Cermin Mata Murah Siap 1 Jam Dari Kedai Cermin Mata Viral No 1 Malaysia | Puashati! Memang dah lama hasrat nak membuat cermin mata anti silau tapi asyik tertangguh selain kekangan masa dan bajet asyik tersasar. Memang stress bila memandu di waktu malam terpaksa menahan silau dari lampu kereta di belakang mahupun di depan malah kekerapan mengadap komputer dan telefon pintar pun antara punca kadar silau mata makin bertambah.  Ya ! memang perlu sangat cermin mata anti silau yang bagus untuk memberi pandangan yang lebih jelas!


Waktu berborak dengan seorang sahabat tempohhari, dia syorkan saya dapatkan kanta anti silau Alpha Blue 420 di Eye Pro Vision, kedai cermin mata viral yang terletak di Sungei Wang Plaza. Menurut dia, saya pasti akan mengakui servis terbaik kedai cermin mata viral no 1 Malaysia tu dan berbaloi dengan harga cermin mata murah.


Semestinya kena tanya en Google, memang banyak review positif tentang kedai cermin mata viral ni jadinya saya pun buat keputusan untuk terus terjah keesokkan harinya. Memang agak pening la juga sebab bila sampai di tingkat 1 ni, memang kiri kanan kedai cermin mata, jadi kalau ada yang nak datang tu sila tengok alamat dengan betul ya.


Seperti biasa sejak pandemik Covid-19 dan dalam PKP ni memang kena semua pengunjung harus daftar melalui aplikasi My Sejahtera atau tulis butiran di dalam buku log dan ambil suhu untuk rekod. Mujur waktu saya ke sana tu awal dan waktu PKP jadinya memang tak perlu bersesak dan beratur sebab kata sahabat saya, dia terpaksa beratur dan tunggu giliran untuk masuk ke kedai sebab ramai yang berkunjung, yalah...kedai cermin mata viral kan.


 Cermin Mata Viral Murah Dan Berkualiti Siap Dalam  1 Jam

Sesi Pemeriksaan Dan Perundingan 

 Cermin Mata Viral Murah Dan Berkualiti Siap Dalam  1 Jam

Saya disapa pembantu kedai yang peramah dan seterusnya membuat pemeriksaan mata. Umum tahu ini adalah antara perkara wajib bila ke kedai mata, mesin akan mencetak kadar penglihatan samada mata kita rabun atau hanya silau.

 Cermin Mata Viral Murah Dan Berkualiti Siap Dalam  1 Jam

Kalau tadi guna mesin, sesi kenalpasti tahap penglihatan mata dan ni pun antara yang buat saya rasa risau. Sesi ni dah macam budak sekolah rendah nak kenal huruf pun ada..hehee

 Cermin Mata Viral Murah Dan Berkualiti Siap Dalam  1 Jam

Selesai sesi pemeriksaan, William menerangkan hasil keputusan pemeriksaan mata dengan amat santai. Memang peramah sungguh tuan kedai yang masih muda ni dan penerangan yang cukup professional.  dan punya pengalaman dan pendedahan luas dalam bidang kesihatan mata ni.

Nampaknya tahap kesilauan mata saya memang dah makin tinggi dan bila dengar mengenai kebarangkalian orang ramai mendapat masalah katarak dan glaukoma memang seram dan risau. Memang teruja tengok William membuat demo perbezaan kanta Multi Coated dengan kanta Alpha Blue 420 yang sangat ketara dan sememangnya bagus kerana kanta Alpha Blue 420 ini mampu melindungi mata dari terdedah secara langsung dengan cahaya kenderaan sewaktu memandu serta memberikan pandangan lebih jelas. Bagi anda dan saya yang kerap menggunakan telefon pintar ni memang wajar menggunakan cermin mata dengan Alpha Blue 420 ini untuk melindungi mata. Jadi sekiranya anda ingin membuat cermin mata, boleh datang terus ke Eye Pro Vision, kedai cermin mata viral ni.


Kebaikan Kanta Alpha Blue 420

Alpha Blue 420 ni memang sesuai dan khas untuk menahan silau mata bila memandu di malam hari, mengnyahkan silau dari lampu LED kereta, baik untuk kesihatan mata bagi mereka yang kerjanya memang mengadapa komputer mahupun pengguna telefon pintar tegar macam semua orang.  Kanta Alpha Blue 420 ni adalah 100% uv420 dan silau memang tak tembus sebabnya ada 12 lapisan coating tahan silau tapi cermin mata anda tu tak la nampak tebal macam yang pernah kita tengok dulu-dulu tu.



 Cermin Mata Viral Murah Dan Berkualiti Siap Dalam  1 Jam

Selesai bab pemeriksaan dan dapat pengetahuan tentang mata, bab memilih bingkai cermin mata pulak buat saya payah nak buat keputusan.  Bayangkan ada 2000 pilihan rekabentuk bingkai dengan harga serendah RM65 tu memang buat saya rambang mata. Mujur ada bantuan pembantu kedai yang faham orang perempuan ni kalau pakai cermin mata paling tak suka kalau tudung tu nampak kembang yang menampakkan kecacatan tudung..hehee. Memang terbaik la pembantu kedai yang lupa pulak nak tanya nama dia tu.

Cermin Mata Siap Dalam Masa 1 Jam !

Bila keputusan dah jitu, bingkai yang saya pilih tu diberikan kepada pembantu kedai yang memberitahu saya boleh pergi jalan-jalan atau makan sebab cermin mata saya tu akan siap dalam masa 1 jam! Wah ni memang terbaik kan, tak perlu saya tunggu 2 atau 3 hari seperti kelazimannya.  Patut la ramai pelanggan ramai dan datang sejauh Pantai Timur malahan ada pelanggan berusia 80an dari Kuala Selangor merupakan pelanggan tetap sejak bertahun lamanya. Memang sangat disyorkan, tak per tunggu lama dan tak perlu nak berulang untuk mendapatkan cermin mata untuk mendapatkan penglihatan yang lebih baik dan memberikan keyakinan pada diri. Memang top servis kedai cermin mata viral ni dan bak kata orang putih I rather buy with a shop with trust bila membeli barangan penting untuk kegunaan diri...haa gitu!

Bab harga memang anda akan terkejut sebabnya cermin mata murah ni berharga RM125 adalah harga bingkai dengan multi-coated lens Alpha Blue 420 dan siap dalam masa 1 jam! Benar seperti kata sahabat saya tu memang servis di Eye Pro Vision ni memang tip top dengan tuanpunya dan pembantu yang peramah.



Pengalaman Menarik Di Kedai Cermin Mata Viral No 1 Malaysia

Serius memang ramah sungguh William ni, rupanya William boleh berbahasa isyarat (siap ada sijil lagi tau) sebab tu bila ada pelanggan OKU yang tidak boleh bertutur, memang kedai cermin mata yang lain akan syorkan ke kedai dia.  Memang terbaik dan syok borak santai dengan William sambil dia memberi penerangan dan rupanya dia ni kenal denggan ex staff saya sebab dia pun merupakan ahli simpanan tentera laut, memang patut la dia sangat fasih berbahasa Melayu.

Lepas PKPB ni boleh bawa Cik Meya dan ahli keluarga yang lain  ke sini untuk buat pemeriksaan mata dari pakar mata yang professional ni dan sesambil tu boleh shopping kat sini!


Bagi yang nak ke sini, anda boleh menaiki MRT  ke sini dan turun di stesen MRT Bukit Bintang, kemudian jalan kaki kurang 10 minit atau kalau memandu boleh letak kereta di Sungei Wang Plaza atau Plaza Low Yat yang hanya bersebelahan.


Waktu perniagaan : 11 pagi hingga 9 malam, setiap hari

Eye Pro Vision

G111, ground Floor

Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.