Novel Amir Minah Macho Oleh Ummu Wafa | Kisah Amir yang lawak, mekanik cantik tapi bisu. Memang wajib baca untuk hilang rasa stress. Antara novel yang penuh mesej yang disampaikan mengenai bercintalah kerana Allah dan betapa kita sebagai anak harus patuh kepada ibu dan bapa dan sesungguhnya kita harus berubah menjadi lebih baik dari semalam, hari ini dan esok
Hubbu dunya bermaksud cintakan harta dan gilakan dunia adalah penyakit yang sangat merbahaya.  


Bilangan mukasurat : 468
Penulis : Ummu Wafa
Rating : 5*****
"Saya suka dia sebab dia selalu buat apa yang orang lain tak buat"

Berkisah tentang Amir, mekanik dibengkel Halim paksunya. Bertemu dengan Ariel Iskandar CEO yang sangat rendah diri sewaktu membaiki kereta katak Ariel yang rosak ditengah kesibukan kota. Siapa yang tak berdebar bertentang mata dengan Ariel yang segak bertambah kacak bila dia tersenyum sampai terpegun dibuatnya malah membuat Amir tak mampu berkomunikasi seperti kebiasaannya. Pelik pada Halim dan pelik pada Ariel sebab Amir mekanik berkulit cantik tapi bisu dan kerisauan Ariel takut jatuh hati pada kaum sejenis..hehe

Ariel berkunjung ke bengkel menjengah kereta yg ditunda semalam tapi Amir menghilang diri tika ternampak kelibat Ariel malah mengupah kawan2 dibengkel dgn mengatakan dia balik kampung membuatkan paksunya merasa makin pelik. Bertemu kembali di Taman Tasik membuat Ariel jatuh hati pada Amir yang baik budi membantu kanak2 yang jatuh dan diserahkan kembali kepada ibunya..memang beristigfalah Ariel tu.  Kebisuan Amir berterusan sewaktu makan bersama Halim dan Ariel namun rahsia Amir terbongkar bilamana Ustazah Aida Suraya memanggilnya dengan nama Amira Batrisya ketika mereka keluar dari kedai dan membuat Ariel terkedu tanpa suara dan berlalu.

Amira pulang ke kampung tanpa mengetahui hasrat ibunya ingin menjodohkan dia dengan Mail anak ketua kampung tapi dia enggan lalu ibunya membuat helah sehingga Amira menjadi tunangan Mail. Marah memang Amira sangat marah lebih2 lagi habis seluar jeansnya digunting ibunya..nak tak nak dia balik ke KL dengan berbaju kurung dan berbicara dengan Ariel buat pertama kali sewaktu dijempuptnya..gabra la  Cik Tulip si Minyak Hitam yang telah menambat hati Ariel.  Memang comel dan seronok Umi baca dan boleh bayangkan bila orang yang tak suka pakai baju kurung ni kena pakai baju kurung ..tetiba terkonang diri sendiri hahaha.

Kedatangan Mail untuk menjemputnya mendatangkan amarah Amira tapi akur untuk keluar bersama dan Ariel yang kebetulan berada ditempat yang sama turut ternampak Mira membuatkan hati Ariel merasa sakit.

Dugaan melanda Ariel bila adiknya Sofia hamil, ayahnya En Syaiful bermain kayu tiga setelah dibawah pengaruh ubah guna² dan dia sendiri terkena perbuatan syirik kerana Julia berdendam dengannya.  Malah hidupnya bertambah parah percintaannya dengan gadis pilihan mendapat tentangan ibunya. Amira pergi meninggalkan Ariel walau menyintainya namun mimpinya membuatkan dia pasrah untuk menerima Mail dan dia tidak mahu Ariel menjadi anak derhaka dan melihatkan ketegasan Puan Hasni yang membuang ank sulungnya kerana tidak mendengar kata.

Walau berat tapi Amira terpaksa melupakan Ariel untuk pulang dan berkahwin dengan Mail. Sewaktu hendak pulang ke kampung Amira mendapat kemalangan dan disahkan meninggal dunia membuatkan ibunya menyesal setelah mengetahui kisah Amira dari Ariel namun semuanya telah berakhir begitu juga Mail terpaksa redha atas pemergian tunangnya.

Dua tahun berlalu,  Ariel tetap membujang dan kembali mengikuti jemaah Tabligh merantau ke Kuantan dan bertemu dengan seorang gadis bernama Mega Sakinah yang bertudung litup.   Tanpa disedari seorang gadis telah jatuh hati dengan kemerduan suara Ariel yang menjadi iman solat lantas meminta ayahnya untuk meminang si Imam tanpa mengenali siapa empunya suara dan tanpa Ariel mengenali siapakah gadis tersebut.  Hasrat si anak disampaikan walau berat bagi si ayah. Bertemu kembali sewaktu sigadis membaiki kenderaannya membuat Ariel pasrah menerima Mega Sakinah kerana itu mungkin pilihan Allah untuk dirinya telahan hatinya

Mega Sakinah bermaksud ketenangan yang luarbiasa.

Terbongkar kisah sebenar Mega Sakinah cuma anak angkat keluarga En Razak dan Puan Habibah dan sewaktu dimasukkan ke hospital segalanya menjadi persoalan siapa yang dikebumikan dua tahun lalu. Bertemu dengan Dr Hadi abang kembar Amira merungkai semua kisah dan pertemuan airmata yang menggembirakan buat Ariel kerana cinta hatinya telah kembali begitu juga dengan keluarga sebenar.

Babak pertemuan Amira dengan Mail memang menyedihkan dan betapa Mail sangat menyayangi Amira hingga keakhir hayat Amira yang disangkakan telah mati malah sanggup membina bengkel buat bekas tunangnya namun Mail sudah berkahwin.. *sobsss*

Akhiran cerita yang pasti semua suka sebab Airel berkahwin dengan Amira akhirnya.

Kalau boleh Umi nak cerita semua, memang best dan lawak pun ada dan disulami dengan nasihat dan petikan hadis yang ramai antara kita tak ambil peduli dan tak ambil berat tentang menutup aurat, pergaulan dan hubungann kekeluargaan.

Walau sudah lama dipasaran memang tak rugi membaca dan membelinya sebab kita boleh muhasabah diri dengan selitan agama yang si penulis Ummu Waffa cantumakan untuk peringatan kita..memang indah sebuah kehidupan sepertimana aturan Allah swt buat kita semua.

xoxo, Umi Fuzy