Makanan Sedap Penanggah Taman Warisan Pelengkap Jalan-Jalan Cari Makan Di Putrajaya | Taman Warisan Pertanian (TWP) yang terletak di Presint 16, Putrajaya antara lokasi perlancongan yang cukup menarik sepertimana lokasi lain di Putrajaya. Taman yang berkeluaan 35 ekar ini memaparkan atau living museum bagi tanaman komersil negara seperti pokok getah, pkok kelapa sawit, kopi, teh, koko, buah-buahan tempatan,herba dan rempah ratus untuk anda, anak-anak dan seluruh rakyat Malaysia kenali.

Sekiranya anda mengunjungi ke Taman Warisan Pertanian (TWP), jom singgah makan di Penanggah, medan selera yang terletak di TWP dengan pilihan makanan warisan yang cukup sedap dan menggiurkan. 

Terdapat pelbagai masakan panas seperti Tomyam, Nasi Campur, Ikan Bakar & Bawal Sempoi, Asam Pedas, Daging salai Masak Lemak dan sajian dari Pantai Timur yang boleh anda nikmati setiap hari. Selain itu, dua menu wajib yang cukup sinonim di Penanggah dan cukup kita gemari adalah Satay Kajang Haji Samuri dan Roti John Unan.  Sememangnya kedua-dua sajian ini menjadi pilihan dan antara tarikan di Penanggah.

Bila sebut Roti John Unan ramai tidak mengenalinya tapi Roti John Unan ni memang pioneer dan rasa roti john ini sedapnya sangat berbeza dari yang biasa kita makan.


Tak perlu diperkenalkan lagi Satay Kajang Haji Samuri yang sentiasa menjadi kegemaran ramai setiap masa dengan rasa satay yang sedap.  


Nasi goreng disajikan dengan ikan rebus yang pasti memikat, Nasi Ayam dengan taugeh memang pasangan yang cukup terbaik, nasi putih dengan ikan bakar yang sememangnya menjadi makanan tradisi rakyat Malaysia, Nasi Ayam Penyet dan Bakso yang juga telah menjadi antara makanan pilihan ramai.



Nasi Beriyani Daging yang 'must try' di cuba ni memang sangat disyorkan tanpa perlu pergi jauh hingga ke Johor untuk merasai nasi beriyani atau mana-mana nasi beriyani yang dikatakan sedap tu. 


Sizzling mee dengan gearbox ni memang wajar dicuba, cukup menarik dengan rasa daging yang cukup lembut. Laksa Nyonya dan Kuewtiau goreng disajikan dengan telur itik buat peminat mee


Sajian Sedap Di Penanggah Taman Warisan Pelengkap Jalan-Jalan Cari Makan Di Putrajaya

Pilihan minuman di Hauz Warisan seperti Air Kelapa Botak, Milo Cincau, Sirap Bandung Soda Cincau, Teh Dangdut, Teh 3 Lapis, Air Detoks dan Milk Shakes dan jangan lupa untuk cuba waffle 

"Medan Selera Penanggah sudah beroperasi sejak 1 Februari 2020 yang lalu.  Sebelum ini Penanggah ditutup buat sementara bagi kerja-kerja pembaikkan dan naik taraf fasiliti-fasiliti.  Tapi kali ini kami kembali dengan konsep baru dan gerai-gerai baru. Penanggah ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam (Isnin hingga Ahad)" - Encik Shabir Othman

Menarik sungguh bila Medan Selera yang terletak di Taman Warisan Pertanian di Putrajaya dinamakan Penanggah yang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu apabila mengadakan majlis kenduri kahwin, pasti ada penanggah yang membantu memasak mahupun membantu melayan tetamu. Apa yang pasti Penanggah Taman Warisan adalah pelengkap jalan-jalan cari makan di Putrajaya.

Selain dapat menikmati makanan warisan yang lazat ni, pengunjung berpeluang menikmati hiburan 'buskers' di hujung minggu yang bersiaran seawal jam 6 petang pada setiap hari Jumaat hingga Ahad. 

Untuk mendapat perkembangan terkini dan promosi menarik yang akan dibuat boleh layari Facebook Penanggah


Mengenai Putrajaya Catering Services

Putrajaya Catering Services (PCS) adalah satu dari tiga unit perniaggan utama Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd (Co-X).  Dari acara berskala kecil kepada jamuan mewah, Putrajaya Catering Services (PCS) menawarkan perkhidmatan katering yang ekslusif dengan beberapa hidangan lazat seperti hidangan tradisional Melayu, Makanan Barat, Makanan SlAa Cina dan Makanan Vegetarian.

Tidak kira jika bajet and kecil ataupun besar, kami boleh menyediakan menu untuk tetamu anda yang pasti akan disukai.  Makanan kami datang dari bahan yang segar dan kumpulam kulinari kami komited dalam menyediakan hidangan yang pasti membuatkan anda kagum.

Selain menyediakan perkhidmatan katering yan ekslusif, PCS juga menguruskan tiga outlet maknana iaitu Restoran Pot & Pan, Restoran Putrajaya Seafood (PSR) dan juga Grab & Go.