20 Kematian Sehingga 25 Mac Akibat Covid19 | Sehingga artikel ini ditulis terdapat 20 kematian akibat pandemik Covid 19 di Malaysia yang mana rata-rata mereka yang meninggal berusia agak lanjut tapi mereka yang masih muda tidak seharusnya memandang remeh hingga tidak mengikut Perintah Kawalan Pergerakan yang telah di mulakan pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 dan kini Perdana Menteri TSMY telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.


KKM sedia mempertimbangkan penggunaan dua jenis ubat iaitu Avigan dan Fukaikan untuk merawat pesakit #COVIDー19 . Bagaimanapun, kajian perlu dilakukan kerana ubat dari China dan Jepun itu ada kesan sampingan - sumber KKM Putrajaya
20 Kematian Sehingga 25 Mac Akibat Covid19
Bila membaca di twitter tentang Covid-19 ni memang timbul satu rasa kegusaran bila peningkatan kematian ni semakin tinggi dan membimbangkan bila orang ramai tidak boleh keluar bekerja. Memang kalau tidak orang seronok nak cuti tapi dah dibagi cuti mereka rasa tertekan sebab tak boleh keluar rumah dan membuat aktiviti seperti berjogging, minum kopi bersama kawan, tak boleh ke cybercafe dan banyak lagi. Apa yang bagusnya aktiviti tidak bermoral pun terhenti tapi tak tahu la kot ada kelab malam yang masih dibuka secara sembunyi.

Sebanyak 20 kematian yang saya copy paste untuk pembaca yang mana tak ada twitter atau mungkin malas nak jengah twitter sebab memang terjebak. Walau kebanyakan kematian adalah dari jemaah Tabligh tapi tolong jangan salahkan mereka macam ada beberapa status memaki bangsa sendiri umpama mencerca agama sendiri..sedih sungguh. Perhimpunan Tabligh ni bermula pada 28 Februari dan berakhir pada 2 Mac 2020 dan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 19 Mac dan disahkan pandemik pada 11 Mac 2020.

20 Kematian Sehingga 25 Mac Akibat Covid19
Kematian ke-20 merupakan pesakit kes ke-780, lelaki warga tempatan berumur 76thn. Beliau hadir perhimpunan tabligh di Seri Petaling dan disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai jam 4.35pm, hari ini, 25 Mac.


Kematian ke-19 ialah kes 1,246, wanita tempatan berumur 68thn. Beliau dirawat di Hops Sultanah Nora Ismail pd 19 Mac dan neninggal dunia 25 Mac jam 12.53 pagi.




Kes kematian ke-18 adalah pesakit ke 1,625 lelaki warga tempatan berumur 56thn dan mempunyai penyakit kronik. Dirawat Hosp Sultan Ismail, Johor. Meninggal dunia 23 Mac 2020 jam 2am.


Kes kematian ke-17 (kes ke-1251) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik. Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020.



Kes kematian ke-16
kes ke-1334 merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latar belakang beberapa penyakit kronik. Beliau telah mula menunjukkan gejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Namun, beliau telah disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020 jam 7.40 malam. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dlm siasatan.



Kes kematian ke 15 merupakan kes ke 1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka. Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes 703) yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling. Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.



Kes kematian ke-14 merupakan kes ke-595 berumur 51 tahun perempuan warganegara Malaysia. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020




Kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1006 berumur 49 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan anak kepada kes ke-1031 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020




Kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1114 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di Hospital Kluang. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.



Kes kematian ke 11
kes ke-1070 merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari 2020. KKM juga dimaklumkan bahawa beliau merupakan Pengerusi surau kawasan setempat beliau. Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 18 Mac 2020. Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020 jam 9.05 malam.



Kes kematian ke-10 seorang lelaki berumur 74 tahun dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pd 13 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meninggal dunia pd jam 4.05pm pada 22 Mac 2020



Kes kematian ke-9 merupakan kes kematian pertama dlm kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negera Turki etelah keadaan kesihatan beliau merudum. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020. Kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague)



Kes kematian ke-8 melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020.Beliau dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya dan meninggal dunia 21 Mac 2020 jam 4pm.

Ada isu pasal pengkebumian kes ke 781 ni yang dijalankan oleh pihak kesihatan tapi oleh ahli keluarga. Tak dapat dipastikan kenapa dan mengapa. Apa pun memang merisaukan bila mereka yang menjalankan urusan pengebumian ini tidak arif berkenaan prosedur akan terjangkit dengan virus hingga menambah bilangan pesakit dan merebak. Semoga dijauhkan.








Kes kematian ke-6 pula melibatkan anak perempuan kes kematian kelima, seorang wanita warganegara Malaysia berumur 40 tahun yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 dan meninggal dunia 21 Mac 2020.



Kes kematian ke-5 adalah melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun warganegara Malaysia yang telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac 2020 dan meninggal dunia 18 Mac 2020.


Kes kematian ke-4 melibatkan kes ke-238, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun. Beliau adalah daripada kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac. Beliau diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020 jam 10.30pagi

Kes kematian ke-3 Lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 200 dengan mengalami simpton Severu Acute Respiratory Infection. Disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020
Kes kematian ke-2 melibatkan kes ke-358, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. Meninggal pada 17 Mac 2020

Kes kematian pertama kes ke-178, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 34 tahun. Beliau menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling dan disahkan meninggal pada 17 Mac 2020.

Salam takziah kepada semua keluarga mangsa pandemik dan harapnya bilangan kematian hanya kekal 20 orang dan buat orang ramai tolong la #StayAtHome supaya rantaian pandemik ini dapat terhapus.