Peminat makanan autentic Selatan dan Utara India jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan di Restoran Malgudi yang dimasak dengan rempah homemade bukan yang macam kita selalu beli dalam paket ya.  Pelbagai aneka makanan dari Briyani, masala hingga ke rasam dan pelbagai pencuci mulut yang pasti membuka selera kita


Bersempena dengan Hari Kemerdekaan esok 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September nanti, Restoran Malgudi Classic Indian Cuisine yang terletak di Petaling Jaya, restoran yang terkenal dengan sajian makanan dari Utara dan Selatan India akan memperkenalkan makanan istimewa buat para pelanggan bermula dari 31 Ogos 2017 hingga 16 September 2017.


Nasi Lemak Briyani hidangan istimewa dan terhad berharga RM19.50 ni dibuat memandangkan nasi lemak ni sangat sinonim dengan rakyat Malaysia tak kira bangsa dan usia jadi empunya restoran Malgudi ni terpanggil untuk membuat sedikit sentuhan istimewa dengan menggabungkan nasi lemak yang dimasak masih dengan santan kelapa kemudian ditambah dengan rempah briyani serta dihias dengan timun, ikan bilis, kacang, telur, sambal dan ayam goreng berempah Malgudi.  Sambalnya memang sedap dan sangat menyelerakan dan langsung tidak menjejaskan keaslian sambal nasi lemak yang biasa kita makan.

Kulfi iaitu aiskrim yang sebagai pencuci mulut yang dipanggil Kulfi berharga RM7.50 ni seakan kita makan aiskrim Baskin Robbins tapi ada sedikit berbeza kerana ianya dibuat menggunakan susu lembu segar ditambah kekacang dan safran yang menambahkan rasa yang terbaik

Seval Combo - Deep Fried Fritters adalah gandingan bawang, bunga kobis dan peria yang digoreng rangup dengan tepung serta rempah Malgudi yang memang sangat menyelerakan seakan pakoras (sayuran yang disalut tepung dan digoreng) yang sememangnya antara hidangan masyarakat India.

Akhir sekali nikmati air minuman Jus Limau Nipis perahan limau yang asli, sedap lagi menyegarkan dengan harga RM5 sahaja.  



Malgudi bukanlah sebuah daerah yang terdapat dimana-mana walau pada awalnya bila sebut Malgudi ni terfikir macam bunyi Itali tapi tak ada kena mengena lagipun Malgudi adalah daerah ilusi RK Narayan yang diceritakan dalam novel dan cerita-cerita pendeknya. Malahan saudara lelakinya RK Laxman pula melakar daerah tersebut didalam bentuk lukisan dan lukisan-lukisan inilah yang menghiasi dinding di dalam restoran yang ni cukup simple tapi menarik. 



Malgudi Indian Cuisine

Address:
17, Lorong Universiti C, Section 16, 46350 Petaling Jaya

Telephone : 
03-7932 2556  

Whatsapp : 
010-268 9609

Waktu Perniagaan :
 12tgh - 3.30ptg, 6ptg - 10.30mlm

Instagram : 

Facebook : 

Waze : 
malgudi classic indian cuisine