Resepi Nasi Lemak Sedap Dengan 4 Sambal Pemikat Selera | Siapa yang sama bila makan nasi lemak harus ada lebih dari 2 jenis sambal? Mungkin ramai tapi apa yang saya nak kongsi ni bukan macam kita makan kat kedai, letak sambal ikan bilis, sambal sotong, sambal kerang dengan rendang kerang lagi sampai membubun jadinya..harga? sendiri kena ingat la ya.

3 Sambal Wajib Ada Rahsia Nasi Lemak Sedap Dan Menyelerakan

Tu kisah kat kedai atau gerai nasi lemak tapi kat rumah saya kalau hari yang menunya nasi lemak wajib ada sekurang-kurangnya 3 sambal, kalau ada yang sama macam saya tu kita boleh geng!.  Tapi baru-baru ni dek kerana rindu nak makan sambal tempoyak dengan nasi lemak maka jadilah 4 sambal..hehe pelik eh? tak tapi tau tak kalau makan nasi lemak dengan sambal tempoyak rasanya memang heaven sebab sambal tempoyak tu lemak campur lemak nasi lemak...haishh makin berlemak.

Jujurnya memang seronok melayan anak dan keluarga walau renyahnya memang meletihkan tapi bila tengok anak-anak dan hubby makan memang bahagia sangat. Apa pun 3 sambal yang mesti ada pastinya Sambal Sotong atau Sambal Udang sebagai sambal utama, Sambal Mentah yang saya pelajari dari keluarga mertua yang berasal dari Kedah dan Sambal Kelapa kesukaan Angah Ammar dan Sambal Tempoyak mentah yang dibuat oleh bonda dulu.  Sambal kelapa dan sambal tempoyak ni memang gandingan nasi lemak yang unik, berlemak dan sangat sedap! Tak percaya? cuba lah nanti
  1. Resepi Sambal Sotong
  2. Resepi Sambal Udang 
  3. Resepi Sambal Ikan Bilis
  4. Resepi Sambal Mentah
  5. Resepi Sambal Kelapa
  6. Resepi Sambal Tempoyak
Nak resepi rendang kerang, baca SINI atau sambal tempoyak tumis dengan ikan bilis, baca SINI

Resepi Nasi Lemak Istimewa Bonda

3 Sambal Wajib Ada Rahsia Nasi Lemak Sedap Dan Menyelerakan

Bahan-bahan untuk nasi lemak
4 pot beras, dibasuh
2 inci halia, dihiris
1 sudu halba  (kalau suka yang akan mewangikan nasi)
1 sudu lada hitam (kalau suka yang akan mewangikan nasi)
1 batang serai, diketuk (optional)
2 helai daun pandan, dibasuh dan disimpul
200ml santan kelapa Ayam Brand
Garam secukup rasa

Lauk Tambahan:-
Kangkung dibersihkan, dopotong dan dicelur
Ikan jeruk Tenggiri, digoreng dan taburkan bawang semasa digoreng
Ikan bilis goreng,
Timun, dihiris
Kacang Goreng


Cara memasak nasi lemak versi saya:
  • Beras yang telah dibasuh, direndam dengan air dalam 1/2 jam  dan kemudian ditoskan. Saya merendam beras (dalam 1 jam) supaya beras akan kembang dan lebih cepat dimasak, tidak mentah dan butir beras akan masak cantik.
  • Santan kelapa dicampur air dan direnih dengan api sederhana tapi jangan sampai pecah minyak. Bila mendidih tu tutup api dan biarkan sejuk sekejap
  • Tuangkan santan ke dalam periuk yang berisi beras, masukkan halia, halba, serai dan daun pandan yang diikat dan lada hitam serta sedikit garam dan di masak seperti biasa.  Dah masak boleh la dihidangkan
Bagi yang memasak nasi di dalam periuk di atas dapur pastikan korang membalikkan nasi dan pandai kawal api dan bagi yang menggunakan rice cooker pun kena balikkan nasi supaya santan tu berpalut rata tapi pastikan santan tu dah sejuk sebelum sius rice cooker dihidupkan.

3 Sambal Wajib Ada Rahsia Nasi Lemak Sedap Menyelerakan

Awal tadi dah kata kalau menu nasi lemak memang wajib ada sekurang-kurangnya 3 sambal iaitu Sambal Biasa (Sotong atau Udang), Sambal Mentah dan Sambal Kelapa. 

Resepi Sambal Sotong Kering

3 Sambal Wajib Ada Rahsia Nasi Lemak Sedap Dan Menyelerakan
Bahan-bahan:-
10 keping sotong kering
10 tangkai cili kering **
2 labu bawang besar **
3 ulas bawang putih **
1 inci halia **
2 keping asam gelugur / air asam jawa
sedikit gula / gula melaka (kalau suka)
garam secukup rasa

** bahan untuk dikisar dengan sedikit air

Cara membuatnya:-
  • Sotong yang telah direndam dalam kapur  (dalam 8 jam), dibuang air rendaman dan direbus dengan air panas kemudian ditoskan dan kemudian di cuci bersih dengan membuang tulang, gigi dan lendir. Potong ikut saiz yang diingini.
  • Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan masukkan bawang besar yang dipotong dadu serta asam keping
  • Masukkan sedikit gula/gula merah (kalau suka dan untuk mengurangkan rasa pedas)
  • Masukkan sotong yang telah dipotong dan digaul hingga sebati.  Biarkan ia masak dalam 15 minit dengan api sederhana
  • Akhir sekali, tutup api dan masukkan garam secukup rasa.
Nota :- Kapur untuk merendam sotong selalunya akan diberikan oleh pekedai.

Resepi Sambal Udang

3 Sambal Wajib Ada Rahsia Nasi Lemak Sedap Dan Menyelerakan
Bahan-bahan:-
Udang  ikut suka banyak mana, basuh bersih, buang kepala and bahagian ekor sikit
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 keping asam jawa / 1 sudu kecil asam jawa paste.
½ inci belacan (kalau tak letak pun ok)
5 sudu cili kisar
1 labu bawang besar, dimayang
sedikit gula kabung (optional)
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:-

  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk hingga kekuningan dan naikk bau
  • Masukkan cili kisar dan dimasak hingga betul-betul pecah minya kemudian masukkan gula.  Gula ini akan membuatkan sambal nampak merah dan cantik
  • Masukkan asam keping dan belacan (belacan dibancuh dalam mangkuk berisi air) tapi kalau tak suka letak belacan kerana alergi atau tak suka, tak perlu masukkan. 
  • Bila sambal dah nampak masak, masukkan udang dan petai (kalau letak petai) serta bawang besar, dikacau dengan api sederhana. Bila udang sudah bertukar warna dan boleh padamkan api.  Perasakan dengan garam dan siap.


Cara membuatnya:-
  • Tumbuk cili kering bersama belacan serta asam jawa hingga lumat. Masukkan garam dan bawang merah, tumbuk bawang jangan terlalu lumat.
Nota : saya menggunakan asam jawa buatan kakak ipar yang kering dan tiada biji.  Kalau guna asam jawa yang dibeli, guna dalam 2 sudu sudah mencukupi


Resepi Sambal Mentah

3 Sambal Wajib Ada Rahsia Nasi Lemak Sedap Dan Menyelerakan
Bahan-bahan:-
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih (optional)
¼ inci belacan
sedikit asam jawa

Cara membuatnya:-
  • Tumbuk cili kering bersama belacan serta asam jawa hingga lumat. Masukkan garam dan bawang merah, tumbuk bawang kasar-kasar dan  jangan terlalu lumat.
Nota : asam jawa yang digunakan adalah asam jawa yang dibuat oleh kakak ipar, dipetik, dibersihkan, dibuang biji dan digaul dengan garam kasar sebelum dijemur..  Kalau guna asam jawa yang dibeli, guna dalam 2 sudu sudah mencukupi


Resepi Sambal Kelapa

3 Sambal Wajib Ada Rahsia Nasi Lemak Sedap Dan Menyelerakan
Bahan-bahan:-
10 batang cili kering, dibuang biji
½ inci belacan - kalau tak bubuh pun tak pe
5 biji cili api
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Asam Jawa atau Cuka

Cara membuatnya:-
  • Semua bahan ni ditumbuk hingga lumat, kemudian masukkan kelapa dan ditumbuk hingga cili yang ditumbuk tu rata.  Masukkan bawang merah, bawang putih dan tumbuk jangan sampai hancur. Masukkan kedalam bekas dan percikkan sedikit cuka, gaul dan sedia untuk dimakan bersama nasi panas. 

Resepi Sambal Tempoyak

3 Sambal Wajib Ada Rahsia Nasi Lemak Sedap Dan Menyelerakan
pix credit Google sebabnya gambar sambal buatan sendiri tak tahu letak mana, nanti kalau jumpa akan ditukar

Bahan-bahan:-
4 biji cili merah
3 tangkai cili padi
2½ sudu Tempoyak (durian yang diperam)
sedikit gula
garam secukup rasa

Cara membuatnya:-
  • Tumbuk cili merah bersama cili padi hingga lumat, kemudian masukkan tempoyak dan tumbuk dengan cara melenyek supaya tempoyak tu sebati.  Kalau tumbuk nanti takut terpercik.  Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Selamat mencuba!