Mango Cheesecake Famous Di Kula Cakes Kuantan Memang Sedap

by - September 03, 2020

Mango Cheesecake Famous Di Kula Cakes Kuantan Memang Sedap | Mesti pelikkan orang Kuala Lumpur datang ke Kuantan makan di Kula Cakes Kuantan! hehe ni laantara aktiviti kami kalau ke Kuantan selain berehat kita JJCM juga kerana perut diisi.  Kalau di Kuala Lumpur kafe hipster ni memang banyak tapi selalu penuh jadinya bila ke Kuantan, kita ke kafe hipster yang tidak terlalu penuh dan Kula Cakes adalah antara kafe yang kami singgah untuk menikmati hi-tea dan hotel pun kami masih menginap di Hotel Sentral.

Mango Cheesecake Famous Di Kula Cakes Kuantan Memang Sedap


Pertama kali kami ke Kula Cakes dalam awal tahun sebelum PKP dan baru-baru ni kami ke Kuantan lagi tapi tak dapat nikmati dessert kesukaan KY dan cikapplepie kat situ sebab nampak pelanggan agak ramai beratur untuk masuk sebab PKP masih berkuatkuasa kan. Bagi en hubby dia craving steamed bun sedap di Kuantan Pickers Dan Kedai Kopi tapi bila dijengah macam tutup jadinya kami minum petang di Kopi & Teh.


Jadinya KY dan cikapplepie hanya tapau Mango Cheesecake dan Brownie yang menjadi kesukaan cikapplepie. Tapi mango cheesecake kali ni agak lain sebab bahagian atas tu adalah kepingan mangga tapi rasa mango cheesecake tu tetap sedap dan untuk brownie pula tiada hot chocolate mungkin sebab takeaway.  


Brownie yang disiram dengan hot chocolate yang panas ni memang cukup sedap dan dapat pulak menikmati Mango cheesecake yang diwar-warkan sedap tu memang sedap.  Memang sangat recommended sebab sangat mouth watering! Citarasa kita tak sama kan tapi sekarang ni kalau kami nak Mango cheesecake sedap di Kuala Lumpur ni kami order saja dari semaneesbites fresh dari oven

Selain Mango Cheesecake ni katanya Nutella Pavlova,  Red Velvet, Crème Brulee, di sini pun sedap mungkin dah jemu dengan Mango cheesecake baru kami cuba kot.


Waktu kami sampai tu tak ramai orang jadi dapat pilih tempat duduk yang berlatarbelakangkan lukisan.  Sempat juga kami berposing di kawasan rimbunan pokok yang menjalar tu . Memang cantik dan terasa sejuk je.



Memang menarik ruang makan terbuka Kula Cakes Kuantan ni penuh dengan kehijauan dan terbuka serta memang seronok bersantai kat sini dan ambil gambar banyak-banyak sambil menikmati cake dan kopi.. 



Kula Cakes Kuantan terletak betul-betul dihadapan Mercu Teruntum dan Taman Rekreasi Teruntum dan bersebelahan Sungai Kuantan jadi tak susah nak cari pun tapi kalau yang pertama kali memang boleh tersasar jadi sebaiknya Google atau Waze dan berkenaan parking pulak memang agak terhad.




Alamat : 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi:
Selasa-Khamis: 1 tengahhari - 9 malam
Jumaat-Sabtu: 1 tengahari - 10 malam
Ahad: 11 pagi - 7 malam

FACEBOOK
https://www.facebook.com/Kula-Cakes

INSTAGRAM
www.instagram.com/kulacakes

You May Also Like

8 Comments

  1. Replies
    1. mmg sedap Tiara...tu yang anak2 asyik dok repeat bila ke sana tu tapi bila kat rumah, si kakak tu buat sendiri jer untuk dijual dan umi diaorg tukang makan..hehee

      Delete
  2. Sedap betul! Lama betul kita tak gi kula cake ni. Kena gi nnti ni 🌸🎂

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg terbaik rasa mango cheesecake diaorg tu...yg tak larat tu sbb PKP kena beratur dan masuk pun x boleh ramai

      Delete
  3. Moga saya dapat cuba rasa satu hati nanti. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ke Cameron Highlands kan cer apa kata next trip ke Kuantan pulak..menginap kat area Jalan Besar

      Delete
  4. Sedapnya kuenya??? Moga suatu hari nanti saya bisa singgah di mari,di cafe kuantan Malaysia ini. Amin

    ReplyDelete
  5. bila lah nak merasa kek mangga yang terkenal di kula cakes nih

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!