-->

February 20, 2020

Nikmati Minum Petang di Kuantan Pickers & Kedai Kopi

Kalau korang ke Kuantan untuk percutian singkat ataupun di hujung minggu, saya syorkan korang menginap di kawasan berdekatan dengan Laman Teruntum. Kenapa di sini? sebab kalau bercuti untuk rehat minda, bersantai pasti nak cari makan bukan? jadi lokasi ni cukup terbaik untuk jalan-jalan cari makan dan jalan kaki ke Laman Teruntum dan by the time korang pergi mungkin Menara Teruntum sudah beroperasi. Memang tak sangka banyak kedai makan di kawasan Hotel Sentral Kuantan yang kami inap ni dan Kuantan Pickers & Kedai Kopi menarik perhatian DH.  Terdapat kedai barangan antik dalam jarak 2 kedai dari kedai kopi ni tapi sempat la tarik DH jangan berhenti lama, kang tak pasal-pasal ada pulak yang dibelinya..haha

Nikmati Minum Petang di Kuantan Pickers & Kedai Kopi

Kalau datang waktu pagi boleh la bersarapn samada Nasi Lemak, Nasi Lemak Berlauk dengan pilihan ayam, kerang atau sotong atau Sarapan lokal (tak pasti apa dia tapi mungkin nasi kerabu, nasi dagang atau nasi minyak la kot) Tak sempat nak tanya sebab tengok anak-anak muda yang 3 orang ni tak menang tangan.

Kalau tengok pada menu tu sepanjang masa ada Kacang Poo, Roti Stim, Roti Bakar Bun, Mee Hoon, Mee Goreng, Roti Bakar Keping, Pickers Sandwich, Telur 1/2 masak, Kueh Mueh, Roti Goyang dan dari jam 10 pagi hingga 9 malam korang boleh cuba Mee Kari, Penang Assam Laksa atau Mee Jawa Sungai Lembing.

Nikmati Minum Petang di Kuantan Pickers & Kedai Kopi


Tadaaaa...ni apa yang kami order, Kacang Pool untuk KY Amanda, Roti Stim untuk DH, Roti  Goyang untuk cikapplepie dan kek untuk umi la tapi habis kena tax! Sobss...nak try Mee Kari atau Mee Jawa tapi nasib tak baik sebab tak de pulak.  Mungkin lain kali boleh singgah dan cuba nasib kot ada kan.

Kalau nak makan kacang pool sedap kena pergi Putrajaya tapi dah lupa nama kedai tu tapi kalau nak lagi sedap upah Mrs Liez sebab dia buat ikut citarasa kami tak pun buat ler sendiri

Nikmati Minum Petang di Kuantan Pickers & Kedai Kopi
Chocolate Duo Oreo cake ni memang sedap la jadi tak ralat untuk diminum dengan nescafe tarik..perghh manis dan manis...ahhh boleh potong kaki sungguh!

Nikmati Minum Petang di Kuantan Pickers & Kedai Kopi



Memang suka tengok deko dalam kedai ni dan yang ni dekat bahagian cashier yang dihiasi dengan suratkhabar lama dan antik.  Kalau tengok di gambar yang ada menu tu adalah ruang setentang dengan bahagian cashier tu ada almari lama yang menempatkan barangan lama antara kotak coklat Cadbury, bed nyonya dan banyak lagi...memang jenuh nak senaraikan.
Nikmati Minum Petang di Kuantan Pickers & Kedai Kopi
Selain ruang makan berbumbung di dalam kedai, pengunjung boleh makan sambil santai di ruang terbuka di bahagian belakang ni. Apa yang pasti kaki selfie memang suka la sebab pencahayaan dia tu memang cantik.

Nikmati Minum Petang di Kuantan Pickers & Kedai Kopi
Nikmati Minum Petang di Kuantan Pickers & Kedai Kopi
Di bahagian belakang ni ada bilik yang menempatkan buku-buku lama/ilmiah tapi rasanya tak de siapa kot nak membaca tapi yang pasti lokasi cantik untuk bergambar sebagai kenangan.

Nak tahu lebih lanjut korang boleh jengah ke Facebook Kuantan Pickers & Kedai Kopi

2 comments:

  1. nyummmm tertelan ayaq liur tengok gambar. haha ^_^

    ReplyDelete
  2. Meriah menu breakfast dan minum petang Kak Fuzy.. Walaupun simple tapi semua nampak sedap..
    Thank you for sharing.. Bila ke Kuantan nanti boleh cari tempat ni..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!