blog.iamfuzy™ Lifestyle Blog

Lifestyle Blog

December 24, 2019

Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api

Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api | Kalau sesiapa teringin nak makan cendawan kukur ni cari jer kat Pasar Keramat..memang selalu ada.  Cendawan kukur ni ada jugak dipanggil cendawan sisir oleh orang Utara dan sangat murah kalau kat sana la.  Di Pasar Keramat cendawan ni dijual dengan harga RM5 untuk 100g...tak perlu banyak sebab beli tu pun sebab teringin nak buat goreng tapi  last minit jadi masak lemak cili api..hehe

Kalau mak memang dia buat goreng bercili dengan campur telur atau dia goreng kunyit..mmg marvelous ...mmg awesome 

Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api
Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api
ni la rupa kulat sisir atau cendawan kukur 

BAHAN - BAHANNYA :-)
200 gram cendawan kukur segar, bersihkan dan rendam
1 genggam ikan bilis 
2 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
1/3 cawan cili padi kampung (boleh kurangkan)
1 inci kunyit hidup, pilih kunyit yang tua
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih




CARA MEMBUATNYA :-)
  • Cendawan dibasuh dan ditos.  Ada sesetengah orang akan tumbuk cendawan untuk bagi pecah2 sikit² tapi jangan sampai lumat pulak ya
  • Masukkan bahan yang telah dikisar kedalam periuk berserta air, serai yg dititik dan cendawan.  Gaul rata dan masak dlm 5-7min biar bagi sebati.  Kemudian tuangkan santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. 
  • Masukkan ikan bilis yang ditumbuk berserta dengan asam gelugur.  Masak hingga cendawan jadi lembut
  • Tuang pati santan, kacau rata dan masukkan garam secukupnya (ikut kesukaan ler ya) dan sedikit gula.  Biarkan dalam 5-10 tapi jangan bagi pecah minyak. Matikan api dan sedia untuk dihidang!

Selamat Mencuba!

8 comments:

  1. Lupa plak apa nama nya cendawan ni dipanggil kat tempat kami 😁

    ReplyDelete
  2. Sedapnya cendawan kukur. Lama tak makan. Kena pulak dengan masak lomak cili api. Perghhh.. Marvellousss..

    ReplyDelete
  3. sedap.. susah nak cari cendawan kukur ni.. kalau dapat ni rasa bahagia sagt..hehe

    ReplyDelete
  4. Memang sangat sedap kelihatannya

    ReplyDelete
  5. Adoi.. esok nak gi carilah.. sedap betul buat gulai lemak cendawan nie..

    ReplyDelete
  6. sedap juga ni. tapi sisyat selalu goreng bersama telur..sedappp :-)

    ReplyDelete
  7. subhanaallah fuzy sedapnya,lama sungguh tak jumpa cendawan kukur atau ana panggil cendawan sisir :)

    ReplyDelete
  8. sedap cendawan ni.. biasa goreng tumis macam tu je. sedapnya alahai..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!