Dah tak lama lagi bulan Ramadan akan menjelma dan tahun ni anak-anak akan balik dan ada yang dah balik sempena cuti semester, jadi Umi pun siap siaga la update resepi untuk juadah berbuka dan bersahur nanti.  Rasanya bukan Umi sorang jer kot, pasti ramai yang dok jengah-jengah kat blog, kat buku resepi untuk cari ilham kan...

Walau resepi udang sambal ni rasanya ramai yang dah tau, tapi bila tiba bulan Ramadan tu selalu bingung nak masak apa, lebih kurang macam writer's block gak kan..hehe.

Resepi | Udang Sambal Istimewa


Bahan-bahan :
15 ekor udang
10 biji cili kering, dikisar
2 biji bawang kecil, dihiris
1 biji bawang besar, dikisar
1 biji bawang putih, diketuk
1/2 cawan minyak masak
1 biji bawang besar, dimayang
1 cawan air asam jawa
sedikit belacan
Garam secukup rasa
Gula

Nota : Kalau suka lebih manis bawang, boleh ditambah bawang besar untuk dikisar


Cara-cara:

  • Panaskan minyak, goreng udang yang telah dibersihkan hingga kekuningan dan diletakkan ke dalam pinggan.
  • Tumis bawang kecil dan bawang putih dengan minyak gorengan udang hingga naik bau dan kekuningan
  • Masukkan bahan yang dikisar, dimasak hingga pecah minyak
  • Masukkan udang, air asam jawa serta sedikit gula, bila udang kelihatan masak, masukkan bawang besar, dikacau dengan api yang perlahan.
  • Masukkan bawang, dikacau, biar bawang nampak dah lembut dan tutup api.  Dah boleh hidang dengan nasi panas-panas.


Selamat mencuba