Jalan-Jalan Ke Pekan..Ada Yang Menarik Ke? | Bila sebut Pekan, Pahang pasti ramai teringatkan bekas Perdana Menteri ke 6 Malaysia kan.  Memang Pekan tu tempat dia dan sekarang Pekan dah jadi termasuk dalam senarai dan diari perjalanan UF dan keluarga sebab Kak Yang dah menjadi warga UMP di Pekan sejak setahun yang lalu dan akan berada kat sana selama empat tahun.


Memang tak sah kalau dah berkali ke Pekan ni, kenalah mencuba masakan orang Pahang selain patin tempoyak semestinya akan jallan-jalan cuci mata. Nak shopping, kena balik KL okay.


Apa yang ada di Pekan?

Pertama kali sampai ke Pekan  memang wowottt la jugak sebab dari Kuantan ke Pekan mengambil masa 45 minit dan yang paling tak boleh hadam ialah...tiada pengangkutan dari Pekan ke Kuala Lumpur! cuma yang ada bas berhenti-henti dari Pekan ke Kuantan. Uishh rasa kesian pulak kat Kak Yang. 


Baca kisah kami sebelum perjalanan ke Pekan kat SINI


Memandangkan pertama kali kami ke Pekan, kami sempat la jugak menyinggah ke beberapa tempat menarik untuk bergambar sebelum pulang ke Kuala Lumpur.  Agak lewat jadi tak banyak yang dapat kami jengah tapi memadai dari tak ada langsung kan.










Muzium Sultan Abu Bakar

Dibina pada tahun 1929 dinamakan Istana Kuala Beram yang diduduki oleh Sultan Abu Bakar dan pada tahun 1976, Sultan Ahmad Shah telah merasmikan pembukaanya sebagai muzium yang menempatakan  pelbagai galeri, artifak, seramik, arkeologi dan kesenian dan juga tentang Islam.  Antara yang menarik ialah sebilah keris yang dijumpai di sungai oleh seorang lelaki muda yang menjadi tarikan dan dengan pelbagai cerita mistik turut diperkatakan.




Muzium Masjid Sultan Abdullah

Masjid Abdullah antara mercu tanda Pekan dari tahun 1920 kemudian dijadikan muzium  dibuka untuk orang ramai pada tahun 2015. Digelar sebagai Taj Mahal Malaysia sebab muzium ini berkonsepkan dalam taman macam Taj Mahal yang dikenali dunia tu



Murtabak Mengkasar

Kalau ke Pekan jangan tak cuba murtabak Mengkasar ni yang UF rasa tak perlu terangkan dari mana asal nama murtabak begitu.  Mungkin ejaan dan sebutan tu agak berbeza tapi Murtabak Mengkasar ni berasal dari Kampung Mengkasar yang terletak satu kilometer dari Pekan menuju ke Kuantan. Murtabak ni pun dah menjadi juadah pilihan pada majlis-majlis keraian Sultan Pahang. Katanya Tun Abdul Razak dan mantan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berketurunan Makassar, Sulawesi.  Nak tau kena la google ya

Kalau dah ke Pantai Timur tu apa lagi makanan yang harus dicuba antaranya pelbagai jenis ikan dengan pelbagai jenis masakan

Pantai Air Leleh




Kalau ke Pekan kami mesti singgah beli bungkus nasi NI lepas tu pulak kami singgah makan kat Pantai Air Leleh.



Antara fauna yg terdapat di Kg Tanjong Selangor, Pekan, Pahang. Gambar kredit kat DH yang sempat beramah mesra dengan kuda-kuda yang jinak sewaktu kami dalam perjalanan balik.
 

Ada banyak lagi tempat yang menarik di sini tapi kami tak berkesempatan sebab tak nak sampai balik Kuala Lumpur lewat. Mungkin di masa akan datang boleh la kami terokai apa lagi yang menarik untuk dikongsi buat semua.

Mengenai Pekan

Pekan  ni merupakan bandar diraja yang dinamakan dari sejenis bunga yang dipanggil Bunga Pekan yang tumbuh meliar di sekeliling sungai Pahang.  Katanya bunga tu berwarna putih macam bunga melur tapi sudah pupus.  Ada yang beranggapan nama Pekan didapati dari Sungai Pekan dan ada juga katanya diambil sempena Pekan Sehari (macam pasar harian).  Apa pun Pekan dikatakan telah wujud sejak zaman Kerajaan Pahang Lama dan nama asalnya Pura.  Kalau nak tahu lebih lanjut sila ke wikipedia.


Menarik jugak bila kami dapat Jalan-Jalan Ke Pekan..Ada Yang Menarik Ke? Nanti kita cari apa yang lagi menarik untuk umi kongsikan buat semua.