Resepi Shepherd Pie Ayam Senang Dan Sedap Mengancam | Memang kat rumah ni ada 5 perempuan termasuk umi diaorang la. Masing-masing dah siap google, siap bagitau kat grup WA family nak masak apa walau sebenarnya list tu kena overtake dengan tukang masak yang lain...hehe.  Bab membeli serah pada  3 hero sebab diaorang ni selain jadi tukang pergi kedai, diaorang ni juga tukang makan terutama Ayong tu so dia redha dan rela ke kedai walau berkali-kali sehari janji adik-adik memasak sajian untuk bagi kenyang..hehe

Resepi Shepherd Pie Ayam Senang Dan Sedap Mengancam

Video ada tapi tak edit lagi tapi kot nak tengok video masakan yang lelain boleh la jengah dan sudilah jengah kat SINI

Bahan-bahan:-
½ kilo kentang, direbus
600 g daging ayam kisar
2 biji lobakmerah, dipotong dadu kecil
1 labu bawang besar (kuning), potong dadu kecil
1 sudu besar pasli kering atau daun parsli segar, dihiris halus
2 ulas bawang putih, dipotong dadu
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan semangkuk air
1 cawan stok daging (kalau ada)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu kecik worcestershire (kalau tak de pun ok)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil black pepper kisar
1 sudu besar minyak kelapa atau minyak zaitun

Cara membuatnya:-

Resepi Shepherd Pie Ayam Senang Dan Sedap Mengancam

  • Ubi kentang yang direbus tu dibuang kulit dan dilenyek. Macam mana korang nak lenyek tu terpulang la ya..janji tekstur tu jadi macam nak buat bergedil gitu.

Nak cuba resepi pie yang lain, baca SINI


  • Didalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang putih, bila dah kuning, masukkan ayam yang dipotong tu, dimasak dalam 10 minit atau hingga nampak putih. Masukkan lobak merah, cendawan, bawang besar, daun parsli, lada hitam, stok daging dan mentega dan bila dah agak masak, masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau jangan sampai berketul. Masak dalam 5 minit kemudian masukkan sos tomato, worcestershire dan kacau hingga mendidih dan letak sedikit garam

Nota : Saya guna minyak kelapa jenama Akasa sebab minyak kelapa Ayam Brand dah habis stok tapi kalau ada minyak zaitun sila la guna.


Resepi Shepherd Pie Ayam Senang Dan Sedap Mengancam

  • Sapukan butter di foil atau kalau dalam loyang kemudian bahan yang dimasak tu kemudian dilapisi dengan kentang lenyek, ulang letak bahan yang dimasak dan kentang lenyek.  Akhir sekali letakkan keju mozarella dan cedar.  Keju Mozarella ni lepas dimasak korang akan suka punya sebab ia akan berjurai bila ditarik fuhh sedapp
  • Panaskan ketuhar selama 5 minit dan kemudain masukkan loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit atau hingga masak.  Cucuk di bahagian tengah untuk pastikan bahagian dalam tu tak melekit. 


Resepi Shepherd Pie Ayam Senang Dan Sedap Mengancam
Tadaaaa...cantik sungguh kejadian bahagian atas pie ni sampai rasa tak sabar nak makan tapi relax...first let me take a picture of you..hehee

Resepi Shepherd Pie Ayam Senang Dan Sedap Mengancam

Dah siap kita potong dan makan la tak payah tunggu-tunggu lagi. Bon appetite!


Baca Juga : Untuk makan tengahari bolehlah cuba resepi tauhu bergedil ni