Peluang Memenangi Gaji Seumur Hidup Nestlé

by - February 14, 2020

Nestlé Malaysia telah melancarkan peraduan terbesar dengan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencapai impian dan memenangi "gaji untuk seumur hidup" menerusi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dengan hanya membeli produk Nestlé bernilai RM15 dalam satu resit

Peluang Memenangi Gaji Seumur Hidup Nestlé


Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup ini menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memenangi Hadiah Utama berupa 'Gaji untuk Seumur Hidup' sebanyak RM3,000 setiap bulan, 10 pemenang Hadiah Sagu Hati bagi Gaji untuk Satu Tahun sebanyak RM3,000 setiap bulan serta hadiah wang tunai RM500 bagi 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan yang berlangsung selama 11 minggu. Jumlah keseluruhan wang tunai bagi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup melebihi RM4juta ini akan memberi manfaat kepada lebih 560 rakyat Malaysia.  Peraduan ini akan berlangsung bermula 14 Februari hingga 30 April 2020
Peluang Memenangi Gaji Seumur Hidup Nestlé

"Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas solingan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia keada Neste dan jenama-jenama Nestlé selama lebih 100 tahun dengan memberi rakyat Malaysia peluang seumur hidup untuk memenuhi impian mereka.  Peraduan ini adalah yang terbesar setakat ini di Malaysia dan iami memberikan peluang dengan semudah yang mungkin untuk pelanggan Nestlé memenangi "Gaji untuk Seumur Hidup" sebanyak RM3000 dengan hanya memberi produk Nestlé kegemaran mereka! " - Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad
Peluang Memenangi Gaji Seumur Hidup Nestlé
Peluang Memenangi Gaji Seumur Hidup Nestlé

Hanya dengan membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah, pengguna layak untuk mengemukakan satu penyertaaan melalui pos atau Whatsapp. Pelanggan Nestlé boleh memilih untuk membeli lebih 300 produk daripada 25 jenama Nestlé, dan menghantar seberapa banyak penyertaaan yang diingini. Lebih banyak penyertaan yang dikemukakan, lebih tinggi peluang untuk menang! Pengguna juga boleh membeli satu set MILO MAKAN KOMBO di McDonald’s bernilai RM19.90 untuk menyertai peraduan ini.

Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya hiper, kedai stesen minyak, kedai serbaneka dan juga platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee, di seluruh Malaysia yang mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian. Peruncit lain juga termasuk Qoo10, Lelong, Presto, Astro Go Shop, PGMall.

Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan butir-butir tentang cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan peluang sekali seumur hidup ini, sila layari laman https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup

You May Also Like

3 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!