10 Tips Untuk Menjimatkan Masa Untuk Melipat Baju | Bercakap pasal kain baju yang kita pakai setiap hari pastilah kena basuh kan dan proses perihal kain baju ni pun ada banyak turutan, nak sidai pastu nak angkat kat ampaian dan bahagian nak melipat ni la yang sering memakan masa kita betul kan? 


Nah, Umi nak kongsi 10 cara jimat masa melipat baju yang akan memudahkan urusan seharian kita. Teringat dulu bila Umi kena tugasan melipat baju memang tarik muka duabelas hehe sebab mak Umi tu agak cerewet, bila melipat tu kena seakan urut pakaian tu supaya tak berkedut, pastu saiz yang dilipat tu kena sama jer..huihh korang rasa? Jadi cuba 10 cara jimat masa melipat baju yang Umi praktikan dalam urusan seharian yang memang memudahkan.
10 Tips Untuk Menjimatkan Masa Untuk Melipat Baju

Pertama : Sewaktu mengangkat baju diampaian, pastikan penyangkut baju disediakan dan terus sangkut baju mengikut pasangannya (kemeja dan seluar atau baju kurung dan kain serta tudung) seterusnya terus masukkan ke dalam almari.  


Kedua : Baju-baju harian yang masih diampaian tu sewaktu diangkat, terus masukkan kedalam bakul dan teruskan melipat lagipun memang dah berkurangan sebab yang selebihnya dah disangkut kedalam almari awal tadi.  Cara kita melipat baju jugak memainkan peranan dalam menentukan cepat atau tidak kita melipat..huhhh


Ketiga : Sesambil menonton rancangan tv kegemaran, keluarkan pakaian dari bakul dan lipat.  Mungkin bagi sesetengah orang melipat sambil menonton tu menjadi satu gangguan, tapi tak langsung pada Umi sebab tu yang Umi praktikan sekarang bak sambil menyelam minum air :D


Keempat : Ajak anak-anak dan mungkin suami untuk sama-sama membantu melipat pakaian sesambil berborak secara santai disamping dapat mengeratkkan hubungan antara keluarga dan secara tak langsung mendidik anak-anak cara melipat pakaian dengan betul dan kemas.  Aktiviti ni sesuai dihujung minggu supaya tak ganggu pembelajaran anak-anak

10 Tips Untuk Menjimatkan Masa Untuk Melipat Baju


Kelima :  Guna sistem bakul dimana setiap orang dalam keluarga akan melipat pakaian mereka yang berada di dalam bakul yang telah dilabel atas nama mereka jadi tak de la kisah tersilap pakaian..


Keenam : Sewaktu melipat pakaian, pastikan handphone tu letak jauh dari kita sebab handphone adalah gangguan terbesar dan memang akan membuat proses melipat pakaian kita kadang kala langsung terbengkalai.


Ketujuh : en suami ada buatkan untuk Umi alat melipat pakaian dari kadbod, tapi rasanya Umi lebih laju melipat baju tanpa alat tu tapi yang bagusnya alat tu memang akan buat pakaian yang dilipat tu sama size jer. 

Image result for melipat baju
10 Tips Untuk Menjimatkan Masa Untuk Melipat Baju

Kelapan : Guna khidmat part time maid yang memberi perkhidmatan terus ke rumah dengan kadar harga yang berpatutan untuk melipat kain baju kita dan tu kita boleh la bersantai dengan ahli keluarga


Kesembilan : Beli mesin melipat pakaian yang dikatakan boleh melipat sehelai baju dalam 10 saat


Kesepuluh : Ni cara yang paling jimat masa kita melipat baju iaitu  hantar ke kedai dobi dengan perkhidmatan basuhan, pengeringan dan dilipat.  Kita cuma hantar jer dan bila dah siap kita pergi ambil bawa balik rumah dan simpan dalam almari. 


Korang ada cara jimat masa melipat baju dak? Kalau ada, meh la kongsi kot² boleh digunapakai kan.  dan sebenarnya bila kita berniat (nawaitu yang penting ;D) nak membuat sesuatu pekerjaan contohnya melipat baju, kita akan ketepikan perkara² lain, fokus dan pasti akan menjimatkan masa kita. Sama seperti bila kita berkehendakkan sesuatu, pasti kita akan buat dengan penuh rasa seronok dan sedar² jer kerja melipat baju yang bertimbun dah selesai.