Kenali dan Ketahui Cara Mencegah Batu Karang | Hypercalciuria adalah salah satu punca yang lain menyebabkan penghasilan batu karang. Hypercalciuria bermaksud seseorang itu mempunyai kandungan kalsium yang banyak dalam air kencing.  Ia boleh disebabkan beberapa perkara seperti pengambilan kalsium yang banyak daripada pengambilan supplement kalsium yang berlebihan, penyerapan kalsium yang banyak daripada tulang ke dalam darah(sebagai contoh dalam penyakit hyperparathyroidism) dan beberapa masalah lagi.


Kajian juga menunjukkan mereka yang mempunyai kandungan citrate yang rendah di dalam air kencing, mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidapi batu karang.

Pengambilan makanan yang mempunyai asid sitrik yang tinggi seperti limau boleh mengelakkan pembentukan batu karang



Kenali dan Ketahui Cara Mencegah Batu Karang


Punca Terjadi Batu Karang Dan Cara Mencegahnya


1. Kurang pengambilan air

Kurang pengambilan air merupakan salah satu penyebab terhasilnya batu karang. Jika seseorang itu kurang minum air, ia akan menyebabkan kurangnya penghasilan air kencing. Ini akan menyebabkan kepekatan air kencing meningkat. Air kencing akan penuh dengan kompaun yang boleh membentuk batu karang seperti kalsium, oxalate dan juga asid urik

Minuman yang di bolehkan seperti kopi, teh dan jus buah manakala minuman yang wajar dielakkan seperti tomato, anggur dan kranberi. Ini kerana tomato mempunyai unsur natrium yang tinggi. Ia akan menyebabkan lebih banyak kalsium yang disingkirkan ke dalam air kencing menyebabkan batu karang jenis kalsium mudah terbentuk.  Anggur dan kranberi pula mempunyai kandungan kompaun oxalate yang tinggi. Kompaun oxalate merupakan salah satu kompaun yang menjadi penyebab kepada terhasilnya batu karang

Minuman air berkarbonat juga merupakan salah satu penyebab kepada batu karang terutamanya minuman cola. Kerana kebanyakkan air cola mengandungi asik fosforik yang merupakan punca kepada pembentukan batu karang.


2. Makanan mengandungi asid sitrik yang tinggi seperti limau

Pengambilan jus buah dapat mengelakkan pembentukan batu karang selain meningkatkan jumlah air kencing dan ia juga kerana jus buah mengandungi potassium dan asid sitrik yang tinggi.

Ia mempunyai 2 mekanisma yang menghalang pembentukan batu karang. Ia bergabung dengan kalsium di dalam air kencing dan menyebabkan air kencing tidak pekat dengan kalsium. Ia juga bergabung dengan kalsium oxalate yang merupakan punca kepada penghasilan batu karang. Apabila citrate bergabung dengan kalsium oxalate, ia mengelakkan kompaun tersebut menjadi batu karang.


3. Pengambilan garam yang tinggi

Garam dapur yang mengandungi kandungan natrium yang tinggi boleh menyebabkan pembentukkan batu karang. Ini disebabkan natrium akan menyebabkan kalsium disingkirkan lebih banyak ke dalam air kencing dan menyenangkan pembentukan batu karang.



4. Pengambilan Vitamin C secara berlebihan

Apabila Vitamin C masuk ke dalam badan, ia juga akan diuraikan. Produk terakhir Vitamin C adalah kompaun oxalate yang akan disingkirkan melalui air kencing. Kandungan oxalate yang tinggi dalam air kencing boleh menyebabkan terbentuknya batu karang



5. Makanan yang tinggi dengan lemak omega 6

Makanan yang tinggi kandungan omega 6 seperti lemak haiwan dan beberapa jenis minyak sayuran boleh menyebabkan terbentuknya batu karang. Ini kerana kajian menunjukkan lemak jenis ini boleh meningkatkan penyingkiran oxalate ke dalam air kencing dan mengurangkan penyingkiran citrate ke dalam air kencing.


5. Ambil secara berpatutan makanan yang mengandungi oxalate

Makanan yang mempunyai oxalate yang tinggi selalunya makanan yang dikategorikan sebagai makanan yang bagus untuk jantung seperti bayam, bijirin, ubi dan sebagainya. Pengambilannya masih diperbolehkan tetapi haruslah diambil secara berpada-pada.


6. Makan makanan yang mengandungi kalsium

Ramai beranggapanpengambilan kalsium penyebab terhasilnya batu karang kerana majoriti batu karang yang terhasil mengandungi kalsium. Tetapi kajian menunjukkan mereka yang mengambil kalsium yang rendah di dalam dietnya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi masalah batu karang berbanding yang mengambil kalsium.

Ini disebabkan diet yang kurang kalsium akan menyebabkan kompaun oxalate lebih senang diserap di dalam usus. Kompaun oxalate yang tinggi ini kemudiannya akan disingkar melalui buah pinggang dan disitulah batu karang akan terbentuk disebabkan kehadiran kompaun oxalate ini. Kehadiran kalsium di dalam diet permakanan pula akan menyebabkan dua kompaun ini bergabung dan tidak diserap oleh usus.

Makanan yang mengandungi kalsium adalah lebih digalakkan berbanding pengambilan supplement. Ini kerana kajian menunjukkan pengambilan supplement kalsium mempunyai risiko untuk menghidapi penyakit batu karang berbanding yang berasaskan diet permakanan sahaja.

Makanan yang mengandungi kalsium adalah seperti makanan yang berasaskan tenusu seperti susu dan keju. Selain daripada itu, susu soya, tofu, sardine dan almond juga mempunyai kandungan kalsium yang sesuai untuk kita.



7. Kurangkan sedikit pengambilan Vitamin C dan lebihkan pengambilan vitamin B6

Pengambilan vitamin C pada dos yang tinggi akan meningkatkan kompaun oxalate di dalam air kencing. Ini kerana penguraian akhir Vitamin C di dalam badan akan menghasilkan kompaun oxalate. Jadi ia boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Oleh itu, Vitamin C tidak perlu diambil secara berlebihan



Vitamin B6 (pyridoxine) pula menyebabkan kurangnya penghasilan oxalate di dalam badan. Jadi akan kurang oxalate di dalam air kencing dan mengurangkan risiko untuk terhasilnya batu karang.


Beberapa makanan yang mempunyai makanan yang tinggi dengan Vitamin B6 adalah pisang, avocado, soya, mangga dan oat.



8. Ambil minyak ikan
Minyak ikan yang mengandungi lemak omega 3 yang tinggi dikatakan boleh mengelakkan batu karang kerana ia mengurangkan pengkumuhan kalsium melalui buah pinggang malah meningkatkan kandungan citrate di dalam air kencing. Kedua-dua perkara ini akan mengelakkan daripada terjadinya batu karang

Manakala pengambilan lemak haiwan dan juga minyak yang mengandungi omega 6 yang tinggi dikatakan meningkatkan risiko untuk menghidapi penyakit batu karang

Ikan yang mengandungi lemak omega 3 yang tinggi dan bagus untuk mengelakkan pembentukan batu karang adalah ikan salmon, tuna, mackerel dan juga sardin.

Tetapi bagi yang mempunyai gout, makanan yang berasaskan makanan laut perlu dielakkan untuk mengurangkan serangan gout.


***Nota ringkas penyebab batu karang

  • Unsur kalsium yang banyak dalam air kencing menyebabkan batu karang
  • Kompaun Oxalate yang banyak dalam air kencing menyebabkan batu karang
  • Kompaun citrate yang banyak dalam air kencing mengurangkan pembentukan batu karang


sumber : https://thediagnosa.com/diet-untuk-mengelakkan-dan-merawat-batu-karang/