Pertama kali sambut hari lahir DH dengan keahlian yang tak penuh..mana taknya the girls semua berada di lokasi pembelajaran masing-masing, yang ada cuma 3 hero dan 2 heroin je. Rasa dah lama tak sambut birthday DH, tahun lepas sambut kat rumah je. Kalau ikut DH tak nak tapi bila di ajak ikut juga la dan lokasi yang Ayong Azmer cari ni sangat dekat dengan rumah.

Cafe Mikro, kepunyaan Nas dan sahabatnya Fahmi yang punya pengalaman dan berkongsi minat dan kalau nak tahu kisah menarik tentang kafe dan anak muda ni, boleh baca di SINI. Memang menarik dan lokasi kafe ni pun di Lorong Kedah, Taman Melawati, kawasan elit suatu ketika dulu dan masih lagi dan birthday boy pun orang Kedah...hehe what a coincidence! Selain KL, Shah Alam pun syurga makanan. List di sukamakanjalan sangat membantu.

Cerita menarik baca di neufutur.com

Sampai kat kafe ni, nampak biasa-biasa jer dan kami duduk di luar sebab lebih santai. Well, datang nak makan lagipun perut dah berkeroncong maklumlah lepas solat Maghrib jer terus ke sini. Jom tengok apa yang kami makan ni.

Makan-Makan Di Cafe Mikro Untuk Sambut Birthday Boy
Spagetti Cabonara Chicken pilihan cikapplepie dan juga Angah Ammar (AA2) dan DH juga Spagetti Cabonara tapi dengan Daging dengan secangkir Latte.  Seperti biasa cikapplepie dengan Iced Chocolate and AA2 dengan Orange Juice.

Cabonara Pasta (Chicken or Beef) berharga RM20 memang agak pekat dengan cheese tak macam sesetengah cabonara tapi kalau yang tak suka banyak cheese akan cepat muak. Sedap! kata cikapplepie tapi yang tak sedap ada yang nampak macam daging goreng tapi bila dimakan rasa pahit..hehe. Apa yang ada dalam setiap carbonara ni? selain spagetti, ayam atau daging, bahan lain adalah basil pesto, roasted nuts, cherry tomato, pucuk manis, parmesan dan deep friend aubergene (terung purple) yang dipotong kecil dan rasa agak pahit la tapi Umi ok jer

Rating : 4/5

Makan-Makan Di Cafe Mikro Untuk Sambut Birthday Boy

Beef Bowl yang sedap dan simple untuk Ayong Azmer (AA1) yang memang jaga pemakanan serta sebotol air mineral untuknya dah mencukupi. Dengan harga RM22, beef bowl ni mengandungi Beef teriyaki, deep friend cauliflower with citrus sauce, poached eggs, crispy kale, mixed white-glutinious rice. Portion yang cukup sebagai pelapik perut je kalau untuk Umi haha. 

Rating : 4.5/5

Makan-Makan Di Cafe Mikro Untuk Sambut Birthday Boy
Yeaa dah lama tak makan Pesto Pasta kan, jadi Umi pilih Beef Pesto dengan Spagetti, basil pestoroasted nutscherry tomato, pucuk manis, parmesan dan deep fried aubergene yang berharga RM20 sahaja manakala untuk minuman Umi pilih secangkir Lemon Grass Tea..dah makan berminyak kena la minum teh gini kan.  Sedap dan lazat, semestinya amat disyorkan tapi kalau sesiapa tak pernah makan, jangan makan takut tak biasa dengan rasanya.

Rating : 4.5/5



This is us, hanya berlima je.  Cake? just a slice of lemon cheese cake with pistachio yang sedap.  Bila share dekat family whatsapp..haha Cik Meya terliur sebab ni la kek favorite dia. DH terkejut tapi tak la terkejut sangat

Add caption
So sesiapa nak mencuba mai la sini, nak parking kereta pun mudah, tak payah pening kepala sebab by the time kami sampai orang ramai dah keluar balik


Waktu perniagaan : setiap hari 8 pagi hingga tengah malam

FACEBOOK | INSTAGRAM | 016-636 3698

320, Jalan Bandar Melawati, Melawati Square, Pusat Bandar Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur