Salam Kemerdekaan ke 62 Dan Salam Maal Hijrah 1441H | Selamat menyambut 1 Muharram dan Salam Maal Hijrah 1441H



Tanpa HIJRAH RASULULLAH SAW, kita tidak menikmati Kemerdekaan Dunia & Akhirat

Saya doakan apa jua keazaman dan PENGHIJRAHAN kita untuk berubah ke arah yang LEBIH BAIK akan tercapai.

Hijrah itu tidak perlu menjadi lebih baik dari orang lain..

Cukup lah menjadi lebih baik dari diri kita yang kelmarin dan hari-hari sebelumnya

Selamat Berpuasa Sunat untuk melengkapi Puasa Asyura 9-10 Muharram dan 8 hari sebelumnya (1-8 Muharram)

Bulan Muharram merupakan bulan pertama dalam penanggalan Hijriyah dan merupakan salah satu bulan penting dan suci bagi umat Islam selain bulan Ramadhan dan Dzulhijjah.

1 Muharram memiliki keistimewaan yakni peristiwa hijrahnya Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah dan Rasulullah menyebut Muharram merupakan salah satu bulan yang istimewa dan disunnahkan memperbanyakkan amalan.

Allah SWT menjelaskan dalam Al-quran bahawa bulan Muharram merupakan salah satu dari empat bulan yang disucikan Allah SWT.

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya  empat bulan haram.  Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalan bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa: (QS. AT-Taubah: 36)
Selain dari itu banyakan berzikir kepada Allah SWT, berselamat untuk Rasullah SAW, Mengerjakan Solat Dhuha, Solat Berjemaah, Berisighfar dan bertaubat, bersedekah dan amalan yang baik


Salam Kemerdekaan ke 62
Rasanya tak terlambat untuk mengucapakan Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia. Banyak definasi Merdeka ni sebenarnya antaranya merdeka dari penjajahan, merdeka dari masalah yang menghantui dan paling utama merdeka dari hutang. Okay tak mau cerita atau ulas lebih pasal merdeka ni sebab kalau bercerita memang tak cukup 1001 malam atau berapa ribu muka surat atau berapa banyak posting dekat blog. Memang tak mampu..ehehe


Makna Logo Hari Kebangsaan
Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu padu dan kasih sayang kepada negara
Ianya menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama disamping dapat memupuk dan menyatakan nilai intergriti serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi

Sambutan di Putrajaya ni pastinya sesak dengan Floria yang sedang berlangsung dan hasrat nak ke sana untuk turut menyesakkan Putrajaya tak kesampaian sebab kesihatan tidak mengizinkan tapi dapat la kongsi gambar-gambar dari FB en suami sebab dia memang kena bertugas sebelum dan pada hari sambutan.

sumber FB en suami yang bertugas di hari kemerdekaan

sumber FB en suami yang bertugas di hari kemerdekaan

sumber FB en suami yang bertugas di hari kemerdekaan

Dan paling menarik bulan September ni bulan kelahiran saya!