Resepi Gulai Lemak Daun Bebuas Sedap Dan Mudah | Mesti ada yang pelik bila baca tajuk resepi Umi kali ni kan sebab rasanya ramai yang tak tahu akan daun ni yang sangat kurang dikenali tapi kalau sesiapa pernah makan..terutama golongan mak-mak yang suka sejenis ulaman ni pasti suka dan tak akan lepas peluang kalau terjumpa daun ni kat pasar. 


Daun bebuas ni punya bau yang agak kuat dan unik wanginya dan bagi sesetengah orang tak suka sebab daun bebuas ni dalam kategori pahit tapi sedap.  Selain dibuat masakan, daun bebubas ni dicelur dan dibuat ulam cicah sambal belacan.


Resepi Gulai Lemak Daun Bebuas Sedap Dan Mudah


Bahan-bahan:
Pucuk daun bebuas
3 camca rempah kari ikan
3 ulas bawang kecil, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1 1/2 keping asam keping
Tulang ikan masin / isi ikan kurau
1 cawan air
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :
  • Rempah, bawang merah, bawang putih dan asam keping dimasukkan kedalam periuk bersama secawan air, direbus dengan api perlahan.  Kacau rempah sampai mendidih dan betul-betul masak.


Resepi Gulai Lemak Daun Bebuas Sedap Dan Mudah

  • Masukkan daun bebuas, dibalik-balikkan dan direbus sampai pucuk bebuas benar-benar layu dan bersalut rempah.
  • Tambah sedikit air, masukkan tulang ikan atau isi ikan dan direbus dalam 2 minit


Resepi Gulai Lemak Daun Bebuas Sedap Dan Mudah


  • Masukkan santan dan rebus sekejap hingga mendidih tapi jangan sampai pecah minyak.  Tutup api dan masukkan garam tapi jangan banyak sebab tulang ikan masin tu dah masin

Siap dan boleh dihidang dan dimakan dengan nasi panas.

Resepi Gulai Lemak Daun Bebuas Sedap Dan Mudah


Selain dimasak gulai lemak, pucuk bebuas sedap direbus dan dibuat ulam dan makan dengan sambal belacan atau budu.  Serius sedap tak terhingga!  Tak percaya? cuba la

Kalau dalam pantang, daun yang agak tua boleh direbus dan dibuat air mandian, memang rasa segar dengan bau daun yang sangat wangi dan buat kita rasa segar..

Resepi Gulai Lemak Daun Bebuas Sedap Dan Mudah


Jom kita kenali Daun Bebuas

Bebuas, beruas, buas-buas, ambong-ambong laut, pecah piring, singkil atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Sppter mudah tumbah dan hanya tumbuhan renek dan mudah hidup di tepi sungai. Pucuk bebuas  terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam dan punya khasit tersendiri kepada kesihatan. 


Khasiat

Mengandungi karbohidrat, air, serat, alkaloid, zat galian (mineral) termasuk kalium, kalsium, zink, zat besi, fosfforus dan pelbagai vitamin termasuk A, C dan E. Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala.  Selain untuk menambah selera makan, pengeluaran susu ibu, merawat badan berangin dan lemah tenaga batin, ia juga dipercayai dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengelakkan pelbagai penyakit seperti H1N1.  Pucuknya boleh merawat penyakit kecacingan untuk kanak-kanak

Nak tau lebih lanjuat > klik SINI

Bebuasberuasbuas-buasambong-ambong lautpecah piringsingkil, atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Sppterdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. Pokok bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau.
Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.