Orang kata cinta itu indah, tapi tiada lebih indah andai cinta itu tiada rintangan.  Bila ktia hadapai dan bersama mengharungi rintangan itu, kita akan lebih menghargai orang yang kita cintai.

Minah menemui beberapa lelaki yang hadir dalam hidupnya namun hanya seorang yang mampu menemukan cinta sejatinya.  Mungkin Gaban, lelaki yang membesar bersamanya di kampunt tetatpi selalau saja bersengkeat  dan memanggilnya 'Timun Kecut'.  Tetapi, mungkin juga Rifki, simamat poyo yang memang gemar berjenagak dan mengusik . Atau si budak jahat yang mengharu-birukan hidupnya dan terus buat hari-hari yang dilaluinya semakin mencabar kesabarannya

"Dia bukan mencari seorang perempuan sehebat Siti Khadijah tetapi cukuplah seorang juwita yang sudi hidup bersama sepanjang hayatnya dan Akukah Juwita it?"

Inilah kisah gadis biasa yang diberi nama Minah Binti Temon 


Akukah Juwita
Penulis : Rina Farizq
Bil mukasurat : 644
Rating : *****

Walau punya diploma Minah lebih selesa tinggal di kampung namun  dek kerana kecil hati dengan adiknya, dia nekad berhijrah ke bandar dan tinggal bersama kawannya Naja.  Dia juga menolak lamaran Halim anak ketua kampung dan pujukan Gaban juga tak diendahkannya. Aqil yang dipanggil Gaban memang suka menyakat Minah dengan memanggil dia Timun..hehe memang lawak dan ni gara-gara namanya Minah binti Temon.

Insiden dihari pertama membuatkan Minah lewat ke pejabat dan lebih mengejutkan lagi dia bekerja di firma seni bina kepunyaan Kak Anis, kakak Gaban dan Gaban pun bekerja ditempat yang sama membuat Minah semakin rasa tidak selesa lebih-lebih lagi Gaban memang tak pernah berhenti menyakatnya malah terpaksa mengikut Gaban untuk berjumpa pelanggan. Gaban yang sememangnya jatuh hati dengan Minah tapi berkecil hati bilamana pelanggannya Puan Ros sangat meminati konsep dekorasi yang disyorkan Minah.  Puan Ros yang sangat berkenan untuk menjadikan Minah menantu juga menjemput Minah untuk diperkenalkan kepada keluarga dan anak bongsunya Rifki, lelaki yang menyebabkan dia lewat dihari pertama ke pejabat.  Kehadiran Rifki membuat Gaban semakin menyakitkan hati Minah.  Sewaktu Minah pulang bercuti dikampung, Rifki pulak tiba dan kedatangnya disambut baik oleh keluarga Minah dan Rifki sendiri menyatakan hasrat hatinya kepada kedua orang tua Minah dan waktu yg sama Aqil pulak melamar Minah.
"Gaban! Aku tetap rindukan kau sebab kaulah kawan baik aku." Ujarku pada Gaban sebelum berlalu
Kejadian Minah mengenalkan Naja kepada Rifki membuatkan Naja terus berkenan pada Rifki malah kehadiran Minah yang lewat tiba di majlis Rifki yang disengajakan Aqil menyebabkan Minah  mengajak Aqil pulang tapi rupanya Minah tersilap menarik Ukail dek kerana sakit hati dengan kemesraaan Rifki dan Naja. 

Perkenalan tanpa sengaja antara Minah dan Tengku Ukail menjadi satu lagi frasa dalam hidup Minah bila dia terpaksa menjadi teman dimajlis hari keluarga Ukail yang  rupanya adalah sepupu Rifki.  Ukail yang berkarakter sombong berhasrat menggunakan Minah untuk mengelak dari pilihan bondanya tapi terjerat bila nendanya berkenan dengan Minah dan seterusnya menjadikan Minah tunangan Ukail.  Pelbagai rintangan berlaku dan Rifki yang mencintainya melamar Minah dan pergaduhan berlaku antara Rifki dan Ukail. 

"Saya tak boleh hidup tanpa awak" - Rifki

Bonda Uqail sememannya tidak menyukai Minah namun rancangan Nenda Ukail membuatkan Bondanya akur tapi akhirnya rahsia terbongkar dan dia merosakkan segala persiapan perkahwinan mereka
Naja, biar aku berterus terang dengan kau.  Bohonglah kalau aku kata aku tak suka pada Rifki.  Dia lelaki yang baik, menghiburkan, tentu saja sesiapa yagn bersamanya pasti akan suka.  Tapi sekarang ini aku lebih meyukai Ukail. Tidak sanggup hendak bertentang mata dengannya bila berkata begitu kerana aku takut Naja akan menangkap aku berdusta
Tiga tahun Minah menyimpan rindu terhadap Ukail yang dihalau dari hidupnya dan kemudian Minah  menyambung pelajaran dalam bidang seni bina.  Malahan dia mendapat projek mendekorasi penthouse yang rupanya atas usaha Ukail
"Ya, kita masih bertunang dan saya tak pernah pun memutuskan apa-apa" - Ukail

Nota Umi :
Antara novel yang tidak menggunakan nama yang glamour dan cantik untuk watak utamanya dan cerita yang agak berat dan sarat dengan konflik jiwa dan sejujurnya Umi rasa ralat bila Minah memilih Rifki walau dia menyukai lelaki itu tapi mungkin bukan jodoh dia dengan Rifki kan.  Cerita yang cantik tapi agak sarat dengan konflik dan kesombongan Ukail membuat Umi rasa Ukail bukanlah calon yang sesuai buat Minah tapi tu hak penulis kan.  Kisah yang ringan untuk dibaca walau ada kalanya rasa sarat kat jiwa..hehe

Worth reading!