Resepi Mango Cheese Cake Tanpa Bakar Mudah Dan Sedap | PKP ni memang buat ramai orang menjadi tukang masak, chef pastri yang hebat buat keluarga. Apa yang pasti bila anak-anak semua berkumpul, idea memasak tu mencurah-curah keluar dan hubby dan Ayong pulak sangat merelakan diri untuk ke kedai dan pasaraya untuk memenuhi permintaan the gurls untuk memasak dan mencuba pelbagai resepi. 

Kalau hari tu Cik Meya buat Classic Cheese Cake yang tak sempat di post resepi, semalam KY Amanda dan cikapplepie pulak membuat Mango Cheese Cake Tanpa Bakar Mudah Dan Sedap ala Kula Cakes yang kami makan hari tu kat Kula Cakes Kuantan.

Resepi Mango Cheese Cake Tanpa Bakar Mudah Dan Sedap

Jom tengok bahan dalam Resepi Mango Cheese Cake Tanpa Bakar Mudah Dan Sedap ni. Memang nampak macam renyah tapi mudah je sebenarnya dan yang penting ianya sedap terlajak!


Bahan-bahan
15 keping Biskut Marie, dihancurkan
80 g mentega Emborg
2 biji mangga masak, kalau dapat harummanis lagi sedap
Jus oren Sunquick
250 g Cream Cheese Tatura
Powdered Sugar
250 ml Whipping Cream Emborg
Gelatin powder
Susu segar
Gula biasa

Resepi Mango Cheese Cake Tanpa Bakar Mudah Dan Sedap

Cara membuatnya :-


Langkah 1 - bahagian bawah
Hancurkan biskut marie sehingga nampak seperti serbuk roti, campurkan dengan 80 g mentega yang telah dicairkan dan digaul hingga bersatu dan sebati. Masukkan ke dalam loyang, mampatkan dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.


Langkah 2 - Puri Mangga
  • Kupas 2 biji mangga masak dan potong dadu. 
  • Masukkan  3 sudu kordial oren Sunquick dicampur dengan secawan air putih.
  • Keluarkan ½ cawan jus tadi dan masukkan ke dalam pengisar bersama 1 ½ biji mangga yang telah dipotong dadu tadi.  Dikisar hingga halus.
  • Letak tepi ½ biji mangga yang di dadu tadi untuk kegunaan lain (langkah 3)

Langkah 3 - Lapisan kedua
Dalam mangkuk pertama, masukkan cream cheese dan ⅓ cawan gula biasa, digaul sehingga sebati. Gunakan ¼  cawan jus oren (lebihan jus dari langkah 2) dan digaul hingga sebati. Bila dah sebati, masukkan ½ cawan puri mangga dan kacau dengan spatula.
  • Dalam mangkuk berasingan, masukkan 1 cawan whipping cream dan 2 tbs powdered sugar di pukul menggunakan hand whisk hingga kembang. Kemudian masukkan bahan tersebut ke dalam mangkuk pertama dan gaul hingga sebati.
  • Masukkan ⅓ cawan susu segar dari peti sejuk ke dalam pan, 1 tbs serbuk gelatin dan kacau dengan api sederhana hingga gelatin mencair dan dicampurkan ke dalam mangkuk pertama dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan lebihan isi mangga yang dipotong dadu tadi hingga rata.
  • Keluarkan loyang yang berisi biskut dari peti sejuk tadi dan masukkan bahan lapisan kedua dan pastikan ianya rata.  Akhir sekali, sejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam. 

Korang boleh jer buat apa yang lain kot naik layan social media ke tiktok ke..sila lah.


Langkah ke 4 - lapisan atas
Campurkan lebihan puri mangga bersama 2 tbs gula di dalam mangkuk dan kacau hingga gula sebati bersama puri.

Masukkan ⅓ cawan air sejuk bersama 2 tbs gelatin di dalam pan dengan api sederhana. Masak hingga gelatin mencair.  Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang berisi puri dan kacau hingga sebati

Resepi Mango Cheese Cake Tanpa Bakar Mudah Dan Sedap

Keluarkan loyang dari peti sejuk dan tuangkan dengan cermat bahan sebagai lapisan atas kek.  Masukkan kembali ke dalam peti sejuk untuk semalaman atau sekurang-kurangnya 5 ke 6 jam.

Selamat mencuba!