Sajian Bufet Ramadan 2018 Ala Pasar Malam di PWTC | Menyedari tentang selera Muslimin dan Muslimat yang menggemari makanan ringkas dan kepelbagaian seperti yang terdapat di bazaar atau pasar malam di setiap bulan Ramadan, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengambil pendekatan dengan menawarkan sajian berbuka melebihi 300 juadah berkonsepkan pasar malam dengan keselesaan didalam ruangan berhawa dingin tanpa perlu bersesak dan berpanas untuk mendapatkan sajian pilihan.

Sajian Bufet Selera Ramadan 2018 Ala Pasar Malam di PWTC
pic credit Google
Bufet 'Selera Ramadan di PWTC' ditawarkan kepada orang ramai di Legar Putra, PWTC akan bermula dari 17 Mei hingga 13 Jun 2018 menawarkan 24 gerai makanan dengan pelbagai menu yang pastinya memikat selera kita antaranya bubur lambuk, sup cendawan, pelbagai jenis sup, pelbagai sajian mee, laksa, nasi ayam, roti canai dan murtabak, pelbagai jenis goreng seperti pisang, cempedak, keledek, pelbagai jenis kuih Melayu antaranya tapai, bubur manis, wajib, dodol, bahulu dan banyak lagi

Nak lihat keenakan sajian Selera Ramadan di PWTC, klik SINI

Sajian Bufet Selera Ramadan 2018 Ala Pasar Malam di PWTC

Sajian Bufet Selera Ramadan 2018 Ala Pasar Malam di PWTC

Sajian Bufet Selera Ramadan 2018 Ala Pasar Malam di PWTC

Antara lain terdapat nasi kandar, nasi putih dengan pilihan Ayam Kampung Goreng Kunyit, Daging Gulai Kawah, Ikan Patin Masak Tempoyak, Daging Rendang Tok, Kambing Goreng Berempah, Siput Sedut Masak Lemak Cili padi, Sotong Masak Kari Nenas, Udang Sambal Petai, Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak, Sayur Puku Goreng Belacan serta hidangan ulam-ulaman dan salad, pelbagai jenis keropok, ikan masin, jeruk-jeruk, sambal dan dressing, pelbagai jenis acar, kerabu yang pasti buat kita rambang mata.

Sajian Bufet Selera Ramadan 2018 Ala Pasar Malam di PWTC

Dan tak ketinggalan kambing goleknya yang lembut dan sedap dengan sos black pepper dan cendawan, daging kambing goreng berempah, sate dan pelbagai jenis minuman sejuk dan panas yang semestinya akan menyegarkan tekak kita.

Sajian Bufet Selera Ramadan 2018 Ala Pasar Malam di PWTC

Sajian Bufet Selera Ramadan 2018 Ala Pasar Malam di PWTC
Dalam menikmati sajian pilihan mengikut selera masing-masing, kita juga dihiburkan dengan alunan muzik dan nyanyian oleh Kumpulan Picha-Picha yang menampilkan Linda Eva di sepanjang bulan Ramadan nanti


Harga bufet Selera Ramadan di PWTC

Dewasa - RM88.00
Warga emas - RM75 (usia 60 tahun dan keatas)
Kanak-kanak - RM45 (usia 7 tahun hingga 12 tahun)

RM75.00 tawaran 'early bird' yang dibuat sebelum 16 Mei 2018 di Restoran Riverside


Pakej Banquet / Korporat Berbuka Puasa

PWTC turut menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat di Dewan Bankuasi dengan pakej termasuk hidangan bufet, dewan khas, sistem audio, ruang khas solat dan bayaran parkir RM5.00 untuk sekali masuk (bermula jam 6:00 petang)

RM98.00 seorang bagi tempahan minima 100 orang 
RM115/seorang bagi tempahan minima 50 orang


Program Beramal bulan Ramadan
Pihak pengurusan PWTC sememangnya sentiasa komited dalam penganjuran kerja amal sepanjang bulan Ramadan, antaranya menaja bungkusan juadah berbuka puasa untuk disalurkan kepada keluarga fakir miskin sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta bekerjasama dengan Yayasan Kasih Tauhid dalam Program Sentuhan Kasih Ramadan siri ke-4.

Program "Mari Beramal di Bulan Ramadan" yang dianjurkan oleh PWTC termasuk lawatan serta sumbangan bekalan makanan dan wang tunai ke beberapa rumah penjagaan orang-orang tua dan rumah anak yatim yang terpilih disekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


Tempahan atau Pembelian Baucar Bufet Selera Ramadan

Dapatkan terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka dari jam 0900 pagi hingga jam 5 petang atau hubungi Restoran Riverside di 03--2614 6701/6702 atau 03-2614 6262