-->

February 19, 2020

Tempah Penginapan Hotel Sentral Kuantan Dengan Traveloka

Memang kami memang kerap ke Pahang terutama ke Kuantan dan Pekan untuk appointment anak dan sesambil tu ambil peluang menginap semalam ala-ala percutian singkat gitu. Baru-baru ni (bulan Januari lepas) kami menginap di Hotel Sentral Kuantan yang ditempah melalui Traveloka. 

Memang seronok rupanya bercuti dalam negara ni dan banyak tempat-tempat menarik yang saya tak sempat jejaki dan apa yang pasti soal makanan tu kita tak perlu risau. Kalau dulu asyik travel atas urusan perniagaan...wahh macam business women pulak bunyi tu kan..haha. Sebenarnya urusan ke luar negara atas arahan pihak pejabat bukan suka-suka dan bukan bawa any family member pun tapi bawa diri dan dokumen untuk ikatan perniagaan. Kalau rajin boleh jengah kat Journey ada cerita jejak saya ke beberapa negara termasuk Malaysia tapi ada entri yang didraf kembali sebab ada gambar yang tetiba hilang dan gambar sewaktu belum berhijrah.  Mungkin ambil masa kot nak up balik sebab entri yang terkini pun ada banyak yang tertunggak...acaner tuu.

Dipendekkan cerita kita tak nak cerita pasal kisah lama tapi kisah percutian dalam negara sendiri dan nak kongsi apa yang kami buat kat Kuantan dalam beberapa entri selain penginapan pastinya tempat makan dan tempat yang kami kunjungi...so yang belum sempat di coretkan tunggu entri seterusnya.

Tempah Penginapan Hotel Sentral Kuantan Dengan Traveloka

Hotel Sentral ni terletak di 45, Jalan Besar, Kuantan sederet dengan Hotel Classic yang pernah kami inap beberapa tahun dulu.  Kedudukan hotel ni betul-betul berdepan dengan jalan besar dan lebih kurang 6 min ke Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, 11 min ke Kuantan Parade Mall dan antara tarikan lain adalah Menara Teruntum dan Pahang Art Museum. Apa yang lebih menarik, terdapat deretan kedai makan dan kedai kopi yang dibuka hingga lewat malam.

Tempah Penginapan Hotel Sentral Kuantan Dengan Traveloka
Kaunter daftar masuk yang luas dan tak serabut serta terang. Kalau datang dengan kumpulan yang besar pun tak pernah risau atau rimas dengan ruangan yang cukup selesa dan kemudahannya adalah sangat mesra buat orang kurang upaya.
Tempah Penginapan Hotel Sentral Kuantan Dengan Traveloka
Seperti biasa kami pilih bilik Triple yang berkeluasan 20 m²/215 ft² dengan 1 katil single dan 1 katil bersaiz queen untuk kami 4 orang.  Setiap bilik dilengkapi dengan wifi percuma, flat tv, mini fridge, cerek serta kopi dan teh.

Tempah Penginapan Hotel Sentral Kuantan Dengan Traveloka
Bilik yang cukup terang dengan dengan adanya tingkap di kiri dan kanan katil tapi apa yang best sebab tingkap panjang sampai ke lantai tapi pemandangan kalau waktu siang tak cantik la sebab nampak bumbung rumah kedai dan kalau waktu malam boleh nampak lampu padang MPK  yang terang benderang.  Untuk kategori bilik Triple ni memang tak mengadap sungai jadi tak de hal la bagi kami sebab bukan la kami nak duduk bilik saja kan.

Tempah Penginapan Hotel Sentral Kuantan Dengan Traveloka
Buka je pintu di sebelah kiri dah ada open wardrobe dan bersententangan pulak menghala ke bilik air yang simple tapi dengan saiz yang sangat selesa dengan pengering rambut antara yang terdapat di dalam bilik air ni.

Kami sampai hotel pun dah lebih kurang jam 3 petang dan badan pun sangat keletihan tapi masih sempat bersenang-senang atas tilam sebelum DH mengajak kami untuk minum petang. Haishh macam mana lak nak kurus kan bila berjalan jer kena makan dan makan.  Memang harus la dia lapar sebab kami makan nasi lemak pun masa singgah ke Eko Rimba Sg Pandan.

Tempah Penginapan Hotel Sentral Kuantan Dengan Traveloka

Selesai menikmati sarapan pagi di The Roof Terrace dengan pemandangan cantik Sungai Kuantan dan seperti biasa harus la ambil gambar kan bila perut dah kenyang. Menu sarapan pagi yang sangat standard seperti nasi goreng, mee goreng, bubur nasi, mee sup pun ada kalau tak silap, cereal, buah-buahan, kopi dan teh

Tempah Penginapan Hotel Sentral Kuantan Dengan Traveloka
cantik sunguh pemandangan pagi dan Sg Kuantan dari The Roof Terrace ni..cuma cuaca agak mendung dan kami sendiri kena bergerak awal untuk appointment, mungkin lain kali kami boleh tunggu lama untuk menikmati suasana tenang sambil menikmati sarapan pagi.
Tempah Penginapan Hotel Sentral Kuantan Dengan Traveloka
Check out time sesambil tunggu DH ambil kereta boleh la kami santai-santai di lobi hotel yang luas ni cuma yang paling tak boleh tolerate ialah bau busuk hancing di ruangan menunggu lif tu sejak hari kami daftar masuk, keluar ke bandar Kuantan dan waktu balik pun masih berbau.  Lupa pulak nak komen pada pihak hotel tapi memang kami puashati dengan lokasi dan bilik yang kami inap ni. Apa pun next trip ke Kuantan, kami cari hotel lain di kawasan yang sama tapi seharusnya dengan harga yang berbaloi.

psst...sebenarnya bilik hotel ni kami tempah melalui operator yang cukup popular tu tapi bila tengok kat Traveloka harga yang ditawarkan lebih murah dan pembayaran akan diambil pada hari daftar masuk..so kalau korang pasti akan ambil yang lebih murah untuk bilik yang sama.  Jadilah pengguna yang bijak dan berbelanja dengan cermat!

190120

3 comments:

  1. Cantik dan bersih biliknya. Boleh la check in sini kalau ke Kuantan.

    ReplyDelete
  2. menarik kak biliknya pun cantik nampak baru je... masalah betul bila bau hancing, ada yg kencing dalam lip ke apa tu yek kak... dana pun biasa kalau nk book hotel mana2 memang pakai traveloka

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!