Resepi Ayam Masak Tomyam Sedap dan Mudah | Masakan kesukaan anak ni selain sedap ianya mudah disediakan tanpa menunggu masa yang lama.

Resepi Ayam Masak Tomyam Sedap dan Mudah


Bahan-bahan:
1/4 ekor ayam - potong kecil
3 biji cili padi
4 helai daun limau purut - buang urat daun tengah
2 sudu perencah tomyam
3 batang serai - diketuk
1 biji tomato
pelbagai sayuran - saya gunakan carrot & caulifower
1 biji bawang besar - hiris
1 cm halia - ketuk
1 cm lengkuas - diketuk
air secukupnya
gula dan garam 
1 biji limau kasturi
1 sudu susu pekat (SSL tak bubuh pun)

Bahan Kisar
4 biji bawang merah
1 - 9 biji cili merah - sesuaikan pedas menurut selera
1 biji tomato
1 batang serai

Cara Membuat Tomyam Ayam Pekat

  • mula-mula panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan harum. masukan perencah tomyam dan gaul hingga sebati. 
  • masukan air kedalam periuk dan masukan pula ayam dan bila ayam agak mulai masak masukan lengkuas, serai, daun limau purut serta halia 
  • Masukkan bawang besar dan sayur. biarkan sekejap.
  • perah limau kasturi dan ambil airnya kemudian masukan gula, garam secukup rasa dan tomato.  Biarkan dalam 5min dan tutup api
  • Akhir sekali, masukkan kedalam mangkuk dan makan dengan nasi putih panas-panas.

selamat mencuba