Resepi Sambal Telur Sangat Ringkas Serta Mudah Tapi Sedap | Hari ni nak share resepi mudah tersangat mudah.  Mungkin semua orang dah tahu membuatnya tapi seperti biasa resepi ni untuk simpanan sendiri dan untuk anak cucu nanti. Telur ni boleh dimasak apa jernis masakkan sebagai penyedap dan pembuka selera.  Semasa saya berada di Berlin selama lebih kurang seminggu, saya memang makan telur 2 atau 3 biji setiap pagi dengan roti sebab sajian pagi yang lain tu tak pasti tahap halalnya malah tahun tu halal ni langsung tiada di Eropah


Bahan-bahan
6 biji telur direbus (jangan lupa kopek kulit tu)
3 keping asam keping
½ gula gerek
Garam secukup rasa

Bahan yang dikisar
15 tangkai cili kering
3 biji cili masak
1 inci belacan, kalau ada resdung tak perlu letak
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Nota:

  • Cili kering, dipotong dan direndam kemudian direbus dalam 5 minit tapi kalau nak terus kisar pun boleh
  • Kalau ada resdung disyorkan jangan diletakkan belacan tapi tambah bawang besar supaya sambal jadi manis


Resepi Sambal Telur Sangat Ringkas Serta Mudah Tapi Sedap


Resepi Sambal Telur Sangat Ringkas Serta Mudah Tapi Sedap
Cara-cara memasaknya:

  • Telur direbus kemudian dikopek dan dikelar, disapukan garam kunyit dan digoreng.  Bila sudah kekuningan, angkat dan letak tepi
  • Masukkan minyak kedalam kuali, kemudian tumis bawang yang dihiris hingga kekuningan dan naik bau
  • Tuangkan cili yang erleah dikisar, dimasak hingga pecah minyak.  Pastikan api juga sederhana supaya sambal dimasak dengan sempurana
  • Bila dah pecah minyak, tambah air, masukkan gula gerek serta asam keping dan dikacau sampai sebati.  
  • Akhir sekali masukkan telur rebus yang digoreng tadi, digaul sampai sebati dalam lebih kurang 5 minit dan tutup api.  Masukkan garam secukup rasa kita.

Dah sedia untuk dihidangkan dengan nasi lemak ke atau nasi putih. Selamat mencuba

Nota : Sekiranya tak suka digoreng telur rebus tu, boleh terus dimasukkan ke dalam sambal selepas sambal yang ditumis tu telah pecah minyak.


pv67/250520