-->

March 21, 2020

4 Petua Mudah Menghilangkan Mata Panda

4 Petua Mudah Menghilangkan Mata Panda | Salam #MCO ! Tak kisah la kita ni kerja apa, penulis atau pelajar atau juga ibu/bapa yang berjaga waktu anak tidak sihat atau mungkin juga seorang doktor yang kerja ikut syif  atau apa-apa jer yang membuatkan kita kurang rehat, kurang tidur sampai menyebabkan badan kekurangan air, tidak cukup vitamin atau terlalu letih adalah antara sebab membuatkan mata kita nampak layu.  Ada yang lebih teruk dan kesan dilihat seperti lingkaran hitam di bawah mata atau sekarang ni netizen panggil mata panda.

Buruk? hehe selalunya nampak sangat buruk tapi bagi sesetengah wajah mata panda ni nampak menarik...ye ke? tapi kalau kita sendiri tengok memang tak lalu pun bila tengok lingkaran hitam macam kena tumbuk tu hehee

Ok, jom cuba 4 petua mudah menghilangkan mata panda dari bahan  yang cukup muda untuk didapati. Mungkin akan mengambil masa tapi yang pasti bahan-bahan yang digunakan ini tiada side effect, jadi why not?


Image result for mata panda

1. Garam
Rendam kapas dalam air larutan garam. Seelok-eloknya air suam kerana mampu memberi kesegaran pada mata.  Letakkan kapas yang direndam dalam larutan air garam ini beberapa minit dan pasti dapat melihat kesannya selepas tu

Image result for mata panda

2. Timun
Cara ni memang paling popular, selain elok dimakan mentah, timun juga bermanafaat untuk kesegaran mata.  Ia mampu mengurangkan bengkak kulit dan menyegarkannya.  Kandungan nutrisi dalam timun mampu mengecilkan pembuluh darah.

Hiris timun nipis dan letakkan diatas mata dan rehat seketika dan rasai kesejukan dan kesannya.  Lakukkan secara kerap untuk kesan yang lebih cepat.


3. Teh
Ni antara cara yang paling mudah sekiranya kita pengemar teh dan selalu buat teh.  Jangan buat uncang teh yang telah digunakkan tu dan sebaik2nya ialah teh hijau.  Kafein dalam teh akan menyempitkan pembuluh darah.  Celup uncang tersebut kedalam air panas dan biarkan sejuk seketika sebelum diletkkan atas mata.  Kesannya akan mampu mengurangkan lingkaran hitam dan kulit lesu.

4. Air Sejuk
Kalau tak ada stok timun atau malas nak buat teh, cara paling mudah ialah dengan menggunakan air sejuk.  Air yang dikeluarkan dari peti ais akan membantu mengecilkan pembuluh darah selain mengurangkan kesan bengkak.

Selamat mencuba!



8 comments:

  1. tips garam tu pertama kali tahu.. next time boleh cuba la macam tu

    ReplyDelete
  2. aduduu kalau garam Elly takut sebab kulit jenis nipis.

    ReplyDelete
  3. dulu penah ada panda eyes time nak SPM.. lepas tu ilang da alhamdulillah..
    skrng ni keje tidooo je panda xdan membesar =P

    ReplyDelete
  4. Waa nk Cuba la nanti.. mco mi Masa yg sesuai nak manjakam diri

    ReplyDelete
  5. Saya selalu buat tips yang pakai uncang teh tu. Sangat menenangkan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!