Resepi Cauliflower Soup Dengan Roti Bakar Yang Sedap Juga Baik Untuk Yang Berdiet | Cauliflower soup atau sup kobis bunga ni memang sup kegemaran saya sejak bekerja di syarikat pembinaan STAR LRT pada tahun 1995 yang kini dikenali sebagai LRT Ampang Line dan pejabat dulu terletak di Ampang Point yang memang kawasan yang dipenuhi dengan expatriate. Bila ramai expatriate ni pastilah kedai makan pun semuanya yang ala western ikut selera mat saleh kan.  Selain dari kedai kek untuk birthday staff pastinya kek aiskrim Baskin Robbins, ada Subway, pandai makan pretzel kat kedai kat tingkat 2 tapi masa tu Auntie Anne's tak wujud lagi la kat situ. Ahh rindunya kat kenangan dulu!

Resepi Mudah Cauliflower Soup Dengan Roti Bakar Yang Mengenyangkan Baik Untuk Yang Berdiet

Di pejabat tu saya satu-satunya perempuan Melayu dan berkawan Johari (kacukan Melayu Inggeris) yang tak gemar ikut boss walau boss ni memang suka mengajak tapi dek kerana Johari memang saya akan mengelak sebabnya Johari ni anti boss jugak.  Maklumlah lelaki sama lelaki kan..haha.  Erwin Emil Grúninger 'the boss' ni memang suka mengajak kami makan sekali tapi kalau setiap hari ni kan alahai mana ada privacy kan..haha.  

Lokasi makan semestinya di dalam Ampang Point kemudian akan singgah untuk minum kopi di Backofen kepunyaan Amy..haa kat sinilah pertama kali saya merasa cauliflower soup dan bila tanya pada Amy..just come to my shop...hampeh kan tapi kalau ada sekalipun memang saya bukan pandai memasak dan teringin nak memasak sangat pun cuma sekarang sejak tekak ni dah jemu dengan masakan orang lain tu yang rajin kongsi resepi tu.

Tapi kalau saya rajin, saya akan call salah seorang expatriate terutama Rolf untuk pinjam kereta dan bergaya memandu ke lokasi makan jauh sikit dari ofis..hebat kan. Ehh panjang pulak cerita kan walhal nak bagi resepi cauliflower soup jer pun yang sangat mudah dan sedap giler.


Bahan-bahan:-
bunga kobis (cauliflower)
4 batang celery, dipotong 2 inci
2 batang leek, dipotong 2 inci
1½ labu bawang kuning, di potong
3 ulas bawang putih
daun english parsley (optional)
whipping cream Anchor (brand lain pun ok)
1 sudu lada hitam, ditumbuk kasar
air rebusan daging atau ayam (chicken/meat broth)
Minyak zaitun (kalau minyak kelapa pun ok)
serbuk buah pala (optional)
2 sudu perahan lemon
Garam secukup rasa

Resepi Mudah Cauliflower Soup Dengan Roti Bakar Yang Mengenyangkan Baik Untuk Yang Berdiet

Cara membuatnya:-

  • Bunga kobis dipotong kecil dan dibasuh.  Ada 2 cara untuk melembutkan bunga kobis sebelum dikisar.

Cara 1 : Bunga kobis direbus bersama celery, bawang kuning, bawang putih dan english parsley.  Bila dah nampak lembut, padam api dan biarkan sejuk..

Cara 2 : Panaskan oven ke 200C/180C dan masukkan bunga kobis, bawang kuning, celery dna bawang putih kedalam bekas, tabur sedikit garam dan bakar dalam 20 minit atau hingga kelihatan kekuningan. Dengan cara membakar akan memberi aroma yang lebih sedap sebenarnya

  • Bila bahan yang direbus/dibakar tu dah sejuk, masukkan kedalam pengisar dan kisar hingga halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi hingga mendidih.  Masukkan air rebusan ayam dan masukkan whipping cream, lada hitam dan serbuk buah pala (optional) dan perahan lemon.  
  • Kacau dengan api perlahan dan bila dah nampak pekat, padam api dan masukkan garam secukup rasa.  Sedia untuk dihidangkan

Baca SINI untuk caulflower soup tanpa whipping cream

Untuk roti tu beli jer french bread tu dan potong serong. Sapukan butter dan serbuk parsley dan bakar dalam 10 minit.  Kalau suka boleh potong kecil macam croutons, masukkan dalam soup dan terus kunyah tak pun buat jer macam dalam gambar tu.   


Masa PKP ni memang banyak benda dan bahan habis atau stok tak sampai jadinya kali ni saya tak masukkan leek walau bagi saya leek la penyedap soup ni.

Sebenarnya masukkan salah satu antara buah pala atau perahan lemon sebab kedua-duanya akan memberikan rasa masam tapi buah pala akan memekatkan kuah.

Resepi ni saya improvice ikut selera dan tastebud saya jadi tak la ikut resepi asal yang saya sendiri pun tak tahu mana satu yang asal..hehe

Selamat mencuba!