Damba CintaMu Single Terbaru Alif Satar Dan Raihan Menampilkan Neelofa

by - April 28, 2020

Damba CintaMu Single Terbaru Alif Satar Dan Raihan Menampilkan Neelofa | Sebenarnya dah lama nak menulis tentang Alif Satar yang menjadi selebriti yang cukup dikagumi ramai yang punya peribadi yang cukup menarik dan tanpa kontroversi. Sebenarnya bukan hanya video ni yang saya kagumi malah saya turut mengikuti video cover Alif bersama The Locos dan memang suka dengar apatah lagi lagu dia sendiri.


Teringat dulu pernah berjiran dengan keluarganya sebelum mereka berpindah.  Kerap juga bapanya bermain alat muzik kalau tak silap keyboard sambil menyanyi dan salah kalau dikatakan bakat Alif tu turun dari bapanya yang punya suara yang bagus dan kalau tak silap kedua-dua orang tuanya merupakan guru sekolah khas, kemudian bapanya menjawat jawatan di Kementerian Pelajaran selepas pulang dari United Kingdom.


Lirik Damba CintaMu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMu
Kusering melanggar laranganmu
Dalam sedar ataupun tidak
Kusering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah
Diri ini Yang mendamba cintaMu
Aku lemah Aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua kumemungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Bilakah diri ini kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku, kau pimpilah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku…


Lagu ni dah lama dan khabarnya memang Alif berhasrat nak berkolaborasi bersama Raihan dan paling menarik kali ni video clip turut menampilkan Neelofa dalam video clip tu..aduhh cantik sungguh. Kalau baca komen di youtube seronok baca bila ramai yang tertanya siapakah gerangan gadis didalam video clip tu

Damba CintaMu Single Terbaru Alif Satar Dan Raihan Menampilkan Neelofa
Saja nak kongsi gambar dia masa kecil dulu dan ada beberapa gambar lagi tapi cukuplah yang satu ni boleh kenal siapa dia dengan mata bulat tu kan. Di sebelah kiri tu Min dan di kanan tu Ain manakala Jim ada di gambar yang lain.

Alif Satar punya 3 adik perempuan yang punya nama yang cukup pendek lagi unik Mim, Ain dan Jim dan teringat dulu saya pernah bertanya pada salah seorang dari mereka kalau ada adik lagi nak letak nama apa..lalu dijawab wassalammu..

Memang tak sangka sungguh yang Alif Satar yang dulu berjiran sekarang punya nama yang besar dalam Malaysia dan industri muzik tanahair.  Tapi apa yang pasti Alif Satar sangat humble dan pernah berjumpa dengan en hubby malah masih mengenali hubby siap berkirim salam pada Ayong dan saya.  Malah sewaktu terserempak dengan Ayong di Prima Valet Wangsa Maju pun dia masih mengenali dan sempat la bertegur sapa dan bergambar. Bangga ya..memang bangga  selain dia masih mengenali dan bangga sebab dia tak sombong!  All the best to Alif Satar dan semoga terus berjaya.

You May Also Like

8 Comments

  1. wahh berjiran rupanya ya kak...yup suka dengan alif satar..bersih tanpa kontroversi dan lelaki yang bijak diatas pentas.ada karisma tersendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. duluuuu waktu dia masih kecil..harap2 sampai bila2 la dia bersih dr kontroversi kan. Mmg dia penghibur yg berkualiti

      Delete
  2. currently listening to this.

    ReplyDelete
  3. Comel je nama nama adik beradik dieorang ni. Dulu masa tengok IG Alif ni, pastu dia tag adik beradik nama adik beradik dia, ingatkan nick name. Rupanya nama betul

    ReplyDelete
  4. omaii best nya berjiran dengan Aliff..salah sorang fav artis say..dah la humble, pandai mengaji..semua ada la..

    ReplyDelete
  5. sy memang minat alif satar huhuhu..tak sangka dapat baca jiran dia punya blog..hahahahaha..alif satar memang seorang yg humble lah..

    ReplyDelete
  6. My current fav song kak. Touching setouchingnyaa bila dgr lagu ni. Duet AS dan Raihan mmg ngam teruj.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!