DIEM Duroil Sdn Bhd (DIEM) dan CSK Cambodia telah memeterai perjanjian persefahaman bagi pembangunan dan pembekalan bagi produk penjagaan diri dan produk makanan ke Kemboja dengan termeterainya perjanjian persefahaman diantara kedua-dua syarikat tersebut pada 7 Februari 2020.

DIEM Duroil Memeterai Perjanjian Persefahaman Dengan CSK Cambodia


DIEM Duroil Sdn Bhd yang diperbadanankan pada tahun 2003 menawarkan pelbagai produk cara hidup, kesihatan dan kecantikan untuk lelaki dan wanita dengan pilihan pelbagai produk dari  penjagaan diri, penjagaan intim, penjagaan wajah, pemakanan dan minuman kesihatan termasuk minyak serta krim urut.

DIEM Duroil Memeterai Perjanjian Persefahaman Dengan CSK Cambodia

"Pembekalan minyak MCT (Middle Chain Triglycerides) kepada CSK Cambodia pastinya akan menambah pengeluaran produk dari Malaysia ke Cambodia. Minyak MCT menawarkan pelbagai faedah kesihatan dan kami yakin dengan pihak CSK dalam mengendalikan saluran pengedaran berdasarkan berpengalaman yang luas, pastinya  minyak MCT akan berada di carta tertinggi dalam produk makanan kesihatan di Cambodia" - Raja Azhar, Ketua Pegawai Eksekutif DIEM Duroil Sdn Bhd

DIEM turut dipilih  bagi merekabentuk serta membekalkan produk berikut berikutan penawaran produk kepada pihak CSK
  • Bird's Nest Drink with Soy Oligopeptide and Tocotrienols
  • Biotin and Apple Stem-cell Shampoo yang mengawal keguguran rambut

DIEM Duroil turut membuka peluang kepada pemborong yang berminat untuk pelabelan jenama sendiri (own brand labelling) bagi produk keterampilan diri dan produk makanan kesihatan.Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari https//genuineproducts.asia

DIEM Duroil Sdn Bhd (619639K) | info@diemduroil.com | Suite 8-3A-1, Block 8, 4th Floorr, Queens Avenue, Jalan Bayam, 55100 Kuala Lumpur