia, Thailand, dan Vietnam, dan dengan UKM di Malaysia untuk menyelesaikan kajian tersebut pada tahun 2011.

"Kami gembira untuk bekerjasama dengan UKM sekali lagi bagi SEANUTS II Malaysia. Edisi kedua kajian serantau ini akan melibatkan kira-kira 18,000 kanak-kanak termasuk 4,000 kanak-kanak dari Malaysia. Pemahaman tentang nutrisi yang baik adalah faktor penting dalam pertumbuhan, kesihatan dan perkembangan kanak-kanak" Panam
"FrieslandCampina telah bekerjasama dengan kerajaan, NGO dan pakar pemakanan dan profesional penjagaan kesihatan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada keluarga tentang nutrisi yang baik dan gaya hidup yang sihat untuk menyokong perkembangan kanak-kanak. Kami berharap dapat meneruskan dialog ini dan melanjutkan kerjasama dengan SEANUTS II. Kajian ini akan memberi kita  lebih pengetahuan mengenai jurang nutris kanak-kanak di rantau ini dan membantu kami untuk terus mengembangkan produk tenusu dan gaya hidup yang memenuhi keperluan mereka," Panam.

Bagi SEANUTS II, maklumat yang akan dikumpulkan adalah berkaitan dengan status nutrisi, pertumbuhan, pengambilan makanan, aktiviti fizikal dan parameter biokimia kanak-kanak berusia enam bulan hingga 12 tahun. Oleh kerana masalah kekurangan zat makanan yang teruk di rantau ini, kaji selidik tersebut akan memberi tumpuan tambahan untuk mendapatkan pemahaman mengenai penggunaan protein dan khasiat, kerana protein adalah zat asas yang kritikal untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Keputusan dijangka akan diperoleh pada tahun 2021 dan akan digunakan untuk membangunkan kaedah campur tangan khusus sesebuah negara, memperkukuhkan pengetahuan saintifik dan menyokong dasar kerajaan.

SEANUTS II adalah kajian susulan SEANUTS I yang dijalankan pada 2010-2011. Hasil dari tinjauan pertama mengesahkan wujudnya masalah ‘lapar tersembunyi’, iaitu isu pemakanan dan kesihatan yang penting di Asia Tenggara. Istilah 'lapar tersembunyi' menggambarkan masalah kekurangan khasiat yang tidak nampak dengan jelas. Secara keseluruhannya, kanak-kanak mungkin kelihatan sihat atau bahkan terlebih makan tetapi mereka mungkin masih mengalami kekurangan mikronutrien seperti vitamin D dan kalsium, yang merupakan komponen penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. Keputusan SEANUTS I berjaya diterjemahkan ke dalam program nutrisi dan gaya hidup untuk menyokong dasar kerajaan. Tinjauan yang diperoleh telah digunakan untuk membangunkan Piawai Nutrisi FrieslandCampina dan membawa kepada pembaharuan banyak produk.

1 comment:

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!