Taman Perkahwinan Rinching Terrace Wedding & Event Serba Ekslusif  Dan Tersendiri | Ya! memang tertawan tatka Taman Perkahwinan Rinching Terrace ni dan kesempatan menjadi orang paling awal sampai tak di sia-siakan untuk merakam gambar dengan landskap yang cantik dan tenang di sini. Tau tak dalam hati ni berdetik...kalau dapat buat acara perkahwinan untuk salah seorang hero atau heroin kat sini memang akan jadi kenanang terindah buat saya sendiri..hehe.  Berangan tu kan percuma tapi mana tau kot anganan tu diangkat menjadi kenyataan, pasti terlajak meriah!

Tertawan Dengan Taman Perkahwinan Rinching Terrace Serba Ekslusif  Dan Tersendiri
Taman Perkahwinan Rinching Terrace Wedding & Events (Rinching Terrace) ni terletak di antara Bangi dan Kajang, lokasi strategik yang hanya 10 minit memandu dari Bangi Golf Resort dan dihubungkan dengan Lebuh Raya Utara Selatan iaitu susur keluar melalui tol Bandar  Mahkota. Memang terasa tenang bila melalui perkampungan Kg Rinching Hilir Semenyih yang cantik tersusun sebelum tiba ke Rinching Terrace yang ekslusif, selesa dan tersendiri, lokasi sempurna untuk sebuah majlis perkahwinan Impian!

Tertawan Dengan Taman Perkahwinan Rinching Terrace Serba Ekslusif  Dan Tersendiri
Kawasan persendirian ini punyai keluasan tujuh ekar namun buat masa ini lebih kurang dua ekar baru di bangunkan sebagai lokasi majlis perkahwinan mewah yang berlatar belakangkan alam semulajadi dengan landskap taman yang cukup menarik dan unik. Diinspirasikan daripada rekaan taman hidup dan landskap alam semujadi, Rinching Terrace merupakan sebuah lokasi persendirian eksklusif yang mampu memuatkan sehingga 1500 tetamu dalam satu majlis. Ia dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap dan persekitaran yang selesa bersama pemandangan yang menakjubkan buat para pengunjung. Kawasan yang dibangunkan sememang asalnya dipenuhi dengan landskap rumput asli dan pohon-pohon renik serta pokok-pokok tua berusia ratusan tahun yang turut menghiasi menambahkan keindahan landskap. 

Para tetamu yang tiba pasti akan berasa kagum dengan pokok kemuning (orange jessamine) yang berusia lebih 100 tahun dan pokok ‘"tree man" yang menjadi sebahagian landskap. Di samping itu terdapat juga pancuran air untuk menambah kesan dramatik dan irama alam semulajadi. Bukan itu sahaja, terdapat koleksi akar unik yang ditemui di merata tempat dan dibawa ke sini untuk diabadikan sebagai sebuah galeri hidup yang menakjubkan. Landskap yang memukau ini mampu memberikan  ketenangan fikiran setelah saban hari berhadapan dengan kesibukan kota dan pencemaran udara. Berada di sini akan memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup sesiapa yang berkunjung. Apa yang pastilandskap tanah bertingkat dan bercerun yang tersedia disini tiada di mana-mana lokasi perkahwinan di Malaysia. Dianggarkan kesemua landskap ini dijangka siap sepenuhnya hujung Disember ini dan sudah bersedia untuk menerima tetamu mulai awal bulan Januari 2020

Terdapat tiga lokasi utama untuk sebarang acara yang di sediakan oleh Rinching Terrace iaitu


Rinching Terrace Glass House
Banglo dua tingkat berdinding kaca yang berfungsi sebagai dewan utama ini memuatkan 250 tetamu dalam satu majlis. Uniknya banglo dua tingkat ini kelihatan seperti satu tingkat dari pandangan hadapan dan boleh dilihat tingkat bawahnya sekiranya tetamu melihat dari arah taman. Glass House menampilkan konsep dekorasi ringkas dan moden. Lampu chandelier bulat diletakkan di ruang tengah bagi memberikan kesan mewah dan diimbangi dengan penataan lampu-lampu LED yang ringkas di seluruh silingnya. Tetamu pasti akan teruja bila berada didalam Glass House kerana dapat menikmati limpahan cahaya semulajadi di luar dengan pemandangan indah di sekeliling tanpa perlu risau tentang panas dan hujan kerana semua berdindingkan kaca. Bagi menambah lagi kesan natural, lantai Glass House dipasang dengan kemasan kayu berlaminate. Bertentangan dengan pintu masuk, sebuah pelamin sudah tersergam indah dengan latarbelakang alam semulajadi yang dapat dilihat dari dinding kaca di belakang menjadikan pelamin ini cukup istimewa. 

Tertawan Dengan Taman Perkahwinan Rinching Terrace Serba Ekslusif  Dan Tersendiri
Tertawan Dengan Taman Perkahwinan Rinching Terrace Serba Ekslusif  Dan Tersendiri
meja makan untuk VIP
Terdapat beberapa pilihan rekaan mengikut pakej pelamin yang telah disediakan namun bagi pelanggan yang memilih pakej Platinum, pelamin ini boleh diubahsuai mengikut cita rasa tersendiri. Rinching Terrace Glass House juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan bunyi untuk memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis ke tahap yang lebih berprestij. 
Tertawan Dengan Taman Perkahwinan Rinching Terrace Serba Ekslusif Dan Tersendiri
bilik rehat

Tertawan Dengan Taman Perkahwinan Rinching Terrace Serba Ekslusif Dan Tersendiri
surau
Di tingkat bawah banglo terdapat dua buah bilik iaitu bilik pengantin dan bilik rehat. Bilik pengantin yang luas dan selesa dilengkapi dengan kabinet baju, meja solek, katil, penghawa dingin dan bilik air bina dalam. Manakala bilik rehat yang selesa disediakan untuk keluarga pengantin atau keluarga pihak sebelah yang datang bertandang. Bilik ini lengkap dengan sofa, kabinet, meja sisi, karpet dan penghawa dingin. Buat tetamu yerang ingin mengerjakan solat terdapat sebuah surau yang cukup selesa disediakan di tingkat ini dan terdapat tandas lelaki dan perempuan di bahagian ini.

Tertawan Dengan Taman Perkahwinan Rinching Terrace Serba Ekslusif  Dan Tersendiri
pentas di Khemah Agam
Tertawan Dengan Taman Perkahwinan Rinching Terrace Serba Ekslusif  Dan Tersendiri


Khemah Agam (Marquee Tent)
Khemah Agam (Marquee Tent) terletak di sebelah kiri Glass House setentang dengan Taman Terbuka ini boleh memuatkan 400 tetamu dalam satu masa. Khemah ini dikhaskan untuk para tetamu menikmati juadah yang disediakan sewaktu berlangsungnya majlis. Secara umumnya, majlis akan berlangsung serentak di dalam khemah untuk para tetamu dan di Glass House untuk acara makan beradap dan bersanding. Tetamu yang selesai menikmati hidangan dan ingin menyaksikan pengantin bersanding bolehlah singgah di Glass House. Sekiranya pelanggan menginginkan pelamin di buat di bawah Khemah Agam ni, pihak Rinching Terrace tidak menghalang dan boleh saja berbincang dengan mereka.

Tertawan Dengan Taman Perkahwinan Rinching Terrace Serba Ekslusif  Dan Tersendiri
Taman Terbuka (Garden)
Taman Terbuka (Garden)
Terletak di bahagian belakang khemah dan Glass House taman terbuka ini memberikan impak suasana persis alam hijau nan damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk majlis perkahwinan atau sebarang acara keraian. Ruang taman terbuka ini mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu dalam satu majlis. Majlis boleh diadakan tanpa mengira waktu – siang atau malam. Lebih indah bila dipasang ‘fairylights’ dan kanopi lut sinar. Sebuah binaan pentas kekal turut disediakan sebagai tapak pelamin atau untuk acara sosial. Majlis pasti lebih bermakna  di taman yang dihiasi dengan pelbagai pohon hiasan menarik yang turut merupakan kegemaran peribadi empunya lokasi ini. Malahan  kicauan unggas turut menghiburkan termasuk desiran pancuran air nan lunak dan angin sepoi-sepoi bahasa yang memberikan rasa segar, damai, nyaman, tenang dan bahagia yang pastinya akan membangkitkan hormon oksitosin (hormon cinta) buat pasangan pengantin.

Eksklusif Untuk Majlis Anda 
Seluruh kawasan ini adalah eksklusif kepunyaan anda pada hari berkenaan dan anda tidak perlu berkongsi dengan tetamu lain kerana hanya ada satu majlis saja pada satu masa! Anda tidak perlu risau tentang keselesaan atau keselamatan kerana yang hadir hanya keluarga, saudara mara dan tetamu anda sahaja! Ruang parkir juga sangat luas dan bertar. Pelanggan tidak perlu risau sama ada jalan lecak atau kasut kotor jika hujan. Lokasi selamat bagi tetamu wanita yang memakai kasut bertumit tinggi dan ibu bapa yang membawa anak dengan stroller serta warga emas atau orang kurang upaya yang berkerusi roda.

Di sekitar Rinching Terrace ini tidak kurang hebat nya kerana terdapat pelbagai makanan enak di bandar Bangi serta terdapat banyak hotel butik yang jaraknya hanya sekitar 5 minit memandu dari Rinching Terrace. 

Tawar Pakej Lengkap dan Menarik
Rinching Terrace merupakan pusat sehenti perkahwinan dengan menawarkan pakej lengkap yang terdiri dari lokasi, katerer, pelamin, persalinan pengantin dan fotografi. Pendek kata, pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk mencari pakej yang terbaik kerana semuanya telah tersedia disini!

Terdapat tiga pakej istimewa yang pihak Ranching Terrace sediakan dengan pakej istimewa dengan harga yang berpatutan untuk para pelanggan iaitu:
a. Pakej Silver – Marquee Tent RM38,800 untuk 1000 tetamu.
b. Pakej Gold – Glass House & Marquee Tent (2 dewan) RM44,800 untuk 1000 tetamu.
c. Pakej Platinum - Glass House & Marquee Tent (2 dewan) RM51,800 untuk 1000 tetamu termasuk dengan tambahan menu, pelamin serta busana eksklusif dan terbaru.
Bersempena majlis pra pelancaran, Rinching Terrace menyediakan promosi eksklusif iaitu diskaun hampir RM10,000 sekiranya tempahan dibuat pada hari ini dan pihak Rinching Terrace bersedia  untuk menerima serta memberikan perkhidmatan terbaik untuk sebarang acara bermula bulan Januari 2020 dan seterusnya.



Tertawan Dengan Taman Perkahwinan Rinching Terrace Serba Ekslusif  Dan Tersendiri

Bagi memastikan urusan acara berjalan lancar dan teratur, Rinching Terrace telah melantik tiga rakan rasmi eksklusif iaitu Afkar (afkar_katering), Miezipro (miezipro) dan SASES (sases.official) yang cukup berpengalaman didalam bidang mereka. Rakan rasmi ini dipilih berdasarkan pengalaman berkecimpung dalam industri perkahwinan dan begitu terkenal dengan reputasi perkhidmatan mereka yang terbaik dan telah berpengalaman menjayakan pelbagai acara yang melibatkan ramai VVIP.

Pelanggan tidak perlu risau dengan rakan kerjasama Rinching Terrace kerana mereka adalah pakar dan yang berminat untuk mengadakan majlis di Rinching Terrace akan bertemu dengan rakan kerjasama strategik Rinching Terrace ini yang terdiri daripada katerer, food&beverages, penata rias pelamin, pereka busana, juru mekap dan fotografi & videografi bagi perbincangan terus atau menjadikan rujukan untuk majlis yang dihajati. 

Bagi mereka yang berminat boleh berhubung terus dengan Puan Mira di 019 390 8527.

Tertawan Dengan Taman Perkahwinan Rinching Terrace Serba Ekslusif  Dan Tersendiri

Terima kasih kepada Rinching Terrace yang menjemput saya serta rakan blogger yang ke majlis pra pelancaran dan hari terbuka Rinching Terrace Wedding & Events yang sungguh menarik dan unik dengan alam semulajadi dengan penerangan terperinci berkenaan konsep dan kemudahan yang terdapat disini serta perkhidmatan yang disediakan. Sememangnya pengalaman penuh bermakna dan penuh informasi berguna buat kami.



Tertawan Dengan Taman Perkahwinan Rinching Terrace Serba Ekslusif  Dan Tersendiri
Rinching Terrace Wedding & Events Rinching Terrace Wedding & Events (Rinching Terrace) beroperasi di Riching Hilir, Kajang, Selangor. Rinching Terrace merupakan pusat sehenti perkahwinan dalam taman yang paling eksklusif dan terbesar di Lembah Kelang khususnya di kawasan Bangi, Kajang dan Semenyih. Rinching Terrace meliputi kawasan persendirian seluas 7 ekar dengan 2 ekar telah dibangunkan menjadi sebuah lokasi perkahwinan yang berlatar belakangkan alam semulajadi dan landskap taman yang indah. Rinching Terrace menyediakan pelbagai pilihan lokasi iaitu banglo Glass House, khemah agam dan taman terbuka atau berkanopi lutsinar, sesuai untuk sebarang acara dan boleh memuatkan 1,500 tetamu dalam satu majlis.

Riching Terrace Wedding & Events, Riching Hilir, 43500 Kajang, Selangor | Tel: 019 390 8527 | Email: rinchingterrace@gmail.com | IG: rinching.terrace | Waze: Rinching Terrace Wedding & Events

#rinchingterrace #rtwedding #rtglasshouse #rtgardenwedding