Hubungan kekeluargaan umpama air yang mengalir dan tidak akan putus walau dicincang. Berkecil hati, bergaduh, bertekak adalah adat dalam hidup berkeluarga namun saling memahami dan bermaafan adalah sifat paling terbaik untuk mengekalkan hubungan sesama ahli keluarga.

E-Novel : Selagi Ada Dia
Penulis : Aisya Sofea
Mukasurat : 503

Benar kata orang, kita jangan suka sangat benci orang kelak nanti kita akan jatuh hati.  Begitu juga dengan Ariani (Ari) bilamana dia membenci empunya kereta yang sombong yang dilanggarnya secara tidak sengaja dan acap kali bertembung diwaktu pagi membuat Ari merasa benci.  Pertemuan dengan Haris teman istimewa Kak Mal yang bertandang ke rumah keluarga memberikan satu kejutan kerana Haris adalah lelaki sombong serta berlagak  dan berkemungkinan bakal abang iparnya. Namun Ari bersyukur sekurang2nya Kak Mal telah terbuka hati untuk berpasangan dan tidak lagi terlalu workaholic. Pelik bagi Ari kerana Haris tidak pulak menceritakan perihal pelanggaran kereta kepada keluarganya dan bertambah pelik bila keesokkan harinya sebuah telefon tangan berjenama mahal berada didalam keretanya. 

Rupanya Haris adalah siempunya telefon yang sengaja meletakkan telefon tersebut supaya dia dapat bertemu dengan Ari kerana Haris telah jatuh hati pada sigadis  yang berani walau bersalah ketika melanggar kereta mewahnya. Perkenalan dengan Haris mengenalkan Ari tentang cinta, cinta buat pertama kalinya. Namun percintaan yang disulam indah terpaksa disorok dari pengetahuan keluarga kerana Haris sendiri tidak mampu berterus terang kepada Kak Mal.  Akhirnya rahsia yang disimpan terbongkar malahan lebih tragis ayahnya mengusirnya keluar, Kak Mal membencinya dan Ari menoktahkan percintaannya dengan tidak berpaling lagi dengan meneruskan pengajiannya ke kota London.

Meneruskan kehidupan selama 5 tahun walau pengajiannya telah tamat dan tidak mengharap pulang ke tanahair rajuk dan membawa diri namun Ari terpaksa akur pulang ke pangkuan keluarga bila mana kakak iparnya memberitahu bahawa ibunya mengidap sakit jantung serta terlalu merinduinya malah ayahnya sendiri lumpuh dan sering menengking ibunya. 

Memang Umi setuju dan perasaan teruja bila menaiki pesawat Malaysia Airlines umpama sudah sampai ke tanahair walau hanya baru boarding dapat pesawat dh rasa macam dah sampai tanahahir..hehe.

Penerbangan pulang ke tanahair dibuat dengan rela dalam terpaksa dan sungguh bertuah bila Ari di upgrade ke kelas peniagaan tanpa sebab yang dia ketahui.  Semakin waktu menghampiri semakin kuat kisah lampau menghantui yang sekian lama cuba dilupakan dan diawangan bermula kisah perkenalannya dengan Idris seorang ahli perniagaan yang berjaya dan berstatus duda.

Macam kisah cinta dalan novel 36jam A380..klik SINI

Kembalinya Ari memang mengembirakan ibunya juga abangnya tapi tidak pada kakaknya.  Paling menyedihkan ayahnya sendiri tak mengingatinya cuma terkadang mengenalinya membuat Ari bertambah terluka namun demi ibunya Ari tetap bersabar kerana tak sanggup melihat ayahnya menengking dan memarahi ibunya.  Lebih parah bila Haris masih tetap menagih cintanya dan konflik jiwa Ari berterusan. Cinta pertama selalunya terlalu indah dan payah untuk dilupakan! Haris walau masih menyintai Ari tetap bersama Mal setelah apa yang terjadi malah merancang pertunangan Mal pulak membatalkan pertunangan mereka disaat akhir. 

Kemunculan Idris siduda yang penyayang dan mengambil berat merubah segalanya dan Ari terus jatuh hati kepadanya tapi konflik jiwa sering menggangu apabila Ari merasakan Idris terlalu mencintai arwah isterinya dan beranggapan Idris hanya menyayanginya kerana wajah mereka seiras hanya dibezakan dengan lesung pipit miliknya.  Cemburu Ari terhadap Kak Mal juga timbul bila diketahui Kak Mal menjadi pekerja kesayangan Idris.  Lebih  menyedihkan Idris terus menyepikan diri setelah Ari mempersoalkan tentang perhubungan mereka. Permintaan ibunya ingin menjodohkan dia dengan Haris menambahkan lagi tekanan dijiwa. Dek kerana desakan ibunya, dia akhirnya akur untuk menerima siapa saja yang masuk meminangnya dan dia pasrah bilamana dia ditunangkan tidak lama kemudian.  Ari pasti Haris telah menjadi tunangannya dan redha namun segala persiapan tidak dipedulikan malah membiarkan kakak iparnya menguruskan segala hal. 

Dihari pernikahannya Kak Mal dibenarkan bercuti oleh majikannya dan kehadiran Kak Mal membahagiakan Ari walau jiwanya masih serba salah.  Ayahnya yang telah sembuh selepas berubat secara tradisional dan sangat gembira kerana Ari akan berkahwin tapi  Ari masih tetap tidak mahu bertemu bakal suaminya kerana dia pasti dia cukup mengenalinya.

Hati Ari berbolak balik dan terasa ingin melarikan diri namun hasratnya dibatalkan untuk menjaga maruah keluarga dan disaat pernikahan hendak dilangsungkan Ari meminta untuk berkenalan dengan bakal suaminya dan alangkah terkejutnya dia kerana si tunangan adalah jejaka yang dirinduinya dan dicintainya.

Harus kita ingat Allah itu Maha Kaya mampu menduga hati dan iman kita bila-bila masa dan jangan kita sesekali lupa mensyukuri nikmat dariNya

Ulasan Peribadi Umi :

cerita kekeluargaan yang menarik dan rasanya bergaduh, bertekak tu perkara biasa dalam keluarga dan memohon kemaafan adalah perkara terbaik dalam menjaga keharmonian antara ahli keluarga. Watak Idris yang matang memang menarik begitu jugak keperibadian yang bila kita baca cerita ni terasa alive.  Penulisan Aisya Sofea pun memang bagus dan mampu membuat kita terasa seperti Ari adalah watak kita sendiri.  Pada awal membaca Umi fikir tajuk Selagi Ada Dia ni ditujukan pada Haris tapi Umi silap...Selagi Ada Dia adalah Idris.