Syukur Dan Lega Bila Anak-Anak Ada Di Depan Mata Dalam Menghadapi Covid-19 | Hari ni adalah hari ke 11 PKP ke 2 dan kalau dicampur dengan PKP 1 bermakna sudah 25 hari kita terpaksa mengawal pergerakan kita. Semalam PM8 dah umumkan PKP 3 bermula 14 April hingga 28 April yang mana ramai yang tak terkejut malah saya sendiri pasti akan ada PKP 4 dan seterusnya sehingga pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh sahkan Malaysia benar-benar besar dari wabak COVID-19 ni yang entah bila agaknya.

Apa yang penting adalah kita kenalah ikuti perintah yang dah dikeluarkan supaya tiada kesinambungan dan sekaligus memutuskan rantaian wabak.

Corona virus yang melanda Wuhan China ni menjadi berita terpenting bila virus ni merebak ke semua negara termasuk Malaysia dan kematian yang mengejutkan cukup membuat semua orang gelisah.

Seperti yang disahkan pada 15 Mac 2020 ni buat orang ramai memandang pada kluster dari perhimpunan tabligh ni dan pelbagai tuduhan dilemparkan.  Kenapa lah kita ni cepat sungguh suka menunding jari tanpa mengetahui hal sebenar.  Nak tahu boleh tengok kat SINI


15 Mac 2020
Hantar KY ke TBS waktu pagi (bas 1056 kalau tak silap) walau masa tu ding dong ding dong la jugak dalam grup WA kuliah dia pasal kelas secara online la bla bla..hubby cakap tak payah balik ke tapi memang dia kena balik sebab ada exam dan dia pun selamat sampai ke Pekan petang tu. Risau berganda sebab dia naik bas yang kita tak tahu tahap kesihatan dan tak de lagi yang buat saringan waktu nak naik bas.  Kami tawakkal.

Selalu menghantar Cik Meya lepas lunch tu pun paling lewat tapi dek kerana nak dinner dan nak shot sunset, kami gerak dalam jam 3 petang dan kali ni kawan Cik Meys, si Mimi turut tumpang...so meriah la.  Singgah untuk early dinner kononnya kat My Place Cafe tapi tutup la pulak so end up kami singgah makan kat Warung Mee Kari Udang Lipan. Bersemangat hubby nak makan tapi diberitahu segala yang berkaitan dengan udang lipan tak de so kita makan apa yang ada.  Nanti up story kat EATERY na..sila jemput dulu walau entri kat draft lagi..hehe

16 Mac 2020
hubby cakap kita kena stand by untuk jemput KY dekat Pekan sebab situasi agak teruk, lepas tu kita ke Sabak Bernam ambil Cik Meya tapi kalau KY jadi balik dengan kawan dia then tak perlu nak rush. Ok standby.

17 Mac 2020
Lebih kurang jam 10 pagi KY confirmed balik dengan kawan yang akan turunkan dia di depan Zoo Negara dan Alhamdulillah dia selamat sampai dalam jam 2.30 petang dan memandangkan hubby kerja so tugasan jatuh pada umi la kan tapi ditemani cikapplepie.

Bila hubby pulang ke rumah dari kerja dalam jam 5.15 petang, dia cakap esok kita jemput cik Meya..well ok jer jadi peneman seperti biasa tapi dekat jam 6 petang sedang elok layan blog tetiba hubby masuk bilik dan cakap kita kena ke Sabak Bernam sekarang jugak.  Ahh mujur tak panik tau. Apa lagi terus off laptop, bersiap ala kadar,  KY yang masih kepenatan pun nak ikut sama dan cikapplepie mana boleh tinggal kan.  KC Iman tak nak ikut sebab tau kami akan sampai lewat dan dia kan intern dan 2 hero perlu ada di rumah untuk sebarang kemungkinan. Dalam perjalanan tu sempat hubby mengira supaya kami sampai dan bertolak dalam jangka waktu yang tidak melebihi tengah malam sebab tengah malam nanti kawalan akan berkuatkuasa tak nak terkandas kat highway..hehe

Dalam jam 9 lebih kami sampai kat rumah sewa cik Meya dan dia pun dah bersiap seperti yang disuruh walau nampak dia macam malas jer nak balik dan mujur dia nak balik sebab esok tu memang tak dibenarkan sesiapa pun bergerak keluar balik kampung atau balik ke bandar.

Dalam dok nak kejar masa sempat la juga hubby cakap ok kot kita singgah...heee jadi kami singgah  makan kat Warung My Place Cafe untuk makan malam.  Sunyi je dengan ada satu family tengah dinner. Nanti akan kongsi apa yang kami makan dan gambar waktu malam sambil menikmati hidangan kat sini.

Alhamdulillah betapa bersyukurnya bila semua anak-anak berkumpul dan perkara tak perlu rasa risau seperti mana ibubapa yang lain yang anak-anak mereka tak sempat balik antaranya anak buah yang belajar di Sabah tu sepatutnya pulang pada 18 Mac dan hanya tiket pada hari tu yang dia sempat dapat tapi dia tak bernasib baik sebab PKP dah berkuatkuasa dan terbatal semua perjalanan tapi ada yang degil jugak tu.



Bila ditambah PKP buat kali ke 3 ni memang buat ibu bapa rasa sedih memandangkan kita akan menyambut bulan puasa tak berapa lama lagi dan kalau ada ura-ura akan berlanjutan sehingga lepas Hari Raya Aidil Fitri. Pastinya sebak dan sedih terutama kakak dan keluarga sebab puteri bongsu tak dapat bersama raya nanti...apa lagi yang ibu bapa lain kan

Antara hal yang sibuk diperkatakan pastinya tiada bazar Ramadan tapi janganlah risau sebab e-bazar akan diadakan atau gerai pandu lalu.  Bukan apa yang peniaga risau sebab tiada bisnes dan yang orang ramai pulak rasa rugi tak dapat memilih makanan tapi pandanglah di sudut positif antaranya berkerjasama memasak, memasak makanan yang lebih berbaloi dan bonding antara keluarga.

Ada yang risau pasal tak boleh solat tarawih tapi solat tarawih tu bukan perkara wajib, cuma sunat dan boleh dibuat di rumah pun.  Pasal tak boleh solat di surau dan masjid dan juga dah 4 kali solat Jumaat tidak dapat dihadiri, jangan risau untuk keselamatan dan kesihatan kita kena akur tapi jangan la sebab tak boleh solat di surau dan masjid, kat rumah pun kita tak boleh buat pulak.

Berbalik pada anak-anak yang terkandas jauh dari ibu bapa memang kami rasa sayu dan kalaulah...kalaulah rumah kami ni yang besar dengan bilik tambahan dan kami punya sumber kewangan yang mampu membantu anak-anak ni, ingin rasanya untuk izinkan mereka tinggal bersama tapi tetap ada masalahnya kerana bukan mahram.  

Buat ibu bapa dan anak-anak yang terpisah dengan PKP ni semoga tabah dan bersabar ya. Apa pun pasti pihak kerajaan akan mencari penyelesaian untuk anak-anak ni pulang seperti mana mereka yang belajar di luar negara ni pulang yang mungkin kuarantin 14 hari boleh diguna pakai untuk mereka ni juga.