Resepi Pumpkin Soup Dengan Croutons Mudah Dan Berkhasiat

by - May 21, 2020

Resepi Pumpkin Soup Dengan Croutons Yang Mudah Sedap Dan Berkhasiat  | Bila tiba bulan puasa ni tekak dah rasa penat makan makanan Melayu hahaa. sebenarnya dah lama nak buat pumpkin soup ni tapi asyik tak kesampaian sebabnya kalau beli labu mesti buat sayur lemak putih labu dengan telur, jauh sekali nak buat lepat labu apatah lagi nak buat cekodok labu walau kesemua tu saya dah pernah makan bukan sekali.  Cuba bayangkan nak buat pumpkin soup untuk jadi kuah lauk tengahhari...tak logik kan..haha.


Resepi Pumpkin Soup Dengan Croutons Yang Mudah Sedap Dan Berkhasiat 


Ok tak payah nak bebel panjang tapi akhirnya saya buat juga pumpkin soup ni tanpa toleh belakang sebab masak berbuka semalam tu ada sayur berkuah untuk cik abang yang pastinya kurang minat dengan pumpkin soup apatah lagi labu ni tapi kalau cerita labu labi memang dia sukaa.

Nak mudah boleh jer jengah channel saya untuk tengok betapa mudahnya resepi pumpkin soup ni



Boleh tengok di youtube channel klik SINI sangat mudah dan sedap jer Resepi Pumpkin Soup Mudah Sedap Dan Berkhasiat yang pasti akan menjadi kegemaran semua ahli keluarga

Resepi Pumpkin Soup Dengan Croutons Yang Mudah Sedap Dan Berkhasiat 

Resepi Pumpkin Soup Dengan Croutons Yang Mudah Sedap Dan Berkhasiat 

Bahan-bahan:-
1/2 biji labu saiz kecik
1 biji kentang, dipotong
1 biji bawang kuning (holland), dihiris
2 ulas bawang putih
1 kiub pati ayam
1 sudu lada hitam, dikisar
1 sudu paprika
sedikit serbuk buah pala (kalau ada)
200 ml cooking cream
stok ayam atau daging (kalau ada)
garam secukup rasa

Nota : Kalau tak ada cooking cream boleh guna santan kotak dan memangkan saya kehabisan serbuk buah pala jadinya soup saya kurang kick tapi masih sedap dan licin.


Cara membuatnya:

  1. Labu dikupas dan dipotong dadu, kentang dikupas, dipotong kecil, bawang kuning dihiris dan direnih bersama dengan bawang putih
  2. Bila kesemuanya sudah lembut, keluarkan dan kisar dalam blender (biar sejuk sikit sebelum di kisar sampai halus)
  3. Masukkan minyak zaitun ke dalam periuk dan masukkan bahan yang dikisar dengan 1/2 cawan air serta kiub ayam. Biarkan ia masak dan masukkan paprika dan lada hitam, dikacau supaya ianya sebati
  4. Masukkan cooking cream dan kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
  5. Hidangkan dengan kepingan roti (croutons) dan sedia dimakan.


Selamat mencuba

Resepi Pumpkin Soup Dengan Croutons Yang Mudah Sedap Dan Berkhasiat
pix kredit Google

Cara membuat crouton

Bahan-bahan:-
Beberapa keping roti, dipotong kecil
sedikit minyak zaitun atau mentega dicairkan
garam secukup rasa
bawang putih dipotong dadu
1 sudu herba (oregano, basil atau daun thyme atau keju parmesan halus)

Cara membuatnya:-

  • Potong roti dalam saiz ½ inci  atau ¼ inci, digaul dengan mentega, herba, bawang putih dan garam.  Dibakar dalam 190C selama 5 minit 
atau
  • Panaskan kuali dengan minyak zaitun dan masukkan roti yang telah digaul mentega, herba, bawang putih dan garam dan goreng potongan kecil roti hingga garing.
Selamat mencuba

You May Also Like

1 Comments

  1. Thanks for your sharing 😊 İ'll waiting my blog 😊

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!