Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Di Shan Yuan Accupunture Centre | Dah lama nak bawa mak untuk akupuntur ni tapi asyik tertangguh dan Alhamdulillah minggu lepas saya dan adik lelaki Chef Ross dapat la bawak mak untuk mencuba perubatan akupuntur yang dijalankan oleh Simon Choo di Shan Yuan Accupunture Centre, 2 Jalan SS 18/1, Subang Jaya, 47500 Selangor (rumah teres setingkat).  Memang tampak muda Simon Choo dan cukup ramah sekali dan kalau dulu kami panggil seisei jer la.



Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture Centre


Akupuntur ni sejenis perubatan cina menggunakan jarum-jarum halus pada titik tertentu di tubuh yang dikenali sebagai 'acupunture point'.  Jarum yang digunakan ni diperbuat dari pelbagai bahan logam seperti jarum perak, tembaga atau jarum emas...ehh bukan susuk la ya. Adalah difahamkan akupuntur ni dah lama diamalkan oleh tamadun China sejak 4000 tahun yang lampau tapi orang-orang Afrika, Arab Tigris, Mesir Kuno dan India pun ada membuat yang sama

Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat


Tujuan akupuntur ini bagi merangsang tenaga Qi bagi mendapatkan kesembuhan pada sesuatu penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan.  Bila jarum akupuntur dicucuk secara automatik saraf di bahagian yang dicucuk terangsang dan menstabilkan pengaliran darah.

Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture Centre

Dua batang jarum ditusuk dibahagian yang mak rasa sakit.

Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture Centre


Peluang untuk lihat Simon membuat tusukan tak dilepaskan.  Mulanya Simon memeriksa tapak kaki mak dengan mak berbaring diatas katil yang tersedia sambil dia bertanya adakah bahagian yang dia sentuh tu sakit.  Kemudiannya dia menusukkan jarum yang panjang sambil bertanya sakit ke tidak dan sebanyak 2 jarum di kaki kanan dan 2 lagi di kaki kiri. Kemudian disambung ke alat yang menggunakan kuasa elektrik. Bahagian yang sakit tu akan bergerak-gerak dengan sendirinya. 


Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture Centre

Adik ipar pulak menyambung sesi akupuntur di bahagian bahu dan dia ada masalah carpal tunnel yang membuatkan tangan dia kebas, tiada kudrat walau untuk mengangkat barangan yang ringan. Kalau tak silap ada ada 10% lagi kot untuk pulih sepenuhnya jadi dia memang kena buat rawatan lagi selepas ni.




Mungkin ramai yang tidak tahu atau tak pernah dengar tentang carpal tunnel ni boleh diubati dengan cara pembedahan dimana urat di tapak tangan akan diperbetulkan atau dipotong (tak pasti). Teringat dulu boss masa kerja di ExxonMobil tu punya la risau sebab ada masalah carpal tunnel dan terpaksa dibedah dan jiran mak yang punya masalah yang sama. Jadi kalau ada sesiapa ada masalah kebas di bahagian pergelangan tangan, sila berjumpa doktor atau mungkin boleh cuba rawatan akupuntur ni.




Sempat la jugak diperiksa oleh Simon untuk masalah kesihatan dan Alhamdulillah dia cakap saya ok cuma ada sikit masalah dengan hati, kena kurangkan berat badan jugak!

Adik syorkan saya buat rawatan akupuntur untuk masalah lutut yang dah lama dihidapi dek sebab tertolak oleh anak ni memang kadang kala membuat rasa tak selesa bila berdiri lama, berjalan banyak malah suami pernah ajak untuk berjumpa dengan  pakar Chiropractic Master Erik Leong yang terkenal tu tapi rasanya macam tak payah ler kan. Bukan takut tapi seram! lagipun dia kan lelaki..alasan kan sungguh!

Akupuntur pun boleh dibuat di lutut dan suami pun dah bagi keizinan tapi memikirkan nak selak seluar sampai paras peha, niat tu tinggal niat jer la tapi kalau suami ada sekali mungkin buat la kot..kot je la

Kata adik kat sini diaorang ada buat bekam...ting! ngeri bila teringat bekam kat kampung Tok Mak yang guna tanduk dan keluar darah dan bengkak yang jelas timbul lepas berbekam tu. Sebenarnya kat sini diaorang buat bekam angin oleh pembantunya seorang wanita Indonesia yang sangat ramah dan kalau bekam darah dibuat oleh Simon.



Kata pembantu Simon ni berbekam ini akan mengambil masa 30 minit dan akan dibuat dibahagian belakang badan dan kemudian 10 minit di bahagian perut. Mangkuk yang digunakan akan dilekapkan ke badan hingga kulit akan naik tinggi macam mengembung mengikut saiz mangkuk tu serupa macam kena vakum. Tujuan saya berbekam ni sebab nak buang angin supaya badan rasa lebih ringan dan segar. Berbekam juga akan memudahkan saya tidur tapi kalau cerita pasal tidur memang saya tak de masalah la buat masa ni.

Kaedah Bekam angin juga dikenali sebagai bekam cina atau bekam kering bukanlah Sunnah Nabi.  Tiada tusukan jarum dan tiada pengeluaran darah dari badan tapi hanya menggunakan cup (mangkuk) yang diletakkan pada badan bagi mengeluarkan angin.  Bila warna merah kelihatan, cup akan dialih bahagian yang lain tapi ada setengah tempat menggunakan cup yang banyak iaitu 15 - 20 cup sekali jalan.  Semasa proses berbekam ni akan kelihat wap-wap air pada cup bekam selepas taman rawatan. Rawatan ni boleh dibuat dengan kerap dan tiada kesan sampingan tapi kesan merah yang akan berubah warna bila ianya semakin hilang.

Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture Centre

Perubatan Akupuntur Dan Berbekam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Di Shan Yuan Accupunture Centre

Selepas berbekam dapat bersambung bercerita dengan pembantu Simon yang bertanya kalau nak buat bekam di wajah...what! Rupanya berbekam di wajah ni sekiranya berminat nak merawat kulit bermasalah, resdung disamping melancarkan aliran darah di bahagian muka supaya kelihat awet muda.  Apa yang pasti tidak akan ada parut dan lebam serius semasa rawatan. Dan kat sini juga ada bekam untuk payudara supaya terletak dan tak kendur..hehe

Maaf la tak dapat nak tunjuk kesan merah di bahagian belakang badan saya ni tapi kalau korang tengok memang ngeri dengan kesan bulat memerah dan kemudian beransur blueblack dan malah waktu sayan menulis artikel ni masih kelihatan kesan bulat-bulat sebesar cup yang digunakan.

Sakit tak?
Agak la tapi kalau sesiapa yang biasa mengurut tak perlu risau sebab ianya tidak sakit sangat tapi boleh minta diaorang kurangkan kadar sedutan tu. Apa yang pasti semasa rawatan, kita kena relax dan jangan keraskan badan tu punca kita rasa sakit.

Nak tahu pasal bekam boleh baca kat 

Dikatakan lebih 70 jenis penyakit dapat disembuhkan dengan berbekam antaranya Kegemukan, Penyakit kaki gajah, Sakit pinggang, Sakit perut, Sembelit, Gangguan jantung, Radang perut, Alergi makanan, Sengal tulang, Sesak nafas, Asma, Insomnia, Cirit birit, kejang otot, Kencing manis,  Gangguan pundi, Menggigil, Kencing malam, Tonsil, Gatal-gatal, Radang usus besar, Stress,  Gangguan pundi hempedu, Pusingan haid tidak teratur, Masalah Ginjal, Tekanan darah tinggi, Sakit lutut dan sendi, Sakit kaki, Sakit tulang belakang, Gangguan jiwa, Stroke, Gout, Rematoid, Bisul, Kurang imun, Sinus, Sakit kawasan perut, Gangguan rusuk, Buasir, Mandul, Kuat tidur,  Membaiki peredaran darah, Pembuluh darah sempit/sumbat, Sakit punggung, Badan kurus,  Membuang tabiat merokok, Sakit bahu/tengkuk, Jangkitan kuman, Kurang daya ingatan, Kurang fokus, Sakit punggung, Gangguan pundi, Kaki semut-semut Salah urat, Lumpuh menyeluruh, Lemah syahwat dan masalah prostat, Pening kerana gangguan haid, Sakit paha dan tapak kaki, Sejuk tapak kaki, Tegang/gelisah, Tumor otak, Lutut yang kaku, Gangguan pankreas, Kejang-kejang, Penyakit mata, Berhenti haid, Bengkak testis, Tekanan darah rendah, Penyakit rahim, Keputihan, Masalah kesuburan, Batuk kronik dan penyakit paru-paru, Sihir,  Saka dan banyk lagi